Pulau Pinang, Tempat Makan Best

15 Port Sarapan Pagi di Penang yang WAJIB Cuba!

Takkan nak makan buffet di hotel je? Sedangkan ada banyak port sarapan pagi di Penang yang sedap! Cuba bayangkan roti canai dicicah bersama kuah kari pekat atau haruman kopi yang memikat.

Sedar tak anda kini berada di negeri yang paling popular dengan kulinernya, Pulau Pinang.

Kalau tengah plan trip ke Penang, pastikan anda masukkan senarai tempat sarapan pagi di bawah dalam itinerary tau!

Jangan risau, kesemua tempat sarapan pagi di Penang ini halal ya.

Sebab kenapa anda perlu bersarapan di Penang

Rugi kalau tak keluar makan di restoran atau hanya makan buffet di hotel. Sebab Pulau Pinang ni banyak warung sedap yang berbaloi untuk anda cuba.

1. Makanan yang sedap

Pulau Pinang dikenali sebagai ‘syurga makanan’ Malaysia. Dari makanan tradisional seperti nasi lemak dan roti canai, hinggalah kepada roti bakar ala kopitiam. Penang has it all.

Amatlah rugi kalau bercuti tapi tak singgah ke tempat makan menarik di Penang.

2. Harga berpatutan

Biarpun menjadi lokasi pelancongan, harga makanan di sini masih berpatutan. Tidak seperti Langkawi tau. Anda dan keluarga boleh makan sedap tanpa perlu berbelanja besar.

3. Suasana yang unik

Makan di warung-warung kecil khususnya memberikan pengalaman berbeza. Apatah lagi dikelilingi bangunan lama yang masih teguh berdiri. Kepelbagaian kaum di sini turut mempengaruhi mood bercuti!

15 Port sarapan pagi di Penang yang sedap

Warung Adik & Abang

Pelbagai menu sarapan disajikan di sini dari roti bakar biasa hinggalah English breakfast. Tetapi yang sering menjadi tumpuan ramai adalah Roti Benggali Telur Goyang dan nasi lemak.

  • Roti bakar adalah menu pilihan ramai. Roti dibakar atas arang, hadir dnegan kaya dan telur goyang.
  • Nasi lemak dengan pelbagai lauk seperti sambal kerang, sotong, tempe & paru goreng.
  • Terletak di Permatang Pauh, mudah diakses.

Astaka Taman Tun Sardon

Merupakan tempat sarapan pagi di Georgetown yang wajib anda pergi. Astaka ini mengumpulkan banyak gerai makan sedap yang menjadi tumpuan warga tempatan.

  • Beroperasi seawal 6 pagi hingga 12 malam.
  • Banyak pilihan makanan dan minuman sedap.
  • Nasi lemak, roti canai, nasi, roti bakar, kuih muih tradisional ada dijual di sini.
  • Ramai yang memuji keenakkan serabai di sini, maybe it is your sign to try..
  • Wajib cuba nasi lemuni!

Baca: Lokasi Makan Malam di Penang

Restoran Anggerik Desa

Sekiranya anda datang bersarapan di restoran ini, mesti rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Menariknya, restoran ini menyajikan hidangan pantai timur.

  • Pelbagai jenis juadah seperti nasi kerabu, nasi dagang, aneka pengat, bubur, dan kuih muih.
  • Nasi kerabu dan laksa adalah menu istimewa waktu pagi.
  • Tengah hari pula anda boleh cuba pulut mangga, pulut & ayam goreng serta masakan panas.

Lokasi: Seberang Jaya.

Roti Canai Transfer Road

Siapa tidak kenal dengan Roti Canai Transfer Road kan? Tempat sarapan pagi viral di Penang. Menariknya, warung ini terletak betul-betul di tepi jalan Roti canai bersama kari ayam adalah antara menu yang paling mendapat sambutan.

  • Karinya pekat dan cukup rasa, bahkan portion ayamnya juga agak besar.
  • Roti bakar dan telur separuh masak juga turut dijual di sini.
  • Menu Nasi lemak turut mendapat sambutan.

Bagi kami, warung ini cukup unik, ia terbuka dan menampakan ciri-ciri Melayu/India yang sudah sebati sebagai budaya di Penang. Kalau ada kelapangan, datanglah ke sini.

