Tempat Makan Best

Makanan di Penang

Apa yang best sangat di Pulau Pinang sehinggakan negeri ini menerima jolokan “syurga makanan”? Hidangan utama yang dipromosikan kepada pelancong sudah tentulah nasi kandar dan diikuti dengan pasembur, serta beberapa juadah lain. Ini adalah antara makanan di Penang yang sering menjadi igauan pelancong.

Ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata ingin menikmati makanan di negeri ini. Kata mereka, nasi kandar di tempat lain tidak sama rasanya dengan di Penang.

Untuk itu kami senaraikan beberapa makanan di Penang yang wajib cuba berserta tempat makan best sekiranya anda bercuti ke negeri ini. Yelah, tak semua tempat makan sedap. Jadi kami syorkan lokasi popular sahaja.

#1 Nasi Kandar

Hidangan nombor satu Penang ini memang boleh memikat selera sesiapa sahaja. Nasi putih yang dihidangkan bersama kuah kari pekat, ayam goreng berempah, sayur istimewa, serta beberapa lauk tambahan lain membuatkan ramai yang sanggup beratur panjang.

Boleh dikatakan majoriti restoran nasi kandar di Penang diusahakan oleh orang India Muslim. Tidak dinafikan, air tangan mereka dalam menyajikan hidangan ‘masterpiece’ ini tiada tolok bandingnya.

Restoran Nasi Kandar Line Clear

Nasi Kandar Line Clear ini memang ‘legend’ dan paling terkenal di Pulau Pinang. Jika anda lihat restoran ini biasa-biasa sahaja dari luar. Ia sekadar kedai makan kecil yang terletak celah lorong. Mungkin itulah salah satu keunikan Nasi Kandar Line Clear.

Terdapat lebih 20 jenis lauk-pauk disediakan termasuk kari kepala ikan, telur ikan dan sotong goreng bersama hidangan nasi putih dan beriani.

Untuk pengetahuan, chef antarabangsa, mendiang Anthony Bourdain pernah makan di sini.

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

Nasi Kandar Beratur Original

Anda pasti pernah dengar akan Nasi Kandar Beratur bukan? Nama resotran ini memang kena dengan situasi yang bakal anda lihat. Pelanggan sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi kandar di sini.

Anda pasti teruja melihat aneka kuah dan lauk yang ada. Memang banyak, antara yang sering menjadi pilihan adalah ayam goreng, kari sotong, sayur bendi, kari kepala ikan, paru goreng, dan banyak lagi.

Uniknya, restoran ini beroperasi bermula jam 10 malam. Jadi kalau perut lapat di tengah malam, serbu sahaja Nasi Kandar Beratur.

Waktu operasi: 10 pm – 8.30 am

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#2 Laksa Penang

Selain nasi kandar, laksa penang juga merupakan makanan popular yang berasal dari Pulau Mutiara ini. Walaupun anda boleh mendapakan laksa penang ini di mana mana sahaja. Tetapi ia tidak akan sama dengan negeri ‘kelahirannya’.

Laksa ialah sejenis makanan mi daripada tepung beras dan berkuah. Kuahnya yang berasaskan isi ikan, kemudian dimakan pula bersama salad, bawang, taburan nenas, serta lada. Kalau nak lebih sedap, perahkan sedikit asam limau nipis.

Laksa Janggus

Gerai ini mempunyai beberapa buah stall seperti stall di dalamnya. Setiap stall dikhususkan untuk air, laksa, kudapan, dan pisang goreng. Selain itu mereka menggunakan konsep layan diri. Selain laksa, mereka turut menyajikan mee/bihun sup.

Kalau nak tahu Laksa Janggus pernah viral dek kerana keenakan laksanya.

Waktu operasi: 3.30 pm – 8 pm

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#3 Pasembur

Nasi kandar, laksa penang, satu lagi hidangan signiture Pulau pinang adalah pasembur. Pasembur adalah hidangan di mana ramuannya terdiri daripada hirisan timun, sengkuang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan lain-lain lagi yang dihidang bersama kuah istimewa.

Ada yang menyamakannya dengan rojak, tetapi pasembur lebih meriah. Ini adalah hidangan wajib pelancong sekiranya berkunjung ke Pulau Pinang.

Kareem Pasembur Rojak

Antara restoran yang menjual pasembur sedap di Penang adalah Kareem Pasembur Rojak. Kuahnya enak dan harga pula berpatutan.

Waktu operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Ahad

Alamat: 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang  (Google Maps Location)

#4 Makanan laut (seafood)

Disebabkan Pulau Pinang ini dekat dengan laut, maka banyaklah restoran yang menyajikan hidangan seafood segar. Makanan laut ini di masak dengan pelbagai cara dan yang paling digemari sudah tentu masak ala Thai.

Nurul Ikan Bakar Special

Restoran makanan laut terkemuka di negeri ini sudah semestinya Nurul Ikan Bakar di Bayan Lepas. Pelbagai jenis makanan laut segar anda boleh cuba di sini. Antaranya Ikan bakar, sotong, udang, ketam, lala, ikan pari, dan sebagainya.

Semuanya dimasak enak mengikut permintaan anda. Nurul Ikan Bakan adalah salah satu tempat makan malam sedap di Penang.

Waktu Operasi: 5pm – 1.30am

Alamat: No. 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,, Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Penang  (Google Maps Location)

Selain itu kami akan selitkan juga beberapa tempat makan best sekitar Penang yang patut anda singah.

Tempat makan best di Seberang Perai

Restoran Fais

Bosan juga jika asyik makan nasi kandar, apa kata tukar selera dengan mencuba masakan Barat di Restoran Fais.

Menu utama di Restoran Fais adalah masakan barat seperti chicken chop, steak, fish and chips, spaghetti, meatballs, dan lain-lain. Mee sizzling turut dijual di sini. Popular juga restoran ini, bukan hanya kerana makanannya yang enak bahkan portionnya yang besar.

Waktu operasi: 4pm – 1 am (tutup pada Isnin)

Alamat: 1260 Mk 4 Pmtg Janggus 13500 Pmtg Pauh, Bkt Mertajam, 13500 Permatang Pauh, Penang (Google Maps Location)

Tempat makan menarik di Seberang Jaya

Abbey Road Gastrobar

Melihat pada namapremis, kita sudah tahu bagaimana konsep restoran ini. Mendapat namanya dari kumpulan kugiran tersohor The Beatles. Malah, hiasan restoran berkonsepkan bistro ini turut diinspirasikan daripada The Beatles.

Menu Abbey Road Gastrobar memfokuskan pada makanan western seperti Nicoise Salad, Grilled Atlantic salmon, aneka steak, dan lain-lain.

Waktu operasi: 12 pm – 12 am

Alamat: 6-GF, Lebuh Tenggiri 2,, Pusat Bandar Sunway, 13700 Seberang Jaya, Penang  (Google Maps Location)

Tempat makan best di Bukit Mertajam

BM Best Cendol

Siapa tidak suka akan semangkuk ais parut yang dicampur dengan santan serta gula melaka. Ditambah pula dengan beberapa campuran lain seperti kacang merah, jagung, sagu, tapai ubi kayu, dan lain-lain.

Semangkuk cendol sudah dapat mengeringkan anak tekak. Di Penang, gerai cendol yang sentiasa menjadi sebutan ramai adalah BM Best Cendol yang terletak di Jalan Danby.

Waktu operasi: 10 am – 6.30 pm

Alamat: Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Google Maps Location)

Kedai makan sedap di Butterworth

Chef Fahmy Dreamfood

Dikatakan sebagai restoran yang menyajikan makanan Western paling best di Penang. Chef Fahmy Dreamfood dinilai tinggi oleh pelanggan menerusi laman TripAdvisor dan enjin carian Google.

Semua hidangan dimasak oleh chef yang pernah mendapat latihan di restoran Mediterranean, dan Itali. Tak hairanlah kalau makanannya sedapkan?

Waktu operasi: 10 am – 1 am

Alamat: 22, Lorong Sungai Dua Utama 1, Taman Sungai Dua Utama, 13800 Butterworth, Pulau Pinang (Google Maps Location)

Makanan di Penang ni boleh dikatakan yang terbaik di Malaysia. Rugilah kalau anda berkunjung ke Pulau Pinang, tapi tidak singgah ke tempat yang kami sebutkan di atas. Anda tahu tempat makan best di Penang? Sila tinggalkan komen di bawah.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *