Penang penuh dengan tarikan ekopelancongan. Tidak hairanlah mengapa rata-rata memilih negeri ini sebagai lokasi percutian. Malah, pelancong dari luar negara juga turut mengiktiraf Penang sebagai salah satu tempat paling berbaloi untuk dilawati di Malaysia. Dalam artikel kali ini kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Batu Feringgi.
Untuk ke Batu Feringgi, anda perlu menaiki feri dari Butterworth menuju ke Georgetown terlebih dahulu. Tarikan utama Batu Feringgi adalah keindahan pantainya yang memutih serta air laut yang jernih. Selain itu, terdapat beberapa tarikan lain yang boleh anda kunjungi.
Pasar Malam Batu Feringgi
Lokasi yang cukup βhappeningβ pada waktu malam. Di sini, pelbagai jenis barangan dan makanan boleh anda temui. Semuanya dijual pada harga murah. Ramai yang menjadikan pasar malam ini sebagai tempat shopping di Penang.
Antara yang menarik sudah tentulah aksesori, pakaian, gajet, barangan kulit, kudapan, dan ratusan buah gerai menjual makanan. Boleh rambang mata dibuatnya.
Waktu operasi: 6 pm -12 am | setiap hari
Alamat: Jalan Batu Feringgi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang
Pantai Batu Feringgi
Merupakan tarikan utama Batu Ferringi. Keindahan pantai memang tiada tolok bandingnya. Sesuai untuk semua aktiviti pantai seperti mandi manda, berkelah dan menaiki banana boat.
Lokasi ini penuh dengan kehadiran orang awam pada setiap petang dan hujung minggu. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati aingin pantai.
Baca: Pantai di Penang
Anda juga boleh bersantai di gerai berhampiran, menunggang kuda, bermain layang layang, atau menaiki ATV.
Adventure Zone
Adventure Zone sebuah pusat permainan indoor dan outdoor yang menyeronokkan. Direka khusus untuk kanak-kanak dengan menempatkan gelongsor, taman permainan, aneka permainan interaktif dan banyak lagi.
Dengan keluasan 10,000 kaki persegi ini, anak-anak boleh bermain sepuasnya dengan selamat dalam persekitaran yang bersih.
Tiket masuk pula amat berpatutan dan orang dewasa tidak perlu membayar tiket, anda hanya perlu mengawasai anak-anak sahaja.
Harga tiket: Isnin β Jumaat (RM33) | Hujung minggu / cuti umum (RM49)
Waktu operasi: 10 am β 7 pm
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
TeddyVille Museum Penang
Tempat menarik di Batu Ferringi yang wajib anda kunjungi adalah TeddyVille Museum Penang. Ia adalah sebuah muzium yang mengumpul sejarah penciptaan anak patung teddy bear dari awal ciptaannya sehingga sekarang.
Bukan itu sahaja, pelbagai pameran bertaraf antarabangsa yang mengagumkan. Kesemuanya berdasarkan anak patung beruang comel ini.
Bukan sahaja kanak-kanak, bahkan dewasa turut terpegun akan keindahan dan pamerannya. Lokasi terbaik untuk anda bergambar kenangan. Jangan lupa untuk membawa pulang cenderamata ya?
Harga tiket: dewasa RM25 | kanak-kanak RM13 > BELI DI KLOOK
Waktu operasi: 9 am β 6 pm | tutup pada Selasa & Rabu
Alamat: 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Yahong Art Gallery
Galeri ini mempamerkan seni batik dari Chuah Thean Teng iaitu artis tempatan yang menjadikan batik sebagai salah satu teknik lukisan.
Semua lukisan yang dipamerkan dilukis menggunakan teknik sama seperti mencanting batik. Ia terdiri daripada potret, lukisan pemandangan, abstrak, dan banyak lagi.
Artikel berkaitan: Tempat Menarik di Penang Waktu Malam
Lukisan-lukisan ini untuk penggemar seni, dan anda boleh membelinya pada harga yang munasabah.
Waktu operasi: 10 am β 8 pm
Alamat: 58 D, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Tropical Spice Garden
Tropical Spice Garden ini terletak di Teluk Bahang, namun ia tidak jauh dari Batu Ferringi. Cuma memakan masa 4 minit pemanduan sahaja. Untuk pengetahuan, Tropical Spice Garden pada asalnya adalah ladang getah yang terbiar.
Kini ia menjadi antara destinasi pelancongan utama di Penang. Ini kerana ia menempatkan lebih 500 spesis tumbuhan dan pokok yang boleh dijadikan bahan masakan.
Baca: Tempat Makan Menarik di Penang
Bagaikan sebuah muzium tumbuhan, taman ini memukau pengunjung dari dalam dan luar negara. Banyak pameran bertaraf antarabangsa yang boleh anda pelajari. Cukup berbaloi.
Harga tiket: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM7 > BELI DI KLOOK.COM
Waktu operasi: 9 1m β 4 pm
Alamat: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Wet World Wild
Gelongsor, inflatable, dan terowong air, semuanya boleh anda nikmati di Water World Wild, Moonlight Bay. Lokasi terbaik untuk anda bermain air, melompat dan berakit.
Sesuai untuk semua golongan, kawasannya cukup luas untuk anda bergembira bersama keluarga dan rakan. Anda boleh berlari di atas rakit inflatable dengan selamat kerana setiap pengunjung diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Harga tiket: RM30
Alamat: Moonlight Bay, Jalan Batu Ferringhi, Penang, 11100 Batu Ferringhi
Crispy Apam Balik
Dari tempat menarik di Batu Ferringi, kita beralih pula kepada tempat makan sedap. Crispy Apam Balik merupakan sebuah gerai apam balik yang harus anda kungjungi.
Cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan, mereka menyediakan aneka jenis apam yang boleh anda pilih. Seperti nutella, chocolate, pisang, cheese, jagung, strawberry, banyak lagi.
Apamnya juga rangup dan cukup rasa. Tambahan pula, hargnya cukup berpatutan iaitu serendah RM2.50 sahaja.
Waktu operasi: 4 pm β 11 pm
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi,Β 11100 Penang, Malaysia
Tempat menarik di Batu Kawan
- Aspen Vision City
- Jambatan Pulau Pinang Kedua (Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge)
- IKEA Batu Kawan
Tempat menarik di Seberang Perai
- Taman Burung Pulau Pinang
- Hutan Lipur Bukit Panchor
- Pulau Aman
- Jeruk Madu Pak Ali
Tempat menarik di Bukit Mertajam
- Cherok Tokun Nature Park
- Penang Bird Park
Tempat Menarik di Teluk Bahang
- Toys Museum
- Forest Eco Park
- Fort Cornwallis
- Rumah Api Muka Head
- Escape Theme Park
Boleh juga tempat menarik di Teluk Bahang ni kan? Semoga percutian anda dan keluarga kali ini lebih bermakna dan meninggalkan memori indah.