Bosan makan nasi dan masakan Melayu? Tak salah sekiranya kalau sekali sekala kita ubah selera. Di Malaysia ni macam-macam jenis makanan ada. Sebab rakyat Malaysia sangat terbuka dalam menerima segala jenis hidangan dari negara luar. Yang paling menjadi kegemaran adalah makanan dari Barat. Kalau anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur lagi seronok kerana banyak tempat makan western best di KL tu.
Kami nak cadang beberapa restoran yang menyajikan hidangan ala Barat sedap di KL. Senarai di bawah tidak mengikut urutan.
#1 Top Steak House
Restoran yang terletak di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi ini menghidang kira kira 60. Ia terbahagi kepada lima kategori iaitu daging lembu, kambing, ayam, ikan, dan masakan Itali.
Menu wajib cuba sekiranya ke sini adalah Lamb Chop dan Chicken Chop. Apa yang membezakan Top Steak House dengan restoran lain seumpamanya adalah rasa pedas sos barbeku yang menggunakan resepi khas.
Menu lain yang sering ditempah pelanggan adalah t-bone steak, chicken cordon blew, smoked salmon, stik daging lembu lada hitam, stik daging batang pinang dan stik kaki kambing.
Restoran ini mempunyai dua buah cawangan di Medan Niaga Tasik Damai dan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Alamat: Pusat Perkembangan Minda Uni Infiniti2 Sungai Besi, 57100
#2 Pekan Station
Kita perlu tangkis tanggapan yang makanan wester semuanya mahal. Tidak di Pekan Station, kerana kedai yang terletak di Kampung Baru ini menyajikan masakan ala Barat pada harga murah.
Di sini, anda boleh menjamu selera dalam suasana kampung yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Kalau anda tercari-cari tempat makan malam best di KL, di sinilah jawapannya.
Secara jujurnya Pekan Station tidak mewah seperti restoran western lain. Ia hanya gerai biasa tetapi rasa menu di sini pasti dapat menarik perhatian penggemar hidangan Barat.
Antara menu popular di sini adalah Chicken Chop Pasta, Mix Grill yang menggabungkan ayam, daging lembu dan kambing serta Chicken Bleu, meatball, dan Chicken Boxing.
Paling menarik, makanan di sini dijual bermula pada harga RM7 hingga RM16 sahaja.
Alamat: 61, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 6pm hingga 1am
#3 Toowoomba Deli & Meats Steak House
Namanya unik, membuatkan orang lebih tertanya-tanya apa yang best di sini. Terletak di Setapak, menu signature mereka adalah Chicken Wings, Fish n Chips, Salmon Steak and Spaghetti Chicken Bolognaise.
Anda tidak perlu meragui kesegaran bahan metah di restoran ini keranan daging yang dijual diimport segar dari Australia.
Hiasan dalamanya juga menarik dan ceria kerana kerusi meja dan kebanyakan perabotnya diperbuat daripada kayu.
Harga hidangan di sini masih lagi mampu milik, namun ada juga yang mencecah RM100 dan ke atas, bergantung pada jenis daging yang anda pesan contohnya daging Wagyu. Caesar salad berharga RM9.90 dan Chicken Wings pula hanya RM14.90 sahaja.
Alamat: G-3A, PV 128, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Setapak
Waktu operasi: 6pm hingga 12am
#4 Fiske Steakhouse
Fiske Steakhouse merupakan salah satu tempat makan western best di KL. Ini kerana mereka menerapkan konsep makanan bertaraf lima binta pada harga berpatutan. Maka tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.
Terdapat lebih 60 menu yang meliputi 15 hidangan stik, enam hidangan pasta dan spageti, salad, sup dan hidangan sampingan lain pada harga dari RM6.90 hingga RM20.00 sahaja.
Jika anda mahukan hidangan tempatan seperti asam pedas bersama nasi putih dan satay juga ada dijual di sini.
Alamat: No. K4, Medan Selera AU2 Taman Desa Keramat
Waktu operasi: 9am hingga 12am
#5 Me’nate Steakhub
Tuahnya restoran ini mungkin terletak pada namanya, Me’nate. Pernah suatu ketika dahulu sewatu awal pembukaannya restoran ini menjadi bahan jenaka orang ramai dek kerana nama yang seakan bahasa kasar dalam dialek Kelantan.
Namun restoran yang hanya memfokuskan makanan Barat ini tidak mudah melatah dan terus gah membina empayarnya. Kini Me’nate Steakhub mempunyai 4 buah cawangan iaitu di Setapak, Ampang, Bangi, dan Shah Alam.
Antara menu pilihan yang disajikan di Me’nate Steak Hub ialah stik wagyu, stik angus ribeye atau lamb rack di samÂping pasta dan spageti serta bebola daging yang dimasak tanpa bahan perasa.
Cuma kami di TeamTravel ini mengingatkan anda yang harga makanan di sini agak mahal. Tetapi kami yakin anda akan berpuas hati dengan keenakkan hidangan dan servisnya. Untuk pengetahuan, Me’nate pernah menjadi singgahan program tv popular, Jalan Jalan Cari Makan.
Alamat: StarParc Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, Jalan 8/23e, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 3pm hingga 12am
#6 Ayers Rock Butcher and Grill
Ini merupakan salah satu tempat makan menarik di Wangsa Maju. Menyajikan pelbagai pilihan daging yang diimport segar dari Australia dan New Zealand. Menu western utama seperti steam, lamb chop, chicken chop, dan daging wagyu boleh didapati di sini. Hidangan lain seperti ikan salmon, udang, dan meatballs turut menjadi pilihan pelanggan.
Ayers Rock Butcher and Grill mempunyaisebuah lagi cawangan iaitu di Bukit Jelutong, Selangor.
Alamat: No.9 Wangsa Maju Delima 10 Wangsa Link, Wangsa Maju, 53500
#7 Aura Wester Food
Jika anda berada di sekitar Sri Rampai, boleh cuba ke Aura Western Food. Agak popular di kalangan penduduk tempatan kerana menu Barat yang disajikan mempunyai sentuhan citarasa tempatan.
Keenakan dan kelazatan masakan-masakan ini bertambah memikat dengan gabungan sos-sos yang cukup menyelerakan seperti sos lada hitam, sos barbeku, dan sos cendawan.
Mereka menawarkan lebih 50 menu dengan turut menyelitkan masakan tempatan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Alamat: No. 13, Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur
Penggemar makanan ala Barat, jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di salah satu tempat makan western best di KL yang kami cadangkan ini.