Kalau nak senaraikan tempat makan menarik di Kuala Lumpur, memang terlalu banyak. Tapi dalam artikel ini kami akan senaraikan yang benar-benar sedap dan sentiasa menjadi buah mulut orang ramai. More specifically tempat makan di KL yang pernah di terjah oleh Jalan Jalan Cari Makan dan Padu Beb Studios.
Anda pasti aware akan program tv JJCM serta saluran Youtube Padu Beb. Kedua-dua program ini mencadangkan sejumlah tempat makan sedap yang wajib cuba!
#1 Medini’s Barbecue Restaurant
Kami yakin pasti ramai penggemar steamboat di luar sana. Medini’s Barbecue Restaurant menggelarkan restoran mereka sebagai ‘halal Korean BBQ’ tetapi mereka menyajikan lebih daripada itu.
Korean BBQ hanya sebagai daya penarik buat penggemar sajian dari Korea sahaja kerana terdapat beberapa sos khas. Selain itu pelanggan dihidangkan dengan ‘kimchi’ sebagai pembuka selera.
Dari segi ayam, kambing, dan gaing lembu, hidangan ini diperap menggunakan ramuan khas yang menyelerakan. Enak sekali jika dipanggang.
Ditambah pula dnegan pelbagai jenis sos.
Harga:
Set lunch RM18.90 (12pm – 3pm)
Harga Buffet (6 pm – 11 pm)
- Dewasa – RM49.90 nett/pax
- Kanak-kanak – RM23.90 (bawah 12 tahun)
Waktu operasi: 12 pm – 11 am
Alamat: 1, Jalan Lingkaran Tengah 2, 54200 Kuala Lumpur, Selangor
#2 Tokwan Nasi Ayam Golek
Hidangan ayam golek menjadi kegemaran ramai. Siapa tidak suka akan ayam yang diperap dan dibakar sehingga lembut bukan? Kalau anda nak menikmati ayam golek sedap di Kuala Lumpur, boleh singgah ke Tokwan Nasi Ayam Golek.
Dari jauh lagi asap ayam golek memanggil-manggil anda ke restoran ini.
Hidangan nasi ayamnya terdiri daripada nasi standard berwarna kuning, sup kosong, sayur, serta potongan ayam golek bersama curahan sos dan kicap istimewa.
Selain keenakkan ayamnya yang luar biasa, satu lagi daya penarik Tok Wan Nasi Ayam Golek adalah kerana harganya yang murah.
1 hidangan biasa berharga RM5 sahaja manakala yang special berharga RM8. Hidangan special mempunyai portion ayam lebih banyak serta sos diasingkan dalam mangkuk.
Waktu operasi: 9 am – 2 am
Alamat: Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
#3 Kedai Kopi Haji Zul
Namanya sahaja ‘kedai kopi’ tetapi ia menyajikan lebih dari hidangan sarapan pagi. Kedai Kopi Haji Zul terkenal dengan sajian sup gearbox. Sup gearbox nya memang mantap habis. Portion besar, daging lembut serta menggunakan rempah ratus yang sempurna.
Anda bakal disediakan dengan straw supaya anda boleh sedut lemak dalam tulang. Sup ini lebih enak dimakan dengan nasi putih, telur dadar, sambal kicap, dan cili padi.
Jangan lupa cuba Teh Beng Madu!
Waktu operasi: 9 am – 9 pm| tutup pada Isnin
Alamat: 321 Ground Floor, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur,
#4 Restoran JJ Ikan Bakar dan Masakan Panas
Seafood di sini memang terbaik! Makanan lautnya segar dan boleh dimasak pelbagai cara. Anda boleh pilih dari ikan bakar istimewa, sotong, udang, ketam, lala, kerang, dan lain-lain. Tomyam seafood sering menjadi pilihan pelanggan.
Rasa juga cucur udang special. Berbeza dengan cucur yang biasa anda makan, cucur udang di sini mengurangkan penggunaan tepung. Sebaliknya penuh dengan lauk serta udang yang digoreng rangup.
Masakan panas serta western turut dijual di sini.
Waktu operasi: 24 jam
Alamat: 215, Jalan Perkasa 1, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#5 Â Be Sixth Comfort Food
Be Sixth Comfort Food adalah salah sebuah tempat makan western di Kuala Lumpur yang wajib anda cuba. Setiap hidangan mempunyai portion yang besar.
Apa yang paling istimewa di sini adalah Dukkah Roasted Chicken. Ia merupakan bahagian dada ayam yang diperap dengan rempah khas dan hadir dengan kentang serta kacang peas yang dipenyek.
Menjadi pilihan ramai adalah Beef Lasagna kerana portionya yang besar dan mempunyai isi daging yang melimpah. Rasa kuah bolognesenya juga mantap dan asli dari Itali.
Semua hidangan yang ada disajikan dengan presentation yang cantik membuatkan anda bertambah teruja untuk menikmatinya.
Suasana restoran agak hipster dan classy. Dari segi harga pula agak tinggi tetapi berbaloi dengan rasa dan keselesaan.
Alamat: Level 6-01, melawati mall, Jalan Sabah, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
#6 Seri Semporna
Sajian dari suku kaum Bajau jarang diperkatakan. Bagaimana rasa dan rupa hidangan mereka? Anda boleh ke Seri Semporna yang terletak di Taman Jinjang Baru. Nah, dah tak perlu ke Semporna, Sabah lagi untuk rasa hidangan ini.
Hidangan Nasi Kuning agak popular di Sabah. Nasi berwarna kuning yang lemak dan lembut, dimakan bersama ayam masak merah serta timun dan telur rebus.
Selain itu, sajian kaum Bajau Laut yang boleh anda cuba di sini adalah kima dan lato (rumpai laut). Kedua-dua hidangan ini memang hanya boleh dijumpai di Sabah sahaja tau.
Waktu operasi: 12 pm – 11.30 pm
Alamat: Jalan 9/32, Taman Jinjang Baru, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#7 Mok Teh Nasi Dagang
Kata orang, kalau nak nasai dagang asli kenalah ke negeri Terengganu. Tak perlulah warga kota memandu jauh kerana anda boleh menikmatinya di Kuala Lumpur sahaja.
Restoran Mok Teh Nasi Dagang menyajikan hidangan signature negeri Terengganu yang enak.
Resepinya asli yang diwarisi turun temurun. Nasinya lembut, gulai ikan tongkol, dan acar timun. Ikan tongkol yang digunakan segar dan menyelerakan. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM4 sahaja.
Selain itu jangan lepaskan peluang untuk menjamu nasi lemak ikan tongkol yang hanya boleh didapati di Terengganu. Sama seperti nasi lemak biasa iaitu sambal bilis, tetapi lauknya digantikan dengan ikan tongkol.
Waktu operasi: 8 am – 3 pm | tutup pada Isnin
Alamat: 50, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Kesemua tempat makan yang kami senaraikan di atas direkomen oleh Padu Beb dan JJCM tau, confirm sedap dan berbaloi. Selamat menjamu selera!