Tempat Makan Best

Tempat Makan Best di Padang Kota

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti keenakan makanannya muncul di fikiran. Nasi kandar dan pasembor adalah antara makanan yang sudah sinonim dengan negeri ini, terutama di bahagian pulau. Nah, sekiranya anda berada di dalam pulau, pastinya akan melalui Padang Kota terlebih dahulu. Maka, dalam artikel ini kami akan cadangkan beberapa tempat makan best di Padang Kota untuk rujukan anda kelak.

Zul Laksa Penang

Menu laksa penang memang menjadi kegemaran ramai. Rata-rata penduduk tempatan sudah tahu akan keenakan menu ini di restoran Zul Laksa Penang. Terletak di Kompleks Makanan Medan Renong, gerai ini sentiasa penuh dengan pelanggan.

Mana tidaknya kuah laksanya pekat dan cukup rasa. Ditambah pula dengan kelembutan laksa, meriah dengan salad, hirisan timun, dan telur rebus.

 

Zul Laksa Penang juga hadir dengan sos khas untuk menambahkan lagi rasa masam supaya lebih menyengat!

Tempat: Zul Laksa Penang

Lokasi: Google Map

Hameed Pata Mee Sotong

Tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Padang Kota Lama, anda wajib singgah kerana keenakan mee gorengnya memang tiada tandingan!

Keistimewaan mee goreng di sini adalah ia hadir dengan sambal sotong yang menjadi pelengkap kepada menu ini. Bukan sambal sotong biasa, tetapi yang telah digubah agar rasanya kena dengan mee goreng. Cukup menyelerakan.

 

Portionnya juga agak besar. Selain mee sotong, mee rebus juga menjadi menu kegemaran pelanggan.

Tempat: Hamee Pata Mee Sotong

Lokasi: Google Map

Hussain Pasembur

Terletak di Medan Renong, Hussain Pasembur adalah anda gerai yang paling mendapat perhatian ramai di medan selera ini. Walhal banyak lagi gerai lain yang menjual menu sama.

Keisitmewaan Hussain Pasembur adalah pada kuahnya. Pekat dan tidak telalu pedas. Sesuai untuk semua golongan.

 

Selain itu, anda pasti akan rambang mata untuk pilih lauk pasembur. Kesemuanya disusun cantik.

Tempat: Hussain Pasembur

Lokasi: Google Map

Nasi Kandar Line Clear

Salah satu tujuan utama pelancong datang ke Penang adalah untuk menikmati sendiri nasi kandar original. Restoran paling yang menjadi tumpuan sudah tentulah Nasi Kandar Line Clear.

Restorannya terletak di celah-celah lorong, dan agak sempit dan tidak selesa kalau anda datang dengan keluarga besar. Tetapi berbaloi untuk dari segi rasa dan pengalaman.

Macam-macam lauk ada di sini. Nak lagi padu, order nasi beriyani kuah banjir. Dibuka 24 jam, jadi anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Tempat: Nasi Kandar Line Clear

Lokasi: Google Map

Esplanade Park Food Court

Menjamu selera di medan selera memang menyeronokkan. Esplanade Park Food Court ini lain pula ceritanya. Selain dapat menikmati pelbagai hidangan enak, anda juga boleh merasai angin laut yang mendamaikan kerana ia terletak betul-betul di tepi laut. Dapat lihat feri dan bot lalu lalang.

Puluhan gerai yang menjual aneka juadah. Dari nasi kandar, masakan panas, laksa penang, pasembur, masakan panas, western, dan banyak lagi! Oh ya, restoran Hameed Pata Mee Sotong juga terletak di food court ini.

Tempat: Esplanade Park Food Court

Lokasi: Google Map

Deens Maju Nasi Kandar

Tidak akan lengkap kunjungan anda ke Pulau Pinang tanpa nasi kandar. Deens Maju Nasi Kandar memang menjadi buah mulut masyarakat setempat sehingga sanggup beratur di tengah panas.

Aneka kari dan kuah di sinilah yang menjadi daya penarik. Anda boleh pilih gabungan lauk yang anda mahu. Selain nasi putih, nasi tomato juga dijual di sini.

Banyak lauk pauk yang ditawarkan kepada pelanggan di sini antaranya ayam goreng berempah, telur sotong, telur ikan goreng, dan daging goreng.

Harganya pun masih berpatutan. Kalau rancang untuk datang makan tengah hari, kami cadangkan supaya anda datang awal  sekitar 2 pm atau 5.30 pm.

Kerana memang sukar untuk mendapatkan tempat duduk dan anda perlu beratur.

Tempat: Deen’s Maju Nasi Kandar

Lokasi: Google Map

Restoran Sup Hamee

Sup Hameed ini juga amat popular di Penang. Hidangan sup ini menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama roti bakar. Sup ini meriah dengan daging, dan perut lembu.

Kuah supnya agak pekat dengan rempah yang membangkitkan selera! Selain sup lembu, daging dan ayam juga disediakan untuk penggemar hidangan ini. Sedap dimakan bersama nasi panas!

Artikel berkaitan:

Jangan sangka mereka cuma menyediakan sup sahaja tau, anda juga boleh menikmati roti canai, dan murtabak.

Tempat: Restoran Sup Hameed

Lokasi: Google Map

Waktu operasi: 8 am – 1.30 am

Jalil Speacial Ais Kacang & Coconut Shake

Penat jalan-jalan sekitar pulau Georetown, apa kata basahkan tekak anda dengan ais kacang di Jalil Special Ais Kacang & Coconut Shake. Tak susah nak cari gerai ini, ia cuma bersebelahan dengan Hameed Pata Mee Sotong.

Dengan harga serendah RM2.50 semangkuk, ABC ini penuh dengan topping seperti jagung, kacang merah, cendol, dan atapchi. Rasa sirap bersama susu memang cukup klasik dan tidak terlalu manis. Lebih enak jika dimakan bersama aiskrim.

 

 

Disamping ABC, anda juga boleh cuba air kelapa dan coconut shake yang menyelerakan.

Tempat: Jalil Speacial Ais Kacang & Coconut Shake

Lokasi: Google Map

Tempat makan best di Tanjung Bungah

  • Nasi Melayu Lidiana
  • Warung Tok Mat Mee Udang
  • Lan’s Corner Ikan Bakar Sambal Meletop Baq Hang
  • Nazzeeras Roti Bakar Kacang

Tempat makan best di Seberang Perai

  • De Pauh Garden
  • Restoran Fais
  • Anjung Pauh Steamboat & Grill
  • Warung Paksu Mee Udang

Tempat makan best di USM Penang

  • The Kapits
  • Kafeteria Restu
  • Cafe Saujana
  • Cafe Indah Kembara
  • Kafetaria Fajar Harapan

Tempat makan best di Seberang Jaya Penang

  • Restoran Anggerik Desa
  • Rumah Cafe
  • Best Said Cendol
  • Mee Pokok Ceri Asli Seberang Jaya

Tempat makan best di Padang Kota ini cukup menarik! Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Manalah tahu, kalau kami terlepas pandang.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!