Langkawi

Tempat Shopping di langkawi

Salah satu tujuan faktor mengapa Pulau Langkawi menjadi pilihan ramai sebagai destinasi percutian adalah kerana pulau ini bebas cukai. Ramai yang mengambil peluang untuk membeli-belah di Langkawi kerana harga barang di sini jauh lebih murah dari tempat lain. Namun, di mana tempat shopping di Langkawi yang patut anda tuju?

Boleh dikatakan semua barang di sini dijual dengan harga murah kerana tidak dikenakan cukai. Barangan seperti pinggan mangkuk, beg, barangan runcit, kelengkapan rumah, dan makanan memang menjadi tumpuan ramai.

Pelancong lazimnya memborong coklat pelbagai jenama untuk dibawa pulang. Memang mustahil untuk mendapatkan harga barang serendah di Langkawi di negeri lain di Malaysia.

Oleh itu, kami kumpulkan beberapa tempat shopping di Langkawi yang wajib anda terjah sekiranya berada di Langkawi.  

Sebelum itu, memandangkan ramai yang target nak belik coklat, kami kongsikan harga coklat di Langkawi.

Harga coklat di Langkawi terkini 2019

  • Daim RM15.90
  • Cadbury 250g rm8.90-9.90
  • Kacang Pistachios (400g) rm17
  • Nougat rm9.50
  • Ferrero Rocher (30biji) rm 23.90
  • Coklat Hershey’s 1 paket rm12.50, 3paket rm36
  • Choclairs 1 botol rm 12.90
  • Sotong gula (500g) rm18.90
  • Whittakers 250g rm9.90
  • Ritter Sport 1pc RM5.50, 3pc rm13
  • Toggi mini rm9.50
  • Rafaello rm20.90

#1 Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG)

Tidak lengkap sekiranya kami tidak senaraikan Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG). Pusat membeli belah yang terletak di Kuah ini cukup sinonim dengan pelancong. Di sinilah lokasi utama untuk anda shopping dan borong coklat murah.

Sebagai salah satu tempat menarik di Langkawi, HIG menjual barangan elektrik, kain batik, pinggan mangkuk, tuala dan peralatan dapur, coklat pelbagai jenama.

Ramai pelancong yang menjadikan HIG sebagai lokasi untuk mendapatkan coklat murah di Langkawi. Jenama coklat terdiri daripada Daim, Toblerone, Cadbury, Kinder Bueno, Hershey’s Kisses, Pepero, Ritter Sport, dan banyak lagi.

Ada juga jenama dan jenis coklat yang jarang kita lihat di pasaraya biasa.

Kalau anda perhatikan di airport atau di jeti, pasti ramai yang membawa plastik hijau bercop logo HIG.

Kompleks HIG ini bersambung dengan Hotel HIG yang baru dibina.

Untuk menempah, sila KLIK gambar di bawah.

Waktu operasi: 9 am – 9.30 pm

Alamat: Jalan Penarak, 07000 Langkawi, Kedah

#2 Idaman Suri

Melihat namanya sudah tahu produk apa yang mereka jual bukan? Apa lagi kalau bukan barang yang menjadi idaman suri rumah. Idaman Suri yang terletak di Taman Seri Berlian ini memfokuskan barangan seperti kelengkapan dapur, barangan hiasan rumah, tekstil, beg tangan, dan lain-lain.

Oleh kerana ia bebas cukai, maka pinggan mangkuk dan periuk di sini murah-murah belaka.

Bukan itu sahaja, anda juga dihidangkan dengan pelbagai jenis material dan hiasan. Ibu-ibu pasti akan rambang mata!

Waktu operasi: 9.30 am – 8 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: No 1 Taman Seri Berlian, Kuah, Langkawi, 07000 Kedah, Malaysia

#3 Langkawi Saga Shopping Centre

Tempat membeli-belah di Langkawi yang seterusnya adalah Langkawi Saga Shopping Centre. Pelbagai produk bebas cukai yang boleh anda temui di bawah satu bumbung.

Sudahlah murah, malah banyak item yang mendapat diskaun. Jadi anda dapat membeli belah dengan harga runtuh. Terutamanya perfume. Ramai peruncit beli perfume murah di Langkawi, dan di sinilah lokasinya.  

Dari barangan perhiasan, barang dapur, pakaian, seramik, kristal, malah coklat dari luar negara pun ada.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

#4 Coco Valley

Bagi mereka yang bercuti di sekitar Pantai Cenang, anda tak perlu ke tempat lain untuk beli coklat murah. Singga sahaja ke Coco Valley yang terletak bersebelahan Underwater World.

Coco Valley menawarkan pelbagai jenis coklat dari puluhan jenama terkemuka. Bukan sahaja coklat, malah banyak lagi snek atau kudapan menarik yang boleh anda bawa pulang sebagai cenderamata.

Jenama Cadbury’s, Whittaker’s, Fererro Rocher, atau Pepero memang sangat murah. Ada yang harganya tidak sampai RM10. Berbaloi-baloi!

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang 

#5 The Zon Duty Free Zone

Juga terletak berdekatan dengan Underwater World, The Zon sudah tidak asing lagi di kalangan pelancong. Ia menjadi salah satu tempat shopping popular di Pantai Cenang kerana banyak sekali produk bebas cukai yang ditawarkan.

Barang kemas, cederamata, jam tangan peralatan dapat perfumes, dan kalau anda mencari beg luggage murah di Langkawi, The Zone lah tempatnya.

Salah satu sebab mengapa ramai yang gemar membeli-belah di sini adalah pasarayanya luas, banyak kemudahan termasuklah tempat letak kereta, dan senang untuk mendapatkan teksi.

The Zone turut memiliki beberapa restoran rangkaian seperti Starbucks, McDonald’s dan lain-lain.

Waktu operasi: 10 am – 9 pm

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

#6 Rams Home Decor

Bukan main banyak lagi tempat shopping di Langkawi ini. Lokasi seterusnya adalah Rams. Rams lebih memfokuskan kepada peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, kuali, periuk, sudu, dan lain lain.

Kaum ibu pasti rambang mata memilih ratusan jenis pinggan mangkuk pelbagai corak. Paling popular sudah tentulah yang bercorak vintage.

Barangan elektrik turut dijual dengan harga murah iaitu sekitar 40& lebih rendah dari tempat lain.

Waktu operasi: 9.30 am – 9.30 pm

Alamat: No. 43, Persiaran Dayang 2, Dayang Business Center, Pekan Rabu, 07000, Kedah

#7 Gedung Bayu Batik

Gedung Bayu Batik menjual kain batik murah di Langkawi. Kain batik menjadi salah satu item hangat di kalangan pelancong. Maklumlah harga kain batik yang lembut dan berkualiti agak mahal terutama sekali di ibu kota.

Anda boleh pilih jenis kain dan corak kegemaran, kerana terdapat banyak pilihan seperti batik jawa asli, batik songket, dan lain-lain.

Pakaian kanak-kanak dan yang berasaskan batik turut dijual di sini. 

Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi tempat shopping di Langkawi yang yang senaraikan di atas. Ambillah peluang keemasan ini untuk memborong ciklat dan pelbagai lagi barangan pada harga murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *