Uncategorized

10 Tempat Menarik di Seremban

Sebagai ibu negeri bagi Negeri Sembilan, sudah tentu Seremban memiliki pelbagai lokasi tarikan pelancongan. Disamping beberapa buah muzium, galeri, dan pantai cantik, Seremban turut memiliki taman tema air, pusat membeli belah, dan tempat makan menarik. Jadi kami ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Seremban yang boleh anda pergi pada hujung minggu ini.

#1 Muzium Negeri

Kita mulakan tempat menarik di Seremban dengan Muzium Negeri yang terletak di Jalan Sungai Ujong. Senibina bangunan ini sahaja sudah membuatkan kita semua terpegun.

Bangunan yang memiliki senibina minangkabau ini menyimpan 1,001 sejarah tentang Negeri Sembilan. Anda boleh temui artifak asli, informasi interaktif, dan lain-lain.

Pelajari juga tentang sejarah peperangan, budaya, seni, dan gaya hidup negeri ini diawal penubuhannya hingga ke hari ini.

Kawasannya juga bersih, dan boleh dikatakan setiap ceruk muzium cukup cantik dan sesuai untuk anda mengambil gambar kenangan.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 9 am – 5 pm

Alamat: Muzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban

#2 Royal Gallery Tuanku Ja’afar

Galeri ini dibina adalah untuk menghidupkan kembali kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bermula tahun 1967.

Pengunjung bakal dihidang dengan biografi, latar belakang, dan sumbangan Almarhum kepada negeri dan Malaysia sepanjang hayatnya.

Terdiri daripada 4 Ruang, pameran bertaraf antarabangsa ini sudah tentu tidak membosankan.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Pelajar, w.emas, OKU, RM5 | bawah 6 tahun PERCUMA

Waktu operasi: 10 am – 5 pm

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

#3 Jelita Ostrich Farm

Ingin menunggang burung unta? Hah, anda boleh Jelita Ostrich Farm yang dibuka kepada orang ramai untuk kenal dengan lebih dekat lagi tentang burung terbesar didunia ini.

Anda boleh lihat telur burung unta yang besar malah, boleh berdiri di atasnya.

Dengan bantuan pekerja di sini, pengunjung boleh menunggang burung unta dan beri mereka makan jagung kering. Percayalah, ia bakal menjadi pengalaman yang unik.

Selain itu, singgahlah ke kedai cenderamata untuk mendapatkan barangan buat yang tersayang.

Harga tiket: RM10 | bawah 4 tahun PERCUMA

Waktu operasi: 9 am – 5 pm

Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

#4 Taman Tasik Seremban

Lokasi terbaik untuk berkelah dan beriadah bersama keluarga. Dengan dikelilingin pohon-pohon menghijau dan tasik yang menenangkan, anda sekeluarga boleh bersenam dan jalan-jalan sambil menghirup udara segar.

Banyak tempat duduk dan pondok disediakan untuk anda beristirehat dan bergambar bersama rakan.

Taman permainan juga disediakan untuk menceriakan kanak-kanak.

Alamat:  Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

#5 Rantau Eco-Park

Cuma memakan masa sekitar 23 minit dari Seremban, Rantau Eco-Park menawarkan pelbagai aktiviti outdoor untuk anda sekeluarga.

Aktiviti yang dimaksudkan adalah berenang, memancing, berbasikal, berkayak, water bicycle, dan banyak lagi.

Kolam renang yang disediakan juga amat luas dan mesra kanak-kanak dan dewasa. Harga tiket swimming pool juga amat berpatutan iaitu cuma RM5 sahaja.

Ia menjadi salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan.

Alamat: Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan

#6 Hutan Lipur Ulu Bendul

Tidak rugi sekiranya anda meneruskan pemanduan selama 21 minit ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Keindahan air terjun, dan alam sekitar di sini bakal menceriakan hujung minggu anda sekeluarga.

Tarikan utamanya sudah tentulah kolam mandi yang menggunakan air terjun semulajadi. Cukup luas dan lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan.

 

Sesuai untuk semua golongan kerana terdapat kolam renang khas untuk kanak-kanak serta dewasa.

Banyak pondok disediakan untuk pengunjung berteduh dan berkelah. Tempat mandi, surau, dan tandas juga disediakan.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan adalah seperti jungle trekking, berkelah, berkhemah, dan mendaki Gunung Angsi.

#7  Popia Kuala Kangsar

Namanya sahaja Popia Kuala Kangsar, tetapi gerai istimewa ini terletak di Paroi, Seremban. Cukup dikenali oleh penduduk tempatan dengan keenakan popiahnya.

Lain dari popiah yang biasa kita makan, kerana ia hadir dengan kuah istimewa. Rasanya cukup kena dengan popiah itu sendiri. Manis dan tidak terlalu pedas.

Malah, popiahnya juga ‘gemuk’ dengan ini dan bersaiz agak besar.

Terdapat dua jenis popiah iaitu popiah basah dan kering. Anda juga wajar cuba cucur udang campurnya yang turut menjadi kegilaan pelanggan.

Beroperasi hingga lewat malam, menjadikan gerai ini sebagai tempat menarik di Seremban waktu malam.

Waktu operasi: 1 pm – 11 pm | tutup pada Ahad

Alamat: No.11, Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

#8 Hard Wood Cafe

Bagi yang mencari masakan kampung asli Negeri Sembilan, kami cadangkan anda ke Hard Wood Cafe. Pelbagai jenis menu masakan kampung yang disediakan. Yang menjadi kegemaran ramai sudah tentulah masak lemak cili api dan sambal tempoyak.

Ayam goreng, aneka gulai, ulaman, ayam kampung, dan lauk pauk lain juga tidak kurang hebatnya.

Anda juga boleh pilih pelbagai jenis kuish muih yang disediakan.

Suasana restoran ini juga menenangkan. Berkonsepkan kampung di mana hampir kesemua perabot diperbuat daripada kayu.

Waktu operasi: 6 am – 6 pm | tutup pada Ahad

Alamat: 70300 Seremban, Negeri Sembilan

#9 Mee Kari Railway Rasah

Tempat menarik di Seremban yang seterusnya adalah Mee Kari Railway Rasah. Kuah mee karinya bakal membuatkan anda rindu untuk berkunjung ke Seremban.

Berbeza dengan mee kari di tempat lain, restoran ini menyediakan ayam goreng sebagai lauk tambahan.

Cukup sedap dan puas hati kalau dapat menikmatinya sebagai santapan tengah hari. Portionnya juga banyak dan kuahnya tidak terlalu pedas. Memang patutlah, ia digelarkan sebagai tempat makan menarik di Seremban.

Waktu operasi: 8 am – 4 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: 97, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

#10 City Park Oriental Seremban 2

Hidangan Chinese Muslim memang digemari ramai untuk meraikan keluarga dan rakan-rakan. Anda boleh cuba City Park Oriental Seremban 2. Kalau nak tahu, restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan terutamanya pada hujung minggu.

Keenakan tomyam, butter prawn, ikan siakap tiga rasa, dan kailan ikan masin sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Cuba juga daging sizzlingnya. Padu teruk!

Alamat: 111, 102, Jalan S2 D32, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Tempat menarik di Kuala Pilah

  • Bandar Di Raja Seri Menanti
  • Tugu Lister
  • Tapak Megalitik
  • Hutan Lipur Jeram Tengkek

Tempat Menarik di Port Dickson

  • Tanjung Tuan Cape Rachado Lighthouse
  • PD Ostrich Show Farm
  • Upside Down Port Dickson
  • Alive 3D Art
  • Sepang Gold Coast

Semoga artikel tempat menarik di Seremban ini dapat menjadi panduan anda kelak. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!