Untuk hotel di Seberang Jaya, yang paling rendah ialah E Red Hotel. Mungkin ada yang mungkin tiba tiba muncul sebagai budget hotel. Tapi mungkin tiada beza harga sangat sebab E Red Hotel pun berada pada harga yang lebih kurang sama iaitu RM 100.

E Red Hotel ini terletak di sebelah satu bangunan sahaja dengan Sunway Carnival Mall. Kalau anda masih lagi nak rendah, mungkin boleh cuba Marvelton Hotel di seberang jalan raya besar sebelah kanan map di bawah.

Memang harganya lebih rendah sedikit, RM 80 ikutkan pada agoda. Tapi kedudukannya jauh sikit berbanding dengan E Red Hotel yang memang berada di pusat Seberang Jaya. Kalau memang nak menginap untuk pesakit di Hospital Seberang Jaya mungkin boleh barang kali.

Atau pun boleh cuba S Hotel, yang harga RM 108 di atas. RM 108 hanya melalui Agoda sahaja buat masa ini, kalau di Booking harga nya RM 142. Kami tak pasti samada RM 142 di booking termasuk breakfast atau pun di Agoda, tidak termasuk breakfast.

Selain daripada E Red Hotel dan S Hotel ini, kesemuanya mencecah RM 150 dan ke atas seperti yang anda lihat di map atas.

Antara yang pasti mencuri tumpuan ialah 5 start, The Light Hotel. Yang harganya RM 261 di atas.

The Light Hotel adalah hotel paling favaurite pengunjung di Seberang Jaya, kemudahan outdoor swimming pool dan fitness centre nya, memang membuatkan pengunjung tertarik tambahan lagi dengan senibina moden hotel ini.

Yang RM 194 pula iailah Sunway Hotel, 4 star hotel, juga mendapat review yang baik di Booking.com kalau anda nak cuba.


The Light Hotel 

Google Map – http://thelighthotelpg.com

Breakfast Included

Dilengkapi dengan outdoor swimming pool dan fitness centre. 5 star hotel ini merupakan hotel favaurite di Seberang Jaya dengan harga bilik yang berpatutan

Harga Bilik – Serendah RM 268 ( termasuk breakfast )


Sunway Hotel 

Mendapat kedudukan ke 2 rating terbaik di Booking.com. Sunway Hotel mungkin option kedua untuk penginapan anda di Seberang Jaya. Kedudukannya berhampiran dengan The Light Hotel yang juga sangat hampir dengan Sunway Carnival Mall

Mempunyai harga penginapan yang lebih rendah berbanding dengan The Light Hotel, iaitu RM 178 yang juga termasuk breakfast


E Red Hotel

Dengan bilik serendah RM 90. Bilik RM 90 ini juga masih lagi dikekalkan harganya sekiranya anda bawa 2 kanak kanak kecil di bawah 6 tahun.

Setiap bilik lengkap dengan WIFI di setiap bilik, hair dryer, peti keselamatan, minibar dan banyak lagi kelengkapan asas.


The Blanket Hotel 

3 star hotel ini mungkin pilihan yang terbaik selepas The Light dan Sunway Hotel disebabkan ada juga disertakan parking yang luas untuk pelawat. Hotel yang mempunyai harga paling rendah RM 109 ini tidak menyediakan breakfast, seperti juga dengan E Red Hotel. tapi ia bukan satu masalah yang besar, sebab banyak lagi kedai kedai makan yang dibuka di waktu pagi untuk anda cuba.


S Hotel

S Hotel ada hotel terakhir yang kami rekemen pada anda untuk cuba. Setiap bilik hotel dilengkapi dengan meja untuk memudahkan anda sekiranya ada yang melakukan business trip.

S Hotel hanya 300 meter sahaja daripada Sunway Carnival Shopping Mall.

Tapi mungkin lebih baik kalau anda dapatkan hotel seperti E Red Hotel atau Blanket Hotel sebab harga S Hotel paling rendah ialah RM 200


 

Author

Saya jenis suka testing hotel.

Write A Comment