Luar Negara

22 Tempat Menarik di Sydney untuk Percutian Hebat!

Antara destinasi percutian luar negara yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah, Sydney, Australia. Melawat negara mat saleh memang menjadi idaman bukan? Tidak perlu ke Eropah atau benua Amerika, Australia sudah cukup untuk melengkapkan percutian anda. Sebagai bandar terbesar di Australia, banyak tempat menarik di Sydney yang boleh anda lawati.

Sangat berbaloi, kota rayanya maju dihiasi mercu tanda indah dan penuh sejarah. Keindahan alam semula jadinya juga cukup menawan. Hari-hari anda di sana pasti akan terisi dengan pelbagai aktiviti.

#1 Sydney Opera House

Bangunan yang bukan sahaja menjadi mercu tanda Sydney, tetapi Australia secara keseluruhannya. Sesiapa sahaja akan terpesona setiap kali memandangnya.

Dirasmikan pada tahun 1973 oleh Queen Elizabeth II, Sydney opera house masih berfungsi sebagai lokasi persembahan seni bertaraf antarabangsa.

Anda tidak perlu masuk ke dalam opera house ini, melihatnya dari jauh sudah cukup membuatkan anda terpukau. Kalau inginkan view lebih cantik, naik sahaja Sydney Harbour Cruise.

Diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO dek kerana sejarah dan keindahannya.

Alamat: Bennelong Point, Sydney NSW 2000, Australia

#2 Sydney Harbour Bridge

Sebuah lagi mercu tanda Sydney. Memang tidak lengkap percutian sekirang tidak bergambar berlatar belakangkan jambatan ikonik ini. Uniknya jambatan keluli terbesar di dunia ini adalah ia bukan sahaja membawa kereta, tetapi kereta api, motosikal, dan pejalan kaki.

Jambatan ini menghubungkan pusat bandar Sydney dan North Shore.

Terdapat taman dan laluan pejalan kaki di sini. Cukup mendamaikan. Anda boleh beristirehat sambil menyaksikan pemandangan janbatan dan banguna pencakar langit.

Alamat: Sydney Harbour Bridge, Sydney NSW, Australia

#3 Bondi Beach

Baca ‘Bondai’ Beach, sebuah pantai yang sentiasa menjadi tarikan penduduk tempatan dan pelancong. Pasirnya memutih, airnya biru. Sesuai untuk mandi manda kerana pantainya yang landai.

Ombak tidak terlalu bergelora, tetapi gak besar dan cukup sempurna untuk aktiviti surfing. Tidak hairanlah sekiranya ia merupakan syurga buat kaki surfing.

Bondi Beach tidak pernah lekang dengan kehadiran orang ramai. Baik untuk jalan-jalan, surfing, berjemur, mahupun mandi manda.

Selain itu, banyak restoran di sepanjang pantai termasuklah restoran halal.

Alamat: NSW 2026, Australia

#4 Darling Harbour

Lokasinya yang terletak di pelabuhan dengan pemandangan laut dan bandaraya membuatkan ia sesuai dijadikan sebagai tempat beristirehat. Tidak pernah lekang dengan kehadiran pengunjung, tak kira siang mahupun malam.

Mungkin juga kerana suhunya agak dingin biarpun dalam cuaca panas.

Kanak-kanak lebih gemar melihat pancuran air terjun buatan yang berteknologi tinggi. Pemandangan di sini juga mengasyikkan dengan panorama bangunan pencakar langit dan kapal lalu lalang.

Ferris wheel pun ada. Banyak kedai makan halal dan kedai cenderamata di sini. Kalau anda melancong ke Sydney pada musim sejuk, berada di Darling Harbour memang dingin dan menyeronokkan.

Alamat: Sydney NSW 2000, Australia

#5 SEA LIFE Sydney Aquarium

Terletak di Darling Harbour, merupakan sebuah aquarium yang mempamerkan lebih 700 spesis hidupan laut. Sea Life Sydney Aquarium ini bertaraf antarabangsa, cukup luas dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik di dalamnya.

Sesuai untuk semua golongan, anda pasti terpegun dengan pamerannya tak berteknologi tinggi dan interaktif.

Tarikan utama di sini adalah terowong lutsinar yang membuatkan anda seolah berada di dasar laut. Ini kerana ikan jerung, pari berenang renang di atas kepala anda.

Harga tiket: Dewasa RM58 | Kanak kanak RM48 (jika anda beli di Klook. Tempah DI SINI)

Waktu operasi: 9.30 am – 7 pm

Alamat: 1-5 Wheat Rd, Sydney NSW 2000, Australia

#6 Wild Life Sydney Zoo

Tempat menarik di Sydney yang seterusnya adalah Wild Life Sydney Zoo. Negara Australia memang terkenal dengan kepelbagaian spesis haiwan. Anda boleh melihatnya dengan lebih dekat di Wild Life Sydney Zoo yang terletak di Darling Harbour.

Di sini anda boleh lihat ‘Aussie Big 5’ iaitu 5 jenis haiwan ikonik Austrialia iaitu kanggaru, quokka, echidna, tasmanian devil, dan koala.

Zoo ini terbahagi kepada 6 zon iaitu:

  • Kanggaoo Walkabout
  • Butterfly Tropics
  • Devil’s Den
  • Gumtree Valley
  • Wallaby Cliffs
  • Nightfall

Setiap zon cukup menawarkan tarikannya yang tersendiri. Zoo ini bersih dan terjaga. Selain itu anda berpeluang memberi makan kepada beberapa haiwan jinak seperti koala, kanggaru, dan banyak lagi.

Harga tiket: DewasaRM 59.89 | Kanak kanak RM43.90 (jika anda beli di Klook. Tempah DI SINI)

Waktu operasi: 10 am -4 pm

Alamat: 1-5 Wheat Rd, Sydney NSW 2000, Australia

#7 Australian National Maritime Museum

Banyak betul tempat menarik di Darling Harbour kan? Australian National Maritime Museum juga salah satu darinya. Untuk mereka yang suka akan sejarah, lawatan ke muzium ini sangatlah digalakkan.

Di sini anda boleh lihat pelbagai artifak yang berkaitan dengan sejarah laut Australia yang meliputi kapal perang, kapal selam, yang memberi impak besar ke atas penubuhan negara ini.

 

Info-info diselang selikan dengan artifak, pameran bertaraf antarabangsa, dan banyak lagi.

Anda berpeluang menaiki kapal selam yang berlabuh di pelabuhan, melihan replika kapal perang abad ke 18 dan banyak lagi. 3D ride turut disediakan tau.

Harga tiket: Dewasa AUD$35 | Kanak kanak AUD$20

Waktu operasi: 9.30 am – 5 pm

Alamat: 2 Murray St, Sydney NSW 2000, Australia

#8 Chinese Garden of Friendship

Menjejakkan kaki ke Chinese Garden of Friendship membuatkan anda seolah berada di China pada zaman lampau. Senibina bangunan, pokok bonsai, tasik mini, dan batu batuan membangkitkan aura ‘chinese’.

Taman ini memiliki air terjun dan tasik buatan, pavilion, ukiran naga, ikan koi dan beberapa spesis burung cantik.

Boleh tahan romantik juga kawasan ini. Sesuai untuk dijadikan sebagai tempat menarik untuk honeymoon di luar negara.

Memang berbaloilah anda mengambil gambar kenangan di sini.

Harga tiket: Dewasa RM 23.19 | Kanak kanak RM11.59

Alamat: Pier Street, Cnr Harbour St, Darling Harbour NSW 2000, Australia

#9 Royal Botanic Garden

Ditubuhkan sejak 1816 menjadikan ia sebagai taman tertua di Australia. Berjalan-jalan di dama  Royal Botanic Garden ini memberi satu pengalaman baru buat pengunjung. Bukan sahaja dapat mengenal banyak tumbuhan ‘rare’ yang tidak boleh ditemui di tempat lain seperti Wollemi Pine.

Bahkan landskapnya juga indah dan anda boleh lihat Sydney Opera House dari taman ini.

Cukup luas. Ibarat Central park di New York.

Harga tiket: Dewasa AUD$10  | Kanak kanak AUD$5

Waktu operasi: 7 am – 8 pm

Alamat: Mrs Macquaries Rd, Sydney NSW 2000, Australia

#10 Luna Park

Luna Park merupakan taman tema di Sydney yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung. Pelbagai jenis keseronokkan yang ditawarkan. Roller coasters, ferris wheel, slides, dan banyak lagi.

Aktiviti menarik di Luna Park:

  • Ferris wheel
  • Volare
  • Joy wheel
  • Tumble Bug
  • Wild mouse
  • Rotor
  • Carousel
  • Hair raiser
  • Mirror maze
  • Wonky walk

Pastikan anda memasuki bahagian Coney Island. Iaitu zon yang menyerupai taman taman tema di New York. Ia lebih old school, tetapi cukup menarik.

Luna Park ini sesuai untuk semua golongan. Terdapat permainan yang mesra kanak kanak, serta yang mencabar adrenalin untuk dewasa.

Tempat makan pun banyak tersedia, termasuklah kedai makan halal.

Kalau anda baca blog tentang pengalaman menginap di Sydney, mereka pasti akan ke Luna Park.

Harga tiket (mengikut ketinggian):

  • 130cm ke atas –  AUD$53
  • 106-129cm – AUD$43
  • 85-105cm – AUD$23

Waktu operasi: 11 am – 9 pm

Alamat: 1 Olympic Dr, Milsons Point NSW 2061, Australia

#11 Taronga Zoo

Bersantai dan bergembira dengan melihat haiwan di Tangora Zoo. Sebuah lagi zoo menarik di Sydney dengan menempatkan haiwan dari pelbagai jenis spesis.

Biarpun berada di tengah-tengah kota Sydney, zoo ini dibina menyerupai habitat asal haiwan. Landskapnya cantik membuatkan anda seolah berada di Afrika Selatan.

Zoo ini membolehkan anda mendekatkan diri dengan beberapa haiwan seperti zirafah, koala, kanggaru, dan penguin. Haiwan liar seperti anakonda, harimau, gajah, dan singa turut ditempatkan.

Selain dapat lihat haiwan unik, pengunjung turut menyaksikan pelbagai jenis persembahan dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit Sydney.

Harga tiket: Dewasa AUD$44.10 | Kanak kanak AUD$ 26.10

Waktu operasi: 9.30 am – 5 pm

Alamat: Bradleys Head Rd, Mosman NSW 2088, Australia

#12 Sydney Fish Market

Sydney memang terkenal dengan keenakan makanan lautnya. Ini berikutan lokasinya yang strategik dan industri perikanan di sini. Lawatan ke Sydney Fish Market adalah wajib sekiranya anda ingin menikmati seafood sedap.

Kalau anda menginap di Airbnb di Sydney, sudah pasti ingin memasak bukan? Beli sahaja ikan atau udang segar di sini. Banyak pilihan, bahkan pasar ikan ini cukup bersih, tak sama seperti Malaysia.

Selain itu, banyak deretan kedai makanan laut di tepi pelabuhan. Bolehlah cuba sambil menyaksikan bot lalu lalang.

Waktu operasi: 7 am – 4 pm

Alamat: Corner Pyrmont Bridge Rd &, Bank St, Pyrmont NSW 2009, Australia

#13 BridgeClimb Sydney

Tarikan terbaharu di Sydney Harbour Bridge adalah BridgeClimb Sydney di mana pengunjung boleh memanjat tangga sehingga ke puncak jambatan ini. Menarik bukan?

Ia agak mencabar adrenalin. Anda akan dipakaikan dengan pakaian khas berserta safetl harness. Usah takut, kerana akan ada pegawai yang akan membantu anda sepanjang perjalanan ke atas.

Rasa takut pasti akan hilang sebaik dapat melihat pemandangan bandar Sydney dari pandangan atas.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh BridgeClimb. Harga tiket mengikut tahap ketinggian jambatan.

Harga tiket dari: Dewasa AUD174 | Kanak kanak AUD148

Alamat: 3 Cumberland St, The Rocks NSW 2000, Australia

#14 Sydney Tower Eye

Kalau Kuala Lumpur ada KL Tower, Sydney pula memiliki Sydney Tower Eye. Bangunan dan menara tertinggi di Sydney menawarkn pelabgai keseronokan dan pengalaman buat pengunjung.

Anda boleh menikmati perkhidmatan Skywalk iaitu lawatan 90 minit berada di puncak menara. Ini membolehkan anda untuk melihat banda Sydney secara 360 darjah. Selama 90 itu, anda akan dibawa mengelilingi menara dan diberi informasi oleh pegawai yang bertugas.

Antara tarikan menarik di Sydney Tower Eye:

  • Skywalk
  • Akses ke internal observation deck sebelum dan selepas lawatan
  • Wayang 4D yang mencabar berkenaan lawatan ke