Bukit Bendera merupakan destinasi wajib bagi anda yang ingin jalan jalan di Pulau Pinang. Gerabak kereta api yang digunakan untuk menghantar penumpang ke atas dikatakan mencecah lebih 1juta orang pada tahun 2014. Itu tahun 2014, sekarang? Punya la nak bagi betapa ramai yang berkunjung ke Bukit Bendera, atau pun Penang Hill.
Terletak lebih kurang 23 minit sahaja dari bandaraya Goergetown. Atau 38 minit dari Quensbay Mall.
Penang Hill atau Bukit Bendera ni sebenarnya terdiri daripada beberapa bukit. Seperti Bukit Laksamana (Malay for Admiral Hill), Tiger Hill, Flagstaff Hill, Haliburton’s Hill dan Government Hill. Yang paling tinggi ialah Western Hill, 833 meters dari paras laut.
Untuk harga tiket yang paling latest, anda boleh rujuk di sini, harga tiket.
Berikut adalah gambar gambar akan pemandangan yang anda boleh lihat di Bukit Bendera.
Hotel Bellevue Penang Hill
Hotel ini merupakan hotel yang satu satu nya berada di puncak Bukit Bendera. Harga bilik paling rendah ialah RM 300. Kalau anda memang perlu untuk berada di puncak bukit dalam masa yang lama, mungkin boleh cuba. Tapi kalau sekadar datang untuk menyaksikan keindahan panorama bukit bendara, lebih baik anda menginap di tempat lain. sebab bukit benda ni hanya ambil 2 3 jam sahaja lawatan anda. Lebih banyak lagi tempat menarik yang punyai hotel lebih dekat.
Lagipun Hotel Bellevue ni tidak mempunyai rating yang baik. Rata rata pengunjung mengatakan ia tak berbaloi dengan harga.
Kami akan cadangkan beberapa hotel yang lain untuk anda di bawah. Tambah lagi tarikan ini dekat dengan Goergetown, jadi lebih baik anda cari hotel di sana. Lebih banyak tarikan yang dekat dekat, dan makanan yang sedap sedap.
Antara tarikan lain yang dekat dengan Bukit Bendera
Alang alang kalau sudah jalan jalan, kenapa tak pergi ke tempat lain lagi kalau ada masa kan? Di bawah, kami senaraikan antara lainnya.
Rumah Kelahiran P.Ramlee House Museum – 31 minit dari Bukit Bendera
Rumah kelahiran P Ramlee ini adalah yang paling dekat dengan Bukit Bendera. Jadi, anda pergi ke Rumah Kelahiran P Ramlee dahulu, kemudian baru singgah ke tempat menarik seperti di bawah. Kami tak letakkan timing tiba sebab kesemuanya hampir sama sebab dekat dekat sahaja tarikan di bawah ni.
- Fort Cornwallis
- Penang 3D Trick Art Museum
- Penang Time Tunnel & Fluorescent 3D Mural Museum
- The Camera Museum
- Wonderfood Museum
Untuk dapatkan lebih banyak lagi tempat menarik di Penang, anda boleh rujuk artikel ini, https://www.teamtravel.my/tempat-menarik-di-penang/
Untuk senarai hotel utama di Georgetown pula, anda boleh rujuk artikel ini, https://www.teamtravel.my/hotel-di-georgetown/