Lokasi: Transfer Road, Georgertown.

Hutton Lake Roti Bakar

Ini merupakan sebuah lagi warung sarapan pagi popular di Pulau Pinang. Hutton Lane Roti Bakar menyajikan aneka jenis roti seperti roti canai, roti bakar, dan roti balut telur.

  • Beroperasi sejak 1950 an lagi
  • Menjadi kegemaran penduduk tempatan dan pelancong.
  • Pelbagai cenis roti canai dan roti bakar.
  • Kuah kari sedap, portion besar.

Lokasi: Jalan Phee Choon, Georgetown

Mentari Pagi by Sofea

Yang dah jemu roti canai, mungin anda patut cuba sarapan dengan lontong atau roti jala di Mentari Pagi by Sofea.

  • Beroperasi 8 pagi hingga 1 tengahari
  • Boleh menikmati lontong, roti jala, nasi lemak
  • Soto, nasi impit kuah kacang turut dijual di sini.
  • Vibe kedai ini seakan Melayu klasik zaman 80.
  • Tenang, harga murah, dan portion besar.

Lokasi: Bayan Lepas, Pulau Pinang

Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Tempat sarapan pagi di Penang seterusnya adalah Ali Nasi Lemak Daun Pisang. Agak popular di Tiktok kerana nasi lemaknya yang berharga RM3 sahaja.

Pelbagai lauk lain disediakan seperti sambal kernag, sotong, udang, ikan masin.

Dibungkus dengan daun pisang, menaikka aroma nasi lemak!

Mendapat gelaran ‘Michelin’ pada 2023 & 2024.

Lokasi: Beach St, Georgetown,

Brunch by Bekai

Kalau nak sarapan ala Melayu & western, anda boleh ke Brunch by Bekai di Bayan Lepas.

  • Ada lontong, nasi lemak, roti bakar, dan kuih muih tradisional.
  • Untuk western pula English breakfast menjadi pilihan.
  • Aneka pilihan pastries dan kopi premium.
  • Suasana Restoran amat tenang, sesuai kalau nak bergambar.

Lokasi: Bayan Lepas

Nazzeeras’ Roti Bakar (TOASTED BREAD) Kacang Phool

Tidak perlu ke Johor Bahru untuk rasa kacang pool sedap. Di sini, anda boleh menikmati kacang pool authentic dengan beberapa juadah menyelerakan.

  • Portion besar dan berbaloi.
  • Pelbagai jenis roti bakar yang enak!
  • Dessert seperti banana caramel, pudding, macarons.

Lokasi: Tanjung Tokong

Naina’s Roti Bakar

Lokasi sarapan pagi di Penang yang sedap seterusnya adalah Naina’s Roti Bakar. Pernah muncul dan menjadi rekomendasi Penang Foodie tau.

  • Popular dikalangan pelancong dan warga tempatan kerana harganya yang berpatutan,
  • Roti sarang burung & roti tsunami special paling digemari.
  • Warungnya bersih dan selesa.

Lokasi: Jalan Transfer.

Nasi Campur Umi

Sebelum anda memulakan perjalanan ke tempat menarik di Batu Ferringhi, apa kata isi perut terlebih dahulu di Nasi Campur Umi yang beroperasi seawal jam 8 pagi ini. Terletak 15 km  dari Georgetwn Penang Sentral.

  • Puluhan lauk campur atau masakan melayu untuk anda pilih.
  • Aneka gulai, sayur dan gorengan.
  • Ulam-ulaman, budu dan sambal belacan.
  • Waktu pagi ada nasi lemak, kuih muih tradisional, roti canai.

Lokasi: Jalan Sungai Emas, Batu Ferringhi

Biru-Biru On The Island

Tak ada bajet untuk ke Bali? Anda boleh dapatkan vibe itu dnegan  menjamu selera dengan pemandangan pantai dan suasana restoran bak berada di atas pulau direstoran Biru Biru On The Island.

  • Sesuai untuk anda jadikan tempat lepak dan OOTD sebab dekorasi menawan
  • Menu yang ditawarkan adalah Western dan masakan panas, dan nasi lemak.
  • English breakfast & nasi lemak di sini memang padu.
  • Banyak lagi menu western seperti spaghetti, fish & chips, nachos, dll.
  • Makan di beranda sambil menghadap laut! Cantik!
  • Anda juga boleh menaiki boat untuk bersiar-siar. Harga tiket adalah RM80 untuk empat orang. Cukup berbaloi dengan servis yang diberikan.

Lokasi: Tanjung Bungah

Makan Pagi

Ya, nama restoran ini Makan Pagi yang diusahakan oleh Fizzy Cafe. Restoran ini menyediakan menu tempatan dengan vibe Melayu klasik. Anda boleh temui aneka juadah sarapan authentic Malaysia di sini.

  • 20 juadah enak dan berpatutan.
  • Nasi lemak, lontong, roti canai, roti bakar, dna roti jalan untuk sarapan.
  • Nasi air berlauk, mee kari juga comfort food pelanggan di sini.
  • Nak makan simple, boleh cuba mi longgok bersama telur mata.
  • Pelbagai kuih-muih tradisional.

Lokasi: Permatang Pauh

Hillview Cafe Penang Hill

Ini adalah tempat sarapan pagi di Penang yang sedap dan murah. Siap dengan dekorasi cantik yang beri vibe redup dan nyaman. Dibuka awal pagi hingga malam.

  • Untuk menu sarapan, ada English breakfast, nasi lemak hijau, bermacam jenis roti bakar.
  • Wajib cuba kopi o butter sebab ramai yang memuji rasa kopi ni.
  • Untuk penyejuk tekak, anda boleh order teh ais madu, dan ais krim istimewa.

Lokasi: Ayer Hitam

Pohon 901

Terletak tidak jauh dari kem askar, Pohon 901 menyediakan juadah sarapan seperti nasi lemak, roti bakar, dan mi sup. Datang awal tau, sebab pukul 11 dah tutup.

Sentiasa penuh dengan pelaggan terutama yang nak bawa bekal ke pejabat.

  • Mi goreng, mi sup tidak kurang hebatnya. Lebih sedap sekiranya di makan bersama sambal istimewa.
  • Orang Penang memang suka makan mi goreng untuk breakfast ya? Kat sini pun ada.
  • Boleh pilih lauk mi goreng dari ayam, udang, kerang, sotong
  • Roti canai sarang burung memang special kat sini.
  • Ada kuih muih dan roti bakar.
  • Berpatutan!

Lokasi: Jalan Tun Dr Awang,Bayan Lepas

Nasi Lemak CikSue

Salah satu kedai nasi lemak popular di Penang. Bermula dengan hawker tiga roda, hinggalah kedai fizikal famous pada hari ini. Kedai ini mula beroperasi jam 7 pagi hingga 2 pagi tau.

  • Nasi lemak ayam goreng , sambal baru, kerang, dan sotong.
  • Selain nasi lemak, kedai ini turut sediakan nasi kerabu bersama ayam kunyit.
  • Kini, ada pelbagai jenis masakan western seperti sandwich croissant, bagels, dll
  • Sedap, restoran bersih dan dekorasi cantik.

Lokasi: Jalan Dato Keramat, Georgetown

Sup Hameed

Seronok betul kalau dapat menghirup sup pekat, dicicah pula dengan roti bakar dan ditemi secawan kopi.

  • Anda boleh nikmati sup enak ini di Sup Hameed seawal jam 7.30 pagi.
  • Sup pekat, cukup rasa dan beraroma. Dagingnya pula cukup empuk.
  • Pilihan sup seperti kaki, gearbox, daging, kambing, perut lembu, ekor, urat, dll
  • Roti canai dan murtabak juga ada.
  • Pada tengah hari, boleh makan nasi kandar yang surrr!

Lokasi: Jalan Penang, Georgetown.

Tips tempat sarapan di Penang

  1. Sekiranya restoran itu popular atau viral, datang awal. Elak berebut, tiada meja, atau kehabisan makanan.
  2. Buat research lokasi. Sarapan adalah waktu yang singkat. Cari lokasi di Google Maps atau Waze terlebih dahulu untuk elak kesesakan jalan raya.

Kesimpulan

Dengan pelbagai port sarapan pagi di atas, kami simpulkan Penang tak pernah mengecewakan. Percutian di Penang harus dimulakan dengan sarapan yang sedap! Anda ada cadangan lain? Kongsikan dengan kami!

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *