Tempat Makan Best

Tempat Makan Menarik di Penang

Sukar untuk menerangkan betapa enaknya makanan di negeri Pulau Pinang. Anda perlu berkunjung sendiri ke negeri yang terkenal dengan gelaran ‘syurga makanan’ ini. Ada yang sanggup memandu beratus batu hanya untuk merasai kenakkan masakan yang berasaskan rempah. Pada mereka, makanan di tempat lain tidak sama dengan di Pulau Mutiara ini. Memang banyak tempat makan menarik di Penang ini, tapi tak semua confirm sedap. Maka, kami akan cadangkan beberapa restoran yang sudah lama establish dan sering menjadi tumpuan pelancong.

15 tempat makan best untuk anda cuba sekiranya anda berada di Penang. Manalah tahu, kalau-kalau orang tempatan sendiri tidak pernah tahu akan kewujudannya. Bolehlah cuba nanti. Senarai di bawah tidak mengikut urutan.

#1 Roti Canai Transfer Road

Salah satu lokasi sarapan pagi popular di Penang. Apa yang best di sini adalah roti canai dan karinya pekat. Portion ayamnya juga agak besar. Sangat berbaloi dengan harga RM8.50 untuk satu hidangan. Roti bakar dan telur separuh masak juga turut dijual di sini.

 

Roti Canai Transfer Road ini cumalah warung tepi jalan, tapi pada ia cukup unik dan lain dari warung lain. Warungnya terbuka dan menampakan ciri-ciri Melayu/India yang sudah sebati sebagai budaya di Penang.

Pastikan anda datang awal sebab khabarnya memang sangat susah untuk mendapatkan meja.

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, Georgetown, 10050 George Town (Google Maps Location)

#2 Nasi Kandar Deen Maju

Tidak akan lengkap kunjungan anda ke Pulau Pinang tanpa nasi kandar. Nasi kandar Deen Maju memang menjadi buah mulut masyarakat setempat sehingga sanggup beratur di tengah panas.

Aneka kari dan kuah di sinilah yang menjadi daya penarik. Anda boleh pilih gabungan lauk yang anda mahu. Selain nasi putih, nasi tomato juga dijual di sini.

Banyak lauk pauk yang ditawarkan kepada pelanggan di sini antaranya ayam goreng berempah, telur sotong, telur ikan goreng, dan daging goreng..

Harganya pun masih berpatutan. Kalau rancang untuk datang makan tengah hari, kami cadangkan supaya anda datang awal  sekitar 2 pm atau 5.30 pm. Kerana memang sukar untuk mendapatkan tempat duduk dan anda perlu beratur.

Restoran ini beroperasi hingga ke malam hari.

Waktu operasi: 2.30 pm – 11 pm

Alamat: Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#3 Nasi Kandar Beratur Original

Kami yakin ada semua pasti pernah dengar akan Nasi Kandar Beratur. Kalau nak tahu, ini adalah restoran nasi kandar paling terkenal di Penang. Dari jauh lagi anda boleh lihat restoran ini. Walaupun premisnya kecil, restoran ini menyerlah dari yang lain kerana betapa ramainya pelanggan yang beratur.

Anda pasti teruja melihat aneka kuah dan lauk yang ada. Memang banyak, antara yang sering menjadi pilihan adalah ayam goreng, kari sotong, sayur bendi, kari kepala ikan, paru goreng, dan banyak lagi.

Menariknya, restoran ini mula beroperasi pada pulul 10 malam. Berbeza dengan resotran lain yang dibuka tengah hari.

Tak susah nak cari Nasi Kandar Beratur ni, ia terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Waktu operasi: 10 pm – 8.30 am

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#4 Restoran Kapitan

Restoran ini pun wajib dikunjungi kalau anda benar-benar nak rasa makanan Pulau Pinang. Menu istimewa yang anda boleh cuba di sini adalah ayam tandoori dan briyani claypot. Ramai yang mengatakan ayam tandoori mereka mempunyai rasa sempurna. Tambahan pula portionnya banyak.

Selain itu, makanan tradisi nasi kandar pun ada. Untuk memberi lebih banyak pilihan, anda juga boleh order masakan panas dan Western.

Berikutan mendapat sambutan menggalakkan, Restoran Kapitan turut membuka cawangannya di Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 24 jam

Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang  (Google Maps Location)

#6 Restoran Fais

Sudah bosan dengan nasi kandar, apa kata anda cuba masakan Western di Restoran Fais. Tempat makan best di Seberang Perai ini dinilai tinggi di laman Google. Ini bermakna rata-rata pelanggan yang hadir berpuas hati.

Menu utama di Restoran Fais adalah masakan barat seperti chicken chop, steak, fish and chips, spaghetti, meatballs, dan lain-lain. Mee sizzling turut dijual di sini.

 

Selepas meneroka tempat menarik di Penang waktu malam, bolehlah singgah di sini kerana mereka beroperasi hingga ke larut malam.

Waktu operasi: 4pm – 1 am (tutup pada Isnin)

Alamat: 1260 Mk 4 Pmtg Janggus 13500 Pmtg Pauh, Bkt Mertajam, 13500 Permatang Pauh, Penang (Google Maps Location)

#7 Mee Sotong Hameed Pata

Tempat makan menarik di Penang seterusnya adalah Mee Sotong Hameed Pata. Terdapat dua pilihan mee sotong iaitu goreng dan rebus. Kedua-duanya digilai ramai. Untuk mee rebus, mereka menggunakan kuah istimewa yang lain dari mee rebus yang pernah anda rasa sebelum ini. Selesai memasak kuah, barulah sambal sotong diletakkan di atas mee untuk melengkapkan menu ini.

Bagi mee goreng pula, sama sahaja cuma ia tidak berkuah. Harga Mee Sotong Hameed Pata ini pula masih berpatutan iaitu RM4-RM6 sahaja.

Waktu operasi: 11 am – 8 pm

Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#8 Cargas Cafe

Kalau nak makan tengah hari sedap di Penang dengan lauk kampung, kami sarankan anda ke Cargas Cafe di Bayan Lepas. Apa yang special di sini adalah ayam goreng rangupnya. Memang laku keras. Kami sarankan anda datang awal supaya tidak pulang kecewa.

https://my.openrice.com/en/penang/p-cargas-cafe-p462894

Selain lauk ala nasi kandar, lauk campur masakan Melayu turut disediakan. Lauk seperti sayur goreng, ikan masak kicap, tempe goreng, masak lemak, dan ulam-ulaman memang sentiasa menjadi rebutan di sini.

Waktu operasi: 10.30 am – 4 pm

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#9 Astaka Taman Tun Sardon

Nak sarapan pagi sedap di Penang? Datanglah ke Astaka Taman Tun Sardon.Terdapat banyak gerai di sini dan setiap satu daripadanya menjual menu yang berbeza.

Macam-macam makanan breakfast yang ada, dari nasi lemak, roti canai, nasi berlauk, hinggalah ke kuih muih tradisional. Yang paling penting, kesemuanya di jual pada harga berpatutan.

Anda patut cuba ke Nasi Lemuni Stall di mana mereka menyajikan nasi lemak berharga RM1 sahaja. Menariknya, nasi lemui ini berwarna kelabu kerana dicampur dengan daun lemuni.

Restoran ini hanya beroperasi di waktu pagi sahaja. Anda tidak ada pilihan lain selain datang awal untuk bersarapan di sini.

Waktu Operasi: 6.30 am – 10.30

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang (Google Maps Location)

#10 Restoran Nasi Kandar Line Clear

Sebuah lagi restoran nasi kandar yang anda wajib singgah. Nasi Kandar Line Clear ini memang dikelaskan sebagai nasi kandar ‘legend’. Tidak kira orang tempatan atau pelancong asing, masing masing sanggup beratur panjang hanya untuk merasai keenakannya.

Lebih 20 jenis lauk-pauk disediakan termasuk kari kepala ikan, telur ikan dan sotong goreng bersama hidangan nasi putih dan beriani.

Dari luar restoran ini kelihatan biasa sahaja. Ini kerana mereka beroperasi di celah lorong, berbeza dengan restoran nasi kandar lain. Di sini anda perlu menjamu selera dalam keadaan yang agak sempit. Walaupun kurang selesa, itulah keistimewaan restoran ini.

Kalau nak tahu, chef antarabangsa, mendiang Anthony Bourdain pernah makan di sini.

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#11 Hutton Lane Roti Bakar

Ini merupakan sebuah lagi warung sarapan pagi popular di Pulau Pinang. Hutton Lane Roti Bakar menyajikan aneka jenis roti seperti roti canai, roti bakar, dan roti balut telur.

Malah, siapa sangkawarung tepi jalan ini turut menyajikan cheese & egg roti canai dan roti bakar & telur goyang cheese. Portion nya juga agak banyak.

Selain roti bakar, menu lain yang popular di sini adalah nasi dalca. Melihat gambarnya sahaja sudah membuatkan kita berasa lapar.

Waktu operasi: 5:30 am – 2 pm

Alamat: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town (Google Maps Location)

#12 Nurul Ikan Bakar

Kalau nak rasa makanan laut dan ikan bakar sedap, datanglah ke Nurul Ikan Bakar Special. Ini merupakan restoran makanan laut paling terkenal di Pulau Pinang. Tiba sahaja malam hari ramailah orang ramai berpusu-pusu memenuhi setiap meja kedai ini.

Antara menu yang sering dipesan pelanggan adalah  jenahak bakar, siakap merah tiga rasa, udang goreng mentega, sotong masak pedas dan ketam bunga goreng cili.

Untuk pengetahuan,rempah ratus yang digunakan utk mmereka menggunakan resepi ikan bakar yang diwarisi turun temurun. Jika anda ke restoran ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba air asam yang dicicah bersama ikan bakar. Kalau anda tercari-cari tempat makan malam sedap di Penang, di sinilah jawapannya.

Waktu Operasi: 5pm – 1.30am

Alamat: No. 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,, Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Penang  (Google Maps Location)

#13 Restoran Anggerik Desa

Restoran ini menyajikan hidangan pantai Timur. Pasti anda akan rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Dari juadah seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi dagang, aneka pengat, bubur, dan kuih muih, semua ada di sini.

Tempat makan menarik di Seberang Jaya ini beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam, ini bermakna banyak lagi hidangan best yang anda boleh nikmati di sini seperti sup, pulut mangga, dan laksa yang sedap di Penang.

Waktu operasi: 7 am – 10 pm

Alamat: 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#14 Laksa Janggus

Selain nasi kandar, hidangan signiture Pulau Pinang yang lain adalah Laksa Penang. Khabarnya Laksa Janggus ni antara tempat yang menjual laksa sedap di Penang. Kuahnya pekat, cukup dengan rasa ikan, masam, dan laksanya pula cukup lembut.

Di sini, terdapat beberapa buah stall seperti stall air, laksa, kudapan, dan pisang goreng. Selain itu mereka menggunakan konsep layan diri. Selain laksa, mereka turut menyajikan mee/bihun sup.

Kalau nak tahu Laksa Janggus pernah viral dek kerana keenakan laksanya.

Waktu operasi: 3.30 pm – 8 pm

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#15 Cendol Maklom

Penat shopping dan berjalan dalam keadaan panas terik, elok juga kalau dapat pekena cendol. Semangkuk cendol, ais, dan campuran santan serta gula melaka ini sudah pasti dapat membasahi anak tekak.

Populariti Cendol Maklom sudah tidak dapat di pertikaikan lagi. Ia sudah menjadi salah satu kedai makan sedap di Butterworth. Rahsia keenakan cendol di sini adalah kesegaran bahannya. Malah cendolnya pula diproses sendiri.

Waktu operasi: 11 am – 6 pm

Alamat: Kampung Sungai Puyu, 13800 Butterworth, Penang (Google Maps Location)

Pasembur sedap di Penang

Kareem Pasembur Rojak

Nasi kandar, laksa Penang, satu lagi hidangan yang sinonim dengan Pulau Pinang adalah pasembur! Sebenarnya terlalu banyak restoran dan gerai yang menyajikan hidangan ini.

Tapi nak cari yang betul-betul sedap dan berbaloi dengan harga memang susah. Yang popular dan sentiasa menjadi sebutan ramai adalah Kareem Pasembur Rojak. Kuah rojaknya memang special. Berwarna kemerah-merahan, pekat, dan cukup rasa.

Cukup enak jika dinikmati bersama cucur, popiah, timun, tauhu, sengkuang, dan lain-lain.

Waktu operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Ahad

Alamat: 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang  (Google Maps Location)

Hah, lepas ni dah tak ada masalah lagi kalau nak cari tempat makan menarik di Penang. Kami dah buat senarai lengkap untuk anda. Ada lagi ke lokasi best yang kami tidak tahu? Ada cadangan? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!