Tempat Makan Best

Ikan Bakar Penang

Selain terdapat pelbagai tarikan seperti pembangunan, budaya, pelancongan, dan tempat beriadah untuk seisi keluarga, kita tidak dapat menafikan yang Pulau Pinang juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang sedap. Tindakan mengiktiraf Pulau Pinang sebagai ‘syurga makanan’ adalah keputusan yang tepat. Nasi kandar cukup sinonim dengan Pulau Mutiara ini, tapi tahukan anda yang ikan bakar Penang juga tidak kurang hebatnya.

Oleh itu kami kumpulkan beberapa tempat makan yang menyajikan ikan bakar sedap di Pulau Pinang. Manalah tahu sekiranya anda ingin tukar citarasa dari nasi kandar dan pasembur kepada makanan laut.

Nurul Ikan Bakar

Nurul Ikan Bakar Special merupakan restoran makanan laut paling terkenal di Pulau Pinang. Tiba sahaja malam hari ramailah orang ramai berpusu-pusu memenuhi setiap meja kedai ini.

Antara menu yang sering dipesan pelanggan adalah  jenahak bakar, siakap merah tiga rasa, udang goreng mentega, sotong masak pedas dan ketam bunga goreng cili.

Untuk pengetahuan,rempah ratus yang digunakan utk mmereka menggunakan resepi ikan bakar yang diwarisi turun temurun. Jika anda ke restoran ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba air asam yang dicicah bersama ikan bakar. Kalau anda tercari-cari tempat makan malam sedap di Penang, di sinilah jawapannya.

Waktu Operasi: 5pm – 1.30am

Alamat: No. 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,, Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Penang  (Google Maps Location)

Adnan Bin Hassan Ikan Bakar

Jika anda berada di bahagian selatan pulau ini, singgahlah ke Adnan Bin Hassan Ikan Bakar yang terletak di Kampung Teluk Tempoyak.

Walaupun di sini tidak banyak jenis ikan yang boleh dipilih, tetapi anda tetap boleh cuba ikan siakap, kerapu, pari, jenahak, dan ikan merah. Makanan laut lain seperti udang, sotong, ketam, dan lala, juga sedia dimasak mengikut kehendak anda.

 

Dengan harga bermula kira-kira RM35 hingga RM50 untuk 1kg, harga yang ditawarkan masih dikelaskan sebagai mampu milik. Apatah lagi jika dimakan bersama air asam special di sini.

Waktu Operasi: 6pm – 11pm

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang (Google Maps Location)

Restoran Ikan Bakar Din

Terletat di Butterworth, Restoran Ikan Bakar Din beroperasi pada waktu siang sahaja. Ini menjadikan ia sebagai tempat makan tengah hari sedap di Penang!

 

Bukan sahaja makanan laut seperti ikan bakar, sotong, udang, dan ketam, bahkan ayam dan daging bakar turut menjadi salah satu menu popular di sini. Lebih memfokus kepada masakan kampung, restoran ini turut menyediakan ulam ulaman yang boleh di makan bersama sambal istimewa.

 

Restoran ini sentiasa penuh bermula jam 12 tengah hari lagi. Jika anda lambat, maka kempunanlah.

Waktu Operasi: 11am – 4pm

Alamat: 6735, Jalan Butterworth, Kampung Permatang Manggis, 13200 Kepala Batas (Google Maps Location)

Sri Anjung Ikan Bakar

Restoran yang terletak di Jalan Bayan Lepas ini juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang mengatakan ia merupakan restoran ikan bakar bajet jika dibandingkan dengan restoran seumpamanya yang lain.

Masakan lala, ikan cencaru bakar, sotong tiga rasa, dan kailan goreng adalah menu terkenal di sini. Semua makanan laut yang segar dari laut ini dimasak ala Thai yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

 

Waktu Operasi: 5pm – 2am

Alamat: Jalan Teluk Kumbar, Kampung Teluk Kumbar, 1920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang  (Google Maps Location)

Baiklah, itu untuk makan malam. Kalau untuk sarapan pula kami TeamTravel cadangkan anda ke Roti Bakar Transfer Road. Menariknya, warung ini terletak betul-betul di tepi jalan.

Roti canai bersama kari ayam adalah antara menu yang paling mendapat sambutan. Karinya pekat dan cukup rasa, bahkan portion ayamnya juga agak besar. Sangat berbaloi dengan harga RM8.50 untuk satu hidangan. Roti bakar dan telur separuh masak juga turut dijual di sini.

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, Georgetown, 10050 George Town  (Google Maps Location)

Okay, itu sahaja tempat makan ikan bakar Penang yang dapat kami kumpulkan setakat ini. Restoran-restoran lain akan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!