Uncategorized

6 Tempat Menarik untuk Family Day di Selangor

Setelah penat berkerja, peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga adalah yang paling dinanti-nantikan. Mana tidaknya, berbulan-bulan berhempas pulas mencari rezeki tidak kira siang mahupun malam. Cara terbaik untuk melepaskan tekanan adalah dengan berkumpul dan mengadakan family day. Lebih ramai, lebih bagus. Tetapi di mana? Sudah tentulah di tempat yang mendamaikan, penuh dengan kemudahan dan aktiviti keluarga. Di Selangor memang banyak tempat best. Oleh itu, kami bawakan tempat menarik untuk family day di Selangor.

Lokasi-lokasi yang bakal kami kongsikan ini adalah hasil cadangan netizen. Ia lengkap dengan kemudahan asas, selesa, tenang, luas, dan penuh dengan aktiviti menarik untuk anda lakukan bersama yang tersayang.

#1 Tadom Hills Resort

Terletak di Banting, Tadom Hills Resort merupakan sebuah tempat peranginan berkonsepkan chalet. Apa yang membuatkan ia lain dari chalet lain adalah kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti outdoor menarik untuk tetamu.

Aktviti fizikal yang boleh dilakukan adalah menaiki ATV, berbbq, membina rakit buluh, berflying fox, bergayut pada tali tarzan dan terjun ke dalam tasik, bermain sumpit, memanah dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, persekitaran Tadon Hill ini sendiri terlah memberikan aura berbeza. Dikelilingi pokong menghijau dan memiliki tasik yang jernih.

Selain itu unit chaletnya juga bak kediaman orang asli, tetapi dihias cantik dan selesa.

Harga: RM250 untuk dua orang

Alamat: No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

#2 Gold Coast Morib International Resort

Sejak dibuka beberapa tahun lalu, Gold Coast Morib International Resort menjadi pilihan warga kota untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Mana tidaknya, kemudahan kolam renang besar memang sukar untuk ditolak.

Ia sudah seperti taman tema air! Tidak hairanlah jika ia dikelaskan sebagai salah satu tempat mandi di Selangor yang popular.

Gold Coast Morib International Resort menawarkan penginapan jenis apartment untuk percutian yang selesa. Unit apartment ini lebih sesuai untuk family day.

Setiap unit lengkap dengan bilik tidur, dapur, bilik mandi dan kelengkapan asas.

Kami rasakan ia adalah tempat menarik untuk family day company untuk anda!

Harga: RM240 semalam (tiket masuk taman tema adalah percuma)

Alamat: PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT,, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor

#3  Teratak Bernam Riverview

Lokasi tempat peranginan ini cukup strategik. Terletak di antara Selangor dan Perak. Bahkan dibina betul-betul di tepi anak sungai.

Tujuh unit chalet kayu mampu memuatkan 3 hingga enam orang. Manakala chalet berkembar pula boleh menampung dua buah keluarga besar.

Jambatan gantung adalah daya penarik Teratak Riverview. Ia membolehkan pengunjung menikmati angin segar, lihat anak sungai, dan bergambar bersama keluarga.

Aktiviti menarik adalah sepertiflying fox, adseiling, berbasikal, paint ball, BBQ, dan jungle trekking.

Harga: RM300 untuk satu unit chalet (3 hari 2 malam)

Hubungi: Hakim- 013-5335033

#4 Hulu Tamu Hot Springs

Berendam dalam kehangan kolam air panas semula jadi pun seronok juga kan? Hulu Tamu Hot Springs ini adalah salah satu tempat menarik di Hulu Selangor kerana kawasannya yang luas dan penuh dengan fasiliti.

Terdapat beberapa buah kolam disediakan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai terutama pada musim cuti sekolah. Kolam pula terbahagi kepada dua iaitu kolam air panas semula jadi serta sebuah kolam besar dan cetek dikhaskan untuk kanak-kanak.

Landskapnya cantik, dan banyak kemudahan asas seperti tempat persalinan, surau, dan gazebo untuk berkelah.

Di sebelahnya pula terdapat Cholo Cholo Restaurant and Chalet untuk anda yang ingin menginap di sini.

Hubungi: En Lokman – 013 3361512

Alamat: Hulu Tamu, 44300, Selangor

#5 Ita Kamil Homestay 1

Tempat menarik di Selangor untuk family day adalah di Ita Kamil yang terletak di Banting. Ia merupakan homestay ada kolam renang di Selangor yang cukup menarik.

Ini kerana homestay ini adalah rumah Semi D di mana anda boleh sewa kedua-duanya jika memiliki keluarga yang besar.

Daya penarik homestay ini adalah sebuah kolam renang yang agak besar untuk anda bermandi manda bersama keluarga.

Segala kemudahan asas disediakan termasuklah kelengkapan BBQ. Akan tetapi, homestay ini hanya untuk penyewa beragama Islam sahaja.

Harga: RM380 semalam

Facebook: https://www.facebook.com/pages/category/Personal-Blog/Ita-Kamil-Homestay-Banting-Selangor-1570099993085968/

Hubungi: 012-637 6743

Alamat: Jalan Indah Perdana, Indah Perdana 1, Kg. Endah, 42700 Banting, Selangor

#6 Impian Rimba Resort

Berdekatan dengan Gunung Nuang dimana kawasan ini telah direalisasikan sebagai pusat rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.  Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur.

Terletak didalam kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.

Sesuai untuk mengadakan hari keluarga kerana resort ini menyediakan kemudahan yang sempurna. Ia termasuklah kolam renang, padang mini, peralatan BBQ, dewan, dan banyak lagi.

Dari segi penginapan pula anda pasti akan berpuas hati kerana Impian Rimba Resort menyediakan terdapat 4 jenis chalet selesa.

Kalau nak tahu, resort ini terletak ditak jauh dengan tempat menarik Hulu Langat, iaitu Air Terjun Sungai Gabai

Alamat: Lot 8944, Batu 22 Jalan Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor

Banyak juga kan tempat menarik di Selangor untuk family day. Kesemuanya memiliki aktiviti menarik yang boleh mengeratkan tali kekeluargaan. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!