Langkawi

Harga Tiket Underwater World Langkawi [TERKINI]

Selain shopping coklat, dan mandi pantai, melawat Langkawi Underwater World juga adalah salah satu aktiviti wajib di permata negeri Kedah ini. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi seperti apa yang menarik dan harga tiket Underwater World Langkawi, teruskan membaca artikel ini.

Untuk pengetahuan, ia merupakan salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara dan menyimpan pelbagai spesis hidupan laut untuk tatapan pengunjung.

Pelbagai jenis spesis hidupan laut

Cukup berbaloi dan sesuai untuk semua golongan, Underwater World Langkawi memaparkan ribuan spesis hidupan baik dari spesis ikan mahupun haiwan dasar laut.

Akuarium yang berkeluasan 3 hektar ini menempatkan lebih 4,000 spesis seperti ikan jerung, paus, pari, arapaiman Amazonian, termasuklah penguin, serta spesis ikan yang sukar dilihat.

Yang menjadi perhatian ramai sudah tentulah Penguin Afrika, penguin Rockhopper yang ada rambut ranggi dan juga Marmoset. Ketiga-tiganya tidak boleh dijumpai di Malaysia kerana hanya hidup di negara bersuhu rendah.

Pameran bertaraf antarabangsa

Selain memiliki ribuan spesis, pameran yang bertaraf antarabangsa juga merupakan salah satu faktor mengapa akuarium ini berbaloi untuk anda kunjungi. Kesemua hidupan laut diletakkan di dalam akuarium yang menyerupai habitat asalnya.

Ia dibahagikan kepada beberapa zon iaitu:

  • Seashell Display
  • Koi Pond
  • Tropicanal Rainforest
  • Sub-Antartic Ecosystems

Setiap kawasan diletakkan papan tanda yang memberi informasi terhadap haiwan. Cukup bermanfaat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Ikan-ikan besar seperti jerung diletakkan di dalam akuarium terbesar yang menampung sebanyak 500,000 liter air laut. Massive kan? Menariknya anda boleh menyusuri sebuah terowong kaca dengan kepanjangan 15 meter dan boleh menyaksikan ikan berenag di atas kepala.

Ia membuatkan anda seolah berjalan di dasar laut!

Kalau anda baca Underwater World Langkawi review, rata-rata pengunjung berpuas hati dengan pameran, haiwan, dan fasiliti yang disediakan.

Lihat aksi penguin

Ambil peluang untuk lihat dengan lebih dekat lagi haiwan comel ini. Terdapat tiga spesis penguin iaitu penguin Afrika, Marmoset, dan Rockhopper. Ia diletakkan di dalam bilik kaca yang bersuhu rendah. Bahkan dekorasinya juga seperti di kawasan Antartika.

Lihat gelagar mereka yang sering sering berjalan dalam kumpulan dan berenang di dalam air cetek. Bukan senang tau nak tengok penguin!

Demonstrasi menarik

Selain menyaksikan ikan berenang di dalam akuarium, pengunjung juga berpeluang menonton demonstrasi bagaimana ikan ikan ini diberi makan. Ada yang pakar yang menyelam di untuk beri ikan pari dan penyu makan, lihat bagaimana penguin dan singa laut makan, dan banyak lagi. Anak-anak pasti akan teruja!

Pameran 3D

Disamping aquarium membiru, anda juga boleh mengambil gambar kenangan di zon 3D yang berlatar belakangkan mural indah dan prop menarik. Ramai pengunjung ambil peluang untuk bergambar bersama keluarga dan rakan.

Dah alang-alang berada di sini, apa kata anda beli cenderama untuk di bawa pulang. Kesemuanya dijual pada harga yang amat berpatutan.

Harga tiket Underwater World Langkawi

  • Dewasa – RM33
  • Kanak-kanak – RM28

Untuk lebih murah, anda boleh beli di KLOOK pada harga RM29.80 sahaja. > LINK KLOOK

Artikel berkaitan:

Murah juga harga tiket Underwater World Langkawi kan? Amat berpatutan untuk anda sekeluarga terokai dunia dasar laut. Percayalah, lawatan anda ke sini bakal merakam 1001 kenangan manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!