Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi Pada Waktu Malam

Tidak dinafikan, Pulau Langkawi memang kaya dengan tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Dari keindahan pantai, alam semula jadi, sejarah, hiburan, dan makanan, pesona Langkawi berjaya menambat hati pelancong dari dalam dan luar negara. Jika pada waktu siang anda bermandi manda, ke mana pula yang patut anda tuju di malam hari. Kami akan kongsikan antara tempat menarik di Langkawi pada waktu malam.

Jika anda merancang untuk bercuti ke Langkawi, pastinya tidak akan kecewa dengan tarikan malam di sini. Suasana malam di Langkawi memang meriah. Ia terdiri daripada tempat hiburan, pusat membeli-belah, tempat makan sedap, mercu tanda, dan tarikan tepi pantai.

#1 Telaga Harbour Marina

Kawasan yang dahulunya merupakan perkampungan nelayan. Melihat kepada potensi dan lokasinya yang strategik, Telaga Harbour Marina dibina. Telaga Harbour Marina merupakan pelabuhan untuk kapal-kapal mewah.

Orang ramai boleh datang melihat kapal dan bot mewah berlabuh di sini disamping menikmati keindahan kawasannya.

Telaga Harbour at Night
Langkawi Island, Kedah, Malaysia
SOOC

Selain itu Telaga Harbour Marina turut banyak premis perniagaan seperti butik, spa, dan restoran.  Restoran-restoran di sini menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti western, Arab, Japanese, Italian, dan banyak lagi.

Pada waktu malam lebih menyeronokkan kerana kawasannya diterangi cahaya lampu yang dipancarkan ke pelabuhan dan bot mewah.

Alamat: Lot 1 Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

#2 Nest Rooftop Cafe Langkawi

Ingin makan malam sambil menyaksikan pemandangan menarik? Kami cadangkan anda ke Nest Rooftop Cafe Langkawi. Terletak di Pantai Cenang, Nest Rooftop Cefe menawarkan pelbagai jenis sajian enak untuk anda.

Pelanggan bebas memesan hidangan tempatan, Western, Thai, atau Italina. Apa yang menarik tentang cafe ini adalah ia terletak di atas bumbung bangunan. Sambil menikmati makanan enak, anda juga boleh menjamu mata dengan menyaksikan pemandangan Pantai Cenang, dan Laut Andaman.

Dekorasi cafe juga menarik. Ia mempunyai sentuhan moden dan warna yang ceria.

Waktu operasi: 8am – 12 pm / 5 pm – 11 pm

Alamat: 1659, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

#3 Taman Awam Teluk Yu

Ini salah satu lokasi menarik untuk aktiviti santai di Langkawi. Kalau anda berpeluang ke sini, bolehlah merasai angin pantai. Waktu malam juga boleh tahan meriah di sini. Ini semua kerana terbinanya banyak restoran makanan laut di sepanjang pantai.

travel2langkawi.wordpress.com

Taman Awam Teluk Yu menjadi tempat lepak kerana laluan pejalan kakinya betul betul terletak di tepi pantai.

Alamat: 07000 Langkawi, Kedah

#4 Telaga Walk Cenang

Telaga Walk ini lebih kurang seperti ‘uptown’. Banyak premis perniagaan, kedai makan menarik yang menyajikan hidangan tempatan, western, Arab, Thai, dan banyak lagi.

Waktu malam lain pula ceritanya. Pada waktu malam, Telaga Walk bermandikan cahaya lampu berwarna warni. Terdapat permainan keretapi dan kereta Volkswagenyang dipasang dengan cahaya lampu.

Ini menambahkan lagi keceriaan kawasan. Lagi pula, nama ‘Telaga Walk Cenang’ juga terpampang di tengah-tengah kawasan. Lewat malam pun lokasi ini masih dikunjungi orang ramai. Sebab itulahIa menjadi salah satu tempat menarik di Langkawi.

Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

#5 Santai @ Kuza & Luke Café

Kalau dah ke pulau lagenda ini, sudah tentulah kita nak merasai makanan tempatan kan? Oleh itu kami cadangkan ke Santai @ Kuza & Luke Café yang terletak di Kampung Batu Ara. Kalau nak tahu, ini adalah salah satu tempat makan menarik di Langkawi.

Menyajikan masakan tempatan dan Western, cafe ini tidak pernah lekang dengan pelanggan. Masing-masing memuji keenakkan makanan di sini.

Hidangan western seperti lamb chop dan steak lah yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Dekorasi dalamannya juga cantik, minimal, dan menenangkan.

Waktu operasi: 5.30 pm – 11 pm | tutup pada Ahad

Alamat: 132,Jalan Pantai Kok,Kg Batu Ara, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi, Kedah

#6 Dataran Helang

Dataran Helang sudah tidak dapat dipisahkan dengan pulau ini. Ia sudah menjadi mercu tanda Langkawi. Buktinya rata-rata pelancong wajib singgah ke sini untuk bergambar kenangan. Ramai yang ke sini sebab ia salah satu tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran

Replika burung helang gergasi ini terletak di lokasi strategik di mana pengunjung boleh menyaksikan keindahan laut, bukit bukau, dan bot yang lalu lalang.

Kunjungan orang ramai ke sini tidak mengira siang atau malam. Pada waktu malam, Dataran Helang akan bermandikan cahaya. Memang cantik! Pengalaman bercuti di Langkawi pasti akan lebih bermakna.

Alamat: Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

#7 Pasar Malam Langkawi

Tempat menarik di Langkawi waktu malam yang seterusnya adalah pasar malam. Kalau nak tahu, setiap malam ada pasar malam, cuma ia berlangsung di lokasi berbeza.

Banyak makanan menarik yang boleh anda dapati di pasar malam Langkawi. Kalau buntu dan tak tahu nak ke mana, singgah sahaja ke lokasi pasar malam. Kami yakin anda pasti berpuas hati dengan ratusan lot gerai yang ada.

Pasar Malam Ulu Melaka

Lokasi: Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat

Waktu Operasi: Isnin (6pm -10pm)

Pasar Malam Padang Matsirat

Lokasi: Tempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat

Waktu Operasi: Ahad (6pm – 10pm)

Pasar Malam Air Hangat

Lokasi: Berdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat

Waktu Operasi: Jumaat (6pm – 10pm)

Pasar Malam Padang Wahid

Lokasi: Simpang Tiga Dimat / Padang Wahid

Waktu Operasi: Selasa (6pm – 10pm)

Pasar Malam Kuah

Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah

Waktu Operasi: Sabtu dan Rabu (6pm – 10pm)

Sebenarnya Langkawi ini memang banyak tarikan menarik. Padanlah masing-masing rancak pasang niat untuk ke sana. Kami sertakan peta tempat menarik di Langkawi di bawah. Dan bakal terbitkan satu artikel khas tentangnya kelak.

Hah! Itu adalah antara tempat menarik di Langkawi pada waktu malam. Kalau bosan, janganlah berehat di bilik kotel sahaja. Selamat bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *