Langkawi

Cara Tempah Tiket Online Jetty Kuala Kedah

Sebelum ini saya pernah bawa kereta sendiri pergi ke Langkawi. Masa tu dalam tahun 2018. Hampir seminggu juga di Langkawi. Saya pun dah lupa ntah apalah yang saya buat disana sampai 1 minggu. Tapi sekarang ni wife ajak lagi pergi sana. Kali ini dengan azam untuk tidak banyak merenung hujan di Langkawi sahaja.

Tapi kali ni, kami lain sikit dengan sebelum ni. Sekarang, terpaksa naik Jetti. Tak boleh bawa kereta sebab covid. Dengan saya pun sekarang stay di Alor Setar, jadi agak bertuah jugalah, boleh juga saya ke Langkawi. Sebab tak dikira sebagai merentas negeri lagi kan?

Baiklah, kita mula.

Step 1 – Pergi ke ke Website Ticket Online ini, dan terus register

Step 2 – Login dan pilih “purchase ticket”

Step 3 – terus pilih tarikh macam saya buat dibuat dibawah.

  • Katakan, contoh saya pilih round trip untuk pergi dan balik
  • perjalanan dari Kuala Kedah > Langkawi, Langkawi > Kuala Kedah
  • 14 April bertolak, 15 April 2021 patah balik
  • dan 2 orang dewasa ( dewasa RM 23, kanak2x RM 17 untuk satu trip)
  • dan terus tekan button search biru

Step 4 – Pilih Masa Bertolak

Sebaik sahaja search button tadi, akan ada paparan pula masa untuk Feri bertolak(depart time) dan patah balik (return date). Untuk contoh, saya pilih yang paling awal 1pm, dan paling lewat 3pm. Jadual ini sebenarnya bukan tetap, berubah-ubah dan bergantung kepada available lagi atau tidak.

*kalau nak patah balik tukar kepada tarikh lain, anda klik button hijau ‘search again’ belah kiri.

Masa saya order sebelum ni, hari pertama saya cuba 8 30am masih lagi ada. Tapi tak terus order, sebab nak book Hotel BayView ini dahulu, dah confirm baru nak tempah tiket Jeti. Tapi esoknya lepas saya cuba semula 8 30am sudah tak ada. Sebab sudah penuh.

Untuk jadual penuh, anda boleh rujuk di website langkawiferryline.com. Anda akan nampak jadual seperti dibawah

Yang merah sudah penuh. So setiap hari akan berbeza, kalau rasa mungkin nak datang lebih awal, boleh rujuk jadual di website itu untuk lebih clear. Dan mungkin boleh cepat cepat book hotel juga selepas itu.

Step 5 – Summary berapa yang anda perlu bayar ( 3. select ticket)

Step 6 – isi butiran penumpang, kalau ada 2 orang, dua oranglah

Step 7 – Anda akan buat payment macam biasa.

Nanti selepas selesai, akan dapat resit bayaran macam bawah ni.

Mudah sahajakan?

Pastikan anda datang awal 1 jam, dan sepatutnya akan mula naik Feri sebelum 30 minit bertolak. Pergi ke Seat No berapa di ticket anda.

Suasana dalam feri?

Ya, sempit. Tak perlu bawak beg banyak banyak. Perjalanan biasa, dalam 1 jam 30 minit. Tapi kadang kadang mungkin akan lajak sampai 2 jam.

Moga selamat perjalanan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!