Sejarah Fort Cornwallis di Pulau Pinang
Siapa yang masih ingat lagi? Kami ada terbaca Fort Cornwallis adalah salah satu pengajian di mata pelajaran Sejarah dahulu, pabila kedatangan buat pertama kali Sir Francis Light ke Tanah Melayu pada tahun 1876, khasnya Pulau Pinang yang sekarang.
Kedudukannya memang terletak berdekatan dengan banyak tempat tempat menarik lain yang ada di Goergetown. Mungkin boleh singgah tempat yang lain nya untuk trip anda.
Untuk ketahui sejarah lebih lanjut dengan Fort Cornwallis, anda boleh rujuk di sini, http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-cornwallis-pulau-pinang
Rumah Kelahiran P Ramlee
Semua pun tau, P Ramlee memang gah di mata kita anak anak Malaysia untuk generasi sekarang. Tapi siapa tahu, di masa akhir hayatnya, duit untuk menguruskan mayat pun P Ramlee tiada. Bayangkan betapa miskin nya beliau. Masa beliau sudah meninggal pun kaum keluarga juga risau akan tiada siapa yang ingin menguruskan segalanya. Dengan si isteri P Ramlee pun tidak punya wang. Itu pun, syukur sebab ada yang menderma RM 3000, untuk pengurusan mayat.
Kenapa jadi macam ni? Sebab P Ramlee di pulau, muziknya dikatakan tidak didengari oleh orang ramai lagi waktu itu. Tapi sekarang?
Anda boleh faham selanjut di sini, https://www.youtube.com/watch?v=YXeUNcl0wQk
Dan rumah kelahiran P Ramlee dekat sahaja dengan Fort Cornwallis, lebih kurang 15 minit.
Padang Kota Lama
Padang Kota Lama di buka semasa era pemerintahan British dahulu. Tapi sekarang tempat terbuka untuk orang ramai boleh beristirehat. Kedudukannya juga hanya bersebelahan sahaja dengan Fort Cornwallis.
Penang Time Tunnel
Penang Time Tunnel juga hanya bersebelahan dengan Padang Kota Lama, jadi mungkin anda habiskan tempat bersejarah ini dahulu baru pergi ke menarik yang mungkin kedudukannya lebih jauh sedikit.
So, Penang Time Tunnel adalah macam satu perkongsian lama tentang era perkembangan Pulau Pinang. Banyak juga barang barang lama dan antik yang anda di tunjukkan di dalam museum ini.
Masjid Kapitan Keling
Masjid ini terletak di tengah tengah Georgetown sedikit. Dibina pada abad ke 18 oleh pedagang Muslim dari India, Caudeer Mohudeen. Merupakan masjid tertua di Georgetown, Penang. Masjid yang anda sekarang dibina pada tahun 1916 menggantikan bangunan yang lama.
Muzium Perang
Antara muzium perang yang paling sadis yang krew kami pernah datang melawat ialah Muzium Perang ini.
Terletak 15 minit dari center of Bayan Lepas, atau 13 minit dari Quensbay Mall. Anda akan lihat, satu muzium yang betapa perih dan susah nya orang dahulu berperang mempertahankan kawasan masing masing. Ini adalah kubu lama British semasa Perang Dunia ke 2, seluas 20 ekar. Pelancong boleh lihat berek tentera, rumah masak lama, bilik tahanan, terowong, dan liang pengudaraan. Dan macam macam lagi, kebanyakan bentuk seperti pakaian dan binaan masih lagi dalam bentuk asal.
Dan selepas pemerintahan Jepun, kubu ini digunakan sebagai penjara dan tempat orang Jepun menyeksa tahanan.
Penang Islamic Muzium – Terletak di tengah tengah Goergetown.
Sejarah Permulaan Pulau Pinang, noted from Wikipedia
Pinang di dalam era moden bermula pada tahun 1786, hasil daripada pembukaan Georgetown oleh Sir Francis Light. Pada tahun 1826, Pulau Pinang dibentuk di bawah gabungan Straits Settlements atau pun apa yang kita belajar di sekolah dahulu sebagai Negeri Negeri Selat. Negeri Negeri Selat adalah gabungan gabungan Kerajaan British sebagai kawasan pemerintahannya. Yang kemudiannya ditukar kepada Crown Colony pada tahun 1867.
Dalam tempoh pemerintahan ini, pemerintahan British hanya berhenti semasa Jepun memerintah di Perang Dunia Yang Ke 2. British berjaya mendapatkan Penang semula pada tahun 1945. Yang kemudiannya diserapkan di bawah Federation of Malaya atau Malaysia sekarang.
Berikut adalah antara tempat tarikan bersejarah yang kami boleh kongsikan. Terima Kasih..