Luar Negara

7 Destinasi Bulan Madu Bajet di Malaysia

Selepas berkahwin, sudah pasti anda ingin meluangkan masa bersama yang tersayang. Berbulan madu adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Untuk mereka yang berpendapatan sederhana, bajet yang tidak mencukupi menjadi kekangan untuk berbulan madu. Jangan risau, banyak destinasi bulan madu bajet Malaysia yang boleh anda tuju.

Biarpun bajet, tidak bermakna lokasi yang kami senaraikan tidak menarik. Tak perlu pergi jauh-jauh, Malaysia sudah cukup untuk meraikan hari bahagia anda pasangan.

#1 Genting Highlands

Pahang merupakan antara negeri yang paling banyak destinasi percutian. Dari tanah tinggi bersuhu rendah, bukit bukau, pantai, dan taman tema. Untuk mereka yang ingin menikmati suhu sejuk, Genting Highlands adalah lokasi terbaik.

Cuma mengambil masa 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, pelbagai jenis keseronokkan boleh anda nikmati di Genting.

Taman Tema Genting Highlands adalah tarikan utama tanah tinggi ini. Rata-rata pelancong dari serata Malaysia serta luar negara ingin bermain di Indoor Theme Park yang mempunyai segala macam jenis permainan. Malah, ia sesuai untuk semua golongan.

Harga Tiket Taman Tema Genting

Indoor  Unlimited rides (satu hari): 

RM32 (Dewasa)  |  RM30 (Kanak-Kanak)  |  RM16 (Senior)  | RM109 (Pakej Keluarga, 2 Dewasa, 2 Kanak-Kanak)

Antara tarikan menarik di Genting Highlands adalah:

  • Strawberry Leisure Farm
  • Happy Bee Farm
  • Butterfly Wonderland
  • Fashion Forest
  • World of Phalaenopsis (Taman Orkid Genting)
  • Snow World Genting
  • Awana Sky
  • Sky Avenue

#2 Bukit Tinggi, Pahang

Tempat percutian tanah tinggi yang kedua di Pahang iaitu Bukit Tinggi. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi bulan madu bajet Malaysia. Selain mempunyai suhu rendah, Bukit Tinggi menawarkan pemandangan seolah berada di Perancis.

Bangunan Colmar Tropicale dibina mengikut reka bentuk bangunan dan suasana suasana perkampungan sebenar di Alsace, Perancis.

Menjadi mercu tanda Bukit Tinggi, Colmar Tropicale bukan sahaja indah tetapi memiliki pelbagai tarikan di dalamnya.

Tiket masuk: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)

Antara tempat menarik di Bukit Tinggi:

  • Japanese Village
  • Animal Park
  • Horse Trails
  • Botanical Garden
  • Organic Farm

Suasananya cukup romantik, tidak hairanlah ia dijadikan sebagai tempat menarik di malaysia untuk honeymoon.

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang.

#3 Langkawi

Permata negeri Kedah ini menawarkan 1001 pengalaman percutian. Anda boleh meluangkan masa dengan melakukan banyak aktiviti menarik di Langkawi. Pantainya indah, malah anda dan pasangan boleh melakukan island hopping memandangkan banyak gugusan pulau di Langkawi.

Langkawi juga dikenali sebagai antara tempat honeymoon. Ini berikutan banyak tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran untuk pengunjung antaranya Dataran Helang, Telaga Harbour, Kompleks Kraf Langkawi, dan Telaga Walk Cenang.

Beberapa kawasan yang membangkitkan suasana romantis adalah seperti Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting, Sky Bridge, dan Tanjung Rhu. Kalau nak tahu, Langkawi merupakan antara lokasi penggambaran filem Hollywood, Crazy Rich Asians tau!

Jangan lupa borong coklat ya?

#4 Kudasang, Sabah

Salah satu tempat percutian popular di Sabah. Keindahan bukit bukau, gunung-ganang, air terjun, dan suhunya persis New Zealand. Selain itu, Kundasang menawarkan sejumlah lokasi ekopelancongan unik.

Setiap satu daripadanya hadir dengan pemandangan memukau dan romantis. Anda dan pasangan boleh jalan-jalan, petik strawberry, bergambar berlatar belakangkang gunung-ganang, dan banyak lagi.

Tempat menarik di Kundasang

  • Desa Cattle Diary Farm
  • Taman Ros dan Strawberry
  • Jambatan Gantung Tamparuli
  • Upside Down House Sabah
  • 3D Wonders Museum
  • Sosodikon Hill Kundasang (Pyramid Hill)
  • Little Hut Kampung Mesilou

#5 Pulau Sapi, Sabah

Pulau Sapi merupakan sebahagian daripada  Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Ia dijaga dengan rapi oleh pihak kerajaan, tidak hairanlah jika ia adalah antara pantai menarik di Malaysia.

Dengan pemandangan lautan membiru, aktiviti pantai, bukit bukau, pastinya akan menceriakan honeymoon anda.

Banyak aktiviti best di Pulau Sapi antaranya snorkeling, scuba diving, berkelah, hiking, zipline dari pulau ke pulau yang lain, dan banyak lagi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tambang bot untuk ke Pulau Sapi cuma RM23 seorang sahaja. Sangat berbaloi.

Sambil-sambil itu anda boleh ke beberapa lokasi lain di Kota Kinabalu. Banyak tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui

#6 Penang

Pantai, bukit bukau, taman tema, tempat hiburan keluarga, makanan sedap, semua ini boleh anda temui di Penang. Penang bukan sahaja sesuai untuk percutian keluarga, tetapi juga sesuai untuk anda jadikan sebagai destinasi bulan madu bajet Malaysia.

Kami yakin, anda tidak akan menyesal bercuti di Penang. Kosnya tidaklah mahal. Banyak tempat percuma. Setiap satu daripadanya pasti akan mengukir memori indah buat anda dan pasangan.

Kami senaraikan tempat best di Penang:

  • Tropical Fruit Farm
  • Muzium Perang Pulau Pinang
  • Rumah P Ramlee
  • Penang Street Art
  • Penang 3D Art Museum
  • Butterworth Art Walk
  • The Top
  • Pantai Batu Feringgi

Kalau nak cari tempat honeymoon murah, Penang lah jawapannya.

#7 Janda Baik

Juga terletak di Pahang, memakan masa kurang 1 jam pemanduan sahaja dari Kuala Lumpur. Kalau anda mahukan percutian yang menenangkan, jauh dari kesibukan kota dan pemandangan indah, Janda Baik adalah pilihan yang ideal.

Janda Baik sememangnya merupakan tempat peranginan yang mendamaikan. Suasana kampung dan anak sungai semestinya akan memberikan pengalaman baru buat anda. Terutama mereka yang berasal dari kota besar.

Banyak chalet tepi sungai di Janda Baik yang boleh anda pilih. Harganya juga berpatutan. Selain itu, kebanyakkan chalet dan resort di janda Baik menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.

Jadi, waktu anda di sana terluang dengan aktiviti menarik.

Banyak juga destinasi bulan madu bajet Malaysia. Semuanya menawarkan pemandangan indah dan aktiviti menarik buat anda dan pasangan. Jangan lupa share artikel ini ya?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *