Langkawi

Pasar Malam Langkawi

Selain keindahan alam semula jadi, aktiviti pantai dan tempat membeli-belah bebas cukai, anda juga patut singgah di pasar malam Langkawi. Kenapa anda patut ke pasar malam? Sebab inilah masanya untuk anda menikmati masakan tempatan yang pelbagai.

Bukan itu sahaja, pasar malam di Langkawi ini lain maca auranya. Ini kerana pulau yang terkenal sebagai destinasi percutian ini penuh dengan pelancong. Terutamanya pelancong asing yang ingin mencuba makanan ‘street food’ di Malaysia.

Ratusan lot gerai yang menjual palbagai jenis barangan menarik. Antara salah salah satu sebab kenapa pasar malam ini menjadi tarikan orang ramai adalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan dan snek sedap, minuman, pakaian, aksesori, mainan, buah-buahan, dan banyak lagi.

Lagi pula setiap malam ada pasar malam, cuma ia berlangsung di lokasi berbeza. Jadi ini memberi peluang kepada anda untuk merasai aktiviti malam di Langkawi.

Kami akan senaraikan semua lokasi pasar malam yang ada di sini. Maklumlah, Langkawi tu luas. Manalah tahu sekiranya anda menginap di hotel berdekatan, bolehlah terjah dan nikmati makanan menarik yang ada.

Jadual Lokasi Pasar Malam Langkawi

  • Ahad – Padang Matsirat
  • Isnin – Ulu Melaka
  • Selasa – Kedawang
  • Rabu – Kuah
  • Khamis – Temonyong
  • Jumaat -Ayer Hangat
  • Sabtu & Ahad – Kuah
  • Masa : 7pm – 10pm

#1 Pasar Malam Kuah

Rata-rata setuju yang Pasar Malam Kuah adalah yang bali besar dan happening. Ratusan lot gerai menjual pelbagai jenis makanan dan snek. Udang goreng, apam balik rangup, pencuci mulut, nasi kerabu, ice blended dan banyak lagi.

Gerai yang menjual pakaian dan cenderamata pun banyak. Inilah masanya untuk anda beli tshirt ‘I Love Langkawi’.

Pasar Malam Kuah terletak di Lencongan Putra 3, berhadapan dengan Hotel Baron.

Hari: Sabtu & Aham

Alamat: Lencongan Putra 3, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

#2 Pasar Malam Kedawang Langkawi

Terletak di Kampung Chenek Kura, pengunjung dihidangkan bermacam jenis makanan tempatan, bahkan hidangan Thai seperti somtam pun dan pulut mangga turut dijual.

Hidangan ‘chee cheong fun’ iaitu tepung beras gulung yang dimakan bersama kuah kicap istimewa dan kacang turut menjadi pilihan orang ramai.

Salah satu sebab mengapa pasar malam Kedawang menjadi tumpuan penduduk tempatan adalah kerana harga makanannya yang sedap dan murah.

Hari: Selasa

Alamat: Kampung Chenek Kura, 07000 Langkawi, Kedah

#3 Pasar Malam Temonyong

Pasar malam paling popular, kerana terletak di Pantai Cenang. Iaitu kawasan pelancongan utama di Langkawi. Sudah menjadi kewajiban pelancong, menginap melakukan aktiviti pantai, dan melawat tempat menarik di Pantai Cenang. Pada waktu malam mereka akan ke pasar malam untuk membeli makanan.

Siapa tidak suka akan makanan yang dijual di pasar malam? Banyak makanan dan minuman sedap seperti satay, ayam goreng, murtabak, nasi campur, burger, dan ice blended, serta kudapan.

Di sini anda berpeluang membeli banyak barangan seperti pakaian, aksesori, tudung, dan lain-lain pada harga murah. Lokasi ini dikelaskan sebagai ‘uptown Langkawi’.

Hari: Khamis

Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

#4 Pasar Malam Ayer Hangat Langkawi

Lokasi pasar malam Ayer hangat pun tidak kurang hebatnya. Apa yang best di sini adalah bebola ikan yang dicelup dengan sos lada hitam. Banyak juga gerai yang menjual hidangan ini. Kalau nak yang sedap, beli di tempat yang ramai orang.

Snek tokiaw atau kuih manja pun banyak dijual. Tokiaw ini lebih kurang seperti apam balik, tapi saiznya lebih kecil. Intinya pula adalah kaya dan kelapa parut manis. Sedap!

Hari: Jumaat

Alamat: Jalan Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

Jika anda berpeluang bercuti di pulau indah ini, luangkanlah masa untuk singgah ke pasar malam Langkawi. Rugi, sebab banyak makanan menarik dan sangat meriah. Seronok juga kalau beli tapau dan makan di hotel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!