Langkawi

9 Tempat Menarik di Langkawi Tanpa Bayaran | TERKINI 2024

Bercuti di Langkawi merupakan impian rakyat Malaysia. Mana tidaknya, anda boleh menikmati 1001 keseronokkan di pulau permata negeri Kedah ini. Dari keindahan pantai, alam semula jadi, tempat hiburan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah bebas cukai.

Namun, masalah bajet sering menjadi penghalang ketika bercuti.

Jadi untuk memudahkan anda dalam merancang bajet percutian, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Langkawi yang percuma.

Dataran Helang

Mercu tanda Langkawi, Dataran Helang sudah sinonim dengan pelancong. Memang tidak akan lengkap percutian anda sekiranya tidak bergambar kenangan di hadapan replika helang gergasi ini.

Dataran Helang ini memang meriah dengan kehadiran pengunjung. Lokasinya juga strategik dan dibina bagaikan tanjung supaya orang rama dapat melihat keindahan laut, gugusan pulau, dan bot yang lalu-lalang.

Ia juga adalah salah satu tempat menarik di Langkawi waktu malam.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Air Terjun Telaga Tujuh

Tengah cari tempat mandi di Langkawi? Anda boleh ke Air Terjun Telaga Tujuh yang indah. Mendapat namanya daripada air terjun yang terbentuk dari tujuh mata air.

Untuk ke kawasan mandi, pengunjung perlu mendaki anak tanggak. Tidak terlalu curam, tetapi agak sukar untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Perjalanan untuk sampai ke puncak memakan masa sekitar 30 minit.

Setibanya di puncak, segala penat lelah anda pasti akan hilang selepas melihat keindahan Air Terjun Telaga Tujuh ini. Walaupun jalan berliku, ia tidak mematahkan niat pelancong kerana pemandangan di sini memang cantik.

Banyak kemudahan yang disediakan seperti leluan pejalan kaki, tandas awam, tempat persalinan, dan wakaf.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Pantai Cenang

Pantai yang paling popular di Langkawi. Pasirnya memutih dan anda dapat melihat keindahan laut yang mempersonakan dek kerana terdapatnya gugusan pulau. Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Pantai Cenang seperti:

  • Mandi manda
  • Menaiki ATV
  • Banana boat
  • Parasailing
  • Jetski
  • Bermain layang-layang

Kalau nak naik banana boat, parasailing, atau ATV tu kena bayar tau. Selain itu terdapat banyak kedai cenderamata dan pakaian menarik disepanjang pantai. Begitu juga dengan tempat makan sedap. Menjamu selera di tepi pantai pasti menyeronokkan.

Lokasi: Google Maps

Telaga Harbour Marina

Kawasan yang dahulunya merupakan perkampungan nelayan. Melihat kepada potensi dan lokasinya yang strategik. Telaga Harbour Marina kini merupakan pelabuhan untuk kapal-kapal mewah.

Tiada bayaran masuk dikenakan. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan sambil melihat bot mewah yang berlabuh di sini.

Selain itu Telaga Harbour Marina turut banyak premis perniagaan seperti butik, spa, dan restoran.  Restoran-restoran di sini menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti western, Arab, Japanese, Italian, dan banyak lagi.

Pada waktu malam lebih menyeronokkan kerana kawasannya diterangi cahaya lampu yang dipancarkan ke pelabuhan dan bot mewah.

Lokasi: Google Maps

Kompleks Kraf Langkawi

Terletak di Pekan Kuah, Kompleks Kraf Langkawi ini merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi 2019. Menempatkan pelbagai item kraftangan serta artifak seni dari zaman dahulu hinggalah sekarang.

Kompleks ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  • Muzium Kraf
  • Kampung Kraf
  • Koloni Artis
  • Butik Kraf

Bahagian Muzium Kraf adalah yang paling menarik. Di mana pengunjung dapat melihat bagaimana seni berubah mengikut peredaran zaman melalui item yang dipamerkan.

Pengunjung juga berpeluang melihat bagaimana proses mencanting dilakukan.

Jangan lepaskan peluang untuk membeli cenderamata di kiosk yang disediakan.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 10 am – 6 pm

Lokasi: Google Maps

Telaga Walk Cenang

Telaga Walk ini lebih kurang seperti ‘uptown’. Banyak premis perniagaan, kedai makan menarik yang menyajikan hidangan tempatan, western, Arab, Thai, dan banyak lagi.

Waktu malam lain pula ceritanya. Pada waktu malam, Telaga Walk bermandikan cahaya lampu berwarna warni. Terdapat permainan keretapi dan kereta Volkswagenyang dipasang dengan cahaya lampu.

Ini menambahkan lagi keceriaan kawasan. Lagi pula, nama ‘Telaga Walk Cenang’ juga terpampang di tengah-tengah kawasan. Lewat malam pun lokasi ini masih dikunjungi orang ramai. Sebab itulahIa menjadi salah satu tempat menarik di Langkawi.

Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG)

Tidak lengkap sekiranya kami tidak senaraikan Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG).. Kompleks HIG adalah tempat shopping di Langkawi yang utama sekiranya anda bercadang untuk borong coklat murah.

Sebagai salah satu tempat menarik di Langkawi, HIG menjual barangan elektrik, kain batik, pinggan mangkuk, tuala dan peralatan dapur, coklat pelbagai jenama.

Ramai pelancong yang menjadikan HIG sebagai lokasi untuk mendapatkan coklat murah di Langkawi. Jenama coklat terdiri daripada Daim, Toblerone, Cadbury, Kinder Bueno, Hershey’s Kisses, Pepero, Ritter Sport, dan banyak lagi.

Masuk memang percuma, kalau nak coklat kenalah bayar. Hehe!

Waktu operasi: 9 am – 9.30 pm

Lokasi: Google Maps

Tempat Makan Menarik di Langkawi

Selain tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran, kami selitkan juga tempat makan menarik di Langkawi.

Laksa Ikan Sekoq

Juga dikenali dengan gelaran “Laksa Power Tepi Airport” kerana lokasinya betul-betul disebelah Lapangan Terbang Langkawi. Walaupun banyak gerai makan dikawasan itu, Laksa Power lah yang paling menonjol kerana menyajikan laksa penang sedap!

Kuah laksanya pekat, masam manis, dan tidak terlalu pedas. Hidangan ini juga hadir bersama dengan sebiji telur rebus, salad, dan nenas yang banyak.

Selain laksa penang, Rojak Mahsuri juga turut menjadi pilihan pelanggan. Lauk pauknya banyak dan dilimpahi kuah kacang yang menyelerakan. Memang puas hati. Dalam pada itu, order juga char kueh tiaw, somtam seafood, rojak buah, cendol pulut, dan mee udang.

Waktu petang adalah masa terbaik untuk ke sini. Sambil menikmati laksa penang, menghirup udara pantai dan melihat matahari terbenam juga sangat mengasyikkan.

Waktu operasi:

Lokasi: Google Maps

Restoran Kak Yan Nasi Campur

Nak makan nasi campur sedap dan murah? Kami cadangkan anda ke Restoran Kak Yan Nasi Campur yang terletak di Jalan Ulu Melaka.

Bukan main popular di kalangan penduduk setempat. Mana tidaknya puluhan lauk dan ulam ulaman menjadi pilihan untuk santapan tengah hari.

Banyak masakan Melayu sedap yang boleh anda nikmati seperti aneka guna, ikan keli, ikan bakar, sup, ayam, berempah, dan ulam untuk dicicah bersama budu dan sambal.

Waktu operasi: 8 am – 4 pm

Lokasi: Google Maps

Semoga senarai tempat menarik di Langkawi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam merancanakan percutian kelak. Kami berharap agar anda dapat menikmati pengalaman bercuti di Langkawi yang indah bersama keluarga.

One Reply to 9 Tempat Menarik di Langkawi Tanpa Bayaran | TERKINI 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!