Bayview Hotel Langkawi Review – Pengalaman Pertama Kali

Rasanya, sudah lama juga saya kongsikan pengalaman menginap di hotel sejak pkp covid melanda bulan 3, 2020. Dan sekarang bulan April 2021, selepas kerajaan mula benarkan kita semua bercuti, tapi mestilah di dalam negeri yang sama memang jadi peluang baik untuk saya ke Langkawi lagi sekali.

Tentatif percutiannya anda boleh rujuk dalam artikel ini, Tentatif Percutian Saya ke Langkawi

So wife saya, minta satu sahaja permintaannya untuk cari hotel yang ada tub. Sebagai manusia yang pakar mencari jawapan kepada anda semua yang nak melancong dengan isi kandungan yang saya muatkan dalam TeamTravel, apatah lagi bila isteri yang nak minta saya carikan. Lagi lah rasa teruja kan. haha

So saya pun carilah, demikian adalah antara 14 senarai awal hotel yang ada tub mandi di Langkawi:

  1. Tisha Langkawi Wellness Resort
    • bilik superior suite sahaja yang ada bathtub
    • breakfast bukan buffet, tapi menu set
  2. BayView
    • semua bilik ada tub
    • breakfast buffet
  3. Vivanta Rebak Island, Langkawi
  4. Berjaya Langkawi Resort
  5. Four Seasons

Saya senaraikan 5 sahaja, lagi 9 anda rujuk disini, Hotel BathTub Langkawi. Dan selepas ditimbang tara, kami memilih untuk menginap di BayView Hotel, 4 star hotel. Kami pilih BayView sebab dah confirm memang ada bathtub disetiap biliknya di booking.com. Jadi kami tak perlu confirm lagi untuk tanya ada bathtub ke tidak.

Tapi untuk artikel kami di Hotel BathTub Langkawi, anda tak perlu call semula dah. Semuanya kami sudah pastikan dan call untuk anda. Hanya perlu gunakan link booking di website kami sebagai tanda terima kasih.

Overview BayView Hotel

Secara overal, Bayview Hotel sangat baik dan sangat puas hati. Kalau dinilai dari segi saiz bilik, siapa siapa yang biasa masuk ke Hotel Seri Malaysia akan ada rasa kesamaan sikit dengan Hotel Seri Malaysia. Sebab bilik sini memang luas dan kelengkapan di dalam biliknya memang serba lengkap. Cuma bezanya peralatan Hotel Seri Malaysia kebanyakan sudah usang.

Dan sememangnya BayView semuanya nampak masih lagi kemas dan selesa, siaran television juga lebih banyak daripada hotel yang biasa saya menginap. Ada lebih 30 channel.

Antara kemudahan peralatan yang saya boleh senaraikan:

  1. bath tub + hot tub
  2. peti ais sejuk mini
  3. security box
  4. bilik yang luas
  5. toilet yang luas
  6. peralatan buat air
  7. meja + lampu meja
  8. ada kerusi rehat
  9. pengering rambut
  10. almari baju
  11. iron + iron board
  12. pilihan channel TV lebih 30 siaran

Dan lebih baik lagi, view saya di BayView Hoel menghadap MAHA Tower, yang dalam tempoh ini masih lagi pembinaan. Staff di BayView juga terbaik, sangat ramah.

Antara pilihan channel di Bayview

Untuk speed internet pula, boleh kata above average. Dan kalau semak melalu beberapa website, mungkin anda boleh dapat agak actual speednya bagaimana.

dan lagi satu website, https://www.speedtest.net/

Anda boleh beralih ke galleri BayView Hotel ini lebih banyak kolesi gambar.

Di BayView juga kita boleh order makanan ke bilik juga andai kata memang suka bertelor dalam bilik.


Sekian, terima kasih

*Anda boleh beralih ke galleri BayView Hotel ini lebih banyak kolesi gambar.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment