Pengalaman Guna Kereta Sewa Langkawi – Tunggu kat Jetti ja

8hb lepas, saya ada bercuti di Langkawi, short trip sahaja. Melepaskan gian sebab dah lebih setahun tak test hotel sebabkan covid. Hotel yang saya nginap hari tu ialah BayView, yang terletak di Kuah. Dalam RM 190 sahaja, termasuk dengan buffet breakfast.

Untuk pengetahuan, saya tinggal di Alor Setar. Dari Alor Setar ke Jeti Kuala Kedah saya gunakan grab sahaja. Tak bercadang untuk gunakan kereta sebab saja nak cuba naik Jeti pula. Sebab sebelum ni saya sudah cuba drive bawa masuk kereta dalam tahun 2018.

Lagipun tak boleh naik guna kereta juga, sebab saya gunakan Jeti Kuala Kedah, bukan di Perlis.

*ruang parking MBAS berhadapan dengan entrance Jeti Kuala Kedah sahaja.

Ringkas cerita, sebenarnya kos saya lebih bertambah sebab kalau saya drive kereta sendiri ke Jeti Kuala Kedah, lebih jimat berbanding naik grab. Tapi sebabkan takut kos parking kereta mahal buatkan saya batal hasrat untuk drive sendiri. Tapi tak apalah, kalau anda berminat boleh parking di MBAS RM 15 sahaja untuk 1 malam.

Sebelum bertolak, memang saya ada contact satu agent kereta sewa di Langkawi. Tapi bila dah sampai ada beberapa perkara yang buat saya terkilan dan curiga sikit.

  1. sebab saya nak axia, tapi dia nak bagi guna kelisa dulu. Saya ok ja, cuma bila dia tak jujur tu buat saya tak berminat pula. Tapi kalau guna kelisa payah juga sebab saya jenis peha besar.
  2. kedua, sebab kita deal bukan di kaunter. lagi buat saya takut. kita pun tak pernah deal kereta sewa langkawi. Lagi pula bukan di tempat kita.

Lepas tu, saya pun cancel dengan dia, dan dia pun nampaknya OK. Dan saya terus cari agent atau dealer kereta sewa yang lain. Dan saya pilih company dibawah ni.

boleh cuba hubungi Kak Zaiton, orang sama yang saya deal hari itu.

Rate untuk sewa kereta ni lebih kurang sama sahaja. Tapi kalau bukan waktu peak, mungkin boleh dapat special price. Sebab hari tu pun saya hanya bayar RM 70 sahaja untuk Vios bawah ni.

Lepas ambil kereta, boleh terus isi minyak di Petronas. Ini locationnya, https://goo.gl/maps/VhYwztEFvovn5qqB8

Saya tak pasti kalau Petronas ini yang paling dekat, tapi Petronas inilah yang wife saya Google near me. Mungkin paling dekat, tapi memang tak jauh pun.

Untuk company Geopark ini bagi saya OK, pendaftaran tak ambil masa lama dan tak leceh sangat. Di Semenanjung pun saya memang biasa guna kereta sewa juga. Kebanyakannya mesti nak kita berdiri di tepi keretalah, kita sendiri kena tangkap gambar mana bahagian kereta yang rosaklah, leceh. Deposit pun RM 50 sahaja.

Sebab ada dengar cerita, deposit kereta sewa langkawi ni ada yang minta sampai RM 200.

Selain itu, saya isi minyak RM 30 sahaja untuk 1 hari. Boleh pusing dari Kuah menuju ke Cenang, sampai ke Datay Bay, Sungai Temurun, Galeri Perdana pun sampai.

Baiklah, itu sahaja.

 

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment