Langkawi

Tiket Feri ke Langkawi

Pulau Langkawi di Kedah adalah antara tempat peranginan terkemuka di Malaysia. Apabila sebut sahaja Langkawi, pastinya kita terbayangkan aktiviti pantai dan barangan bebas cukai. Maka tidak hairanlah mengapa permata negeri Kedah ini menjadi pilihan sebagai tempat honeymoon ataupun bersama keluarga. Bagaimana nak ke Langkawi? Terdapat dua cara iaitu menaiki kapal terbang dan melalui feri. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan informasi tentang tiket feri ke Langkawi.

Untuk ke Langkawi dengan menaiki feri, anda boleh melalui TIGA pintu utama iaitu:

  • Jeti Kuala Perlis
  • Jeti Kuala Kedah
  • Jeti Penang

Kami akan terangkan satu persatu tentang jarak, tambang feri, dan jadual untuk ke Langkawi.

#1 Dari Kuala Perlis

Sering menjadi pilihan pelancong kerana jarak perjalanan lebih dekat malah tambang lebih murah berbanding dua jeti lain. Kekurangannya adalah jarak jeti Kuala Perlis dari Kuala Lumpur adalah 494km dan memakan masa selama 4 jam 30 minit perjalanan.

Harga tiket feri Langkawi 2019 dari Kuala Perlis

Pergi & balik/ dua hala

  • Dewasa (12 tahun ke atas) – RM36
  • Kanak-kanak (3 – 11 tahun) – RM26
  • Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma (tiada tempat duduk)

Tempoh perjalanan: 1 jam 15 minit

Jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi 2019

Menariknya jadual feri untuk ke Langkawi ini beroperasi dari jam 7.30 am – 7 pm. Akan ada feri setiap 1 jam 30 minit. Jadi tak ada masalah untuk anda beli tiket dikaunter dan tidak perlu membuat tempahan awal.

Banyak syarikat pengangkutan yang anda boleh pilih dan kesemuanya menetapkan harga yang sama.

#2 Dari Kuala Kedah

Agak popular juga terutama mereka yang sudah berada dan menikmati tempat menarik di Kedah. Tempoh perjalananagak lama. Sempatlah anda habiskan satu filem yang ditayangkan di dalam feri.

Harga tiket feri Langkawi 2019 dari Kuala Kedah

Pergi & balik/ dua hala

  • Dewasa (12 tahun ke atas) – RM46
  • Kanak-kanak (3 – 11 tahun) – RM34
  • Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma (tiada tempat duduk)

Tempoh perjalanan: 1 jam 45 minit

Jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi 2019

Menariknya jadual feri untuk ke Langkawi ini beroperasi dari jam 7.30 am – 7 pm. Akan ada feri setiap 1 jam 30 minit. Jadi tak ada masalah untuk anda beli tiket dikaunter dan tidak perlu membuat tempahan awal.

Banyak syarikat pengangkutan yang anda boleh pilih dan kesemuanya menetapkan harga yang sama.

#3 Dari Penang

Ya, anda boleh menaiki feri dari Pulau Pinang ke Langkawi. Selepas menikmati makanan di tempat makan menarik di Penang, ramai yang menyambung percutian ke pulau lagenda, Langkawi.

Cara untuk ke Langkawi dari penang adalah dengan menaiki feri dari jeti Pulau Payar. Harga tiket agak mahal dan tempoh perjalanan juga sekitar 2 jam.

Harga tiket feri Langkawi 2019 dari Penang

Pergi & balik/ dua hala

  • Dewasa (12 tahun ke atas) – RM140
  • Kanak-kanak (3 – 11 tahun) – RM102.60
  • Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – RM62.60 (tiada tempat duduk)

Tempoh perjalanan: 1 jam 45 minit

Bawa kereta ke Langkawi

Tahukah anda, yang pelancong dibenarkan membawa kereta untuk ke Langkawi. Maklumlah, Langkawi itu luas dan banyak tempat menarik yang boleh anda lawati di seluruh pulau itu.

Memandu kereta sendiri lebih efisyen dan menjimatkan bajet. Lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, menaiki pengakutan awam, Uber, atau sewa kereta memerlukan bajet besar.

Untuk itu, ada sebuah syarikat yang meyediakan servis feri ke Langkawi dengan bawa kereta, iaitu Langkawi Ro Ro Ferry Services.

Untuk mengelakkan tempat penuh, anda di galakkan membuat tempahan melalui online. Terutama pada musim cuti sekolah.

Dokumen yang diperlukan semasa membuah tempahan:

  • Salinan geran kereta
  • Salinan IC pemandu/pemilik kereta
  • Bilangan penumpang (termasuk pemandu)

Tambang berbeza mengikut jenis kereta. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk kadar tambang dan jenis kereta anda.

Harga tambang feri ke Langkawi dengan kereta:

Sekarang ini anda dah tahu maklumat tentang tiket feri ke Langkawi. Apa kata anda rancang percutian anda mulai sekarang! Sediakan itinerary lengkap untuk ke Langkawi. Barulah percutian anda berjalan dengan lancar. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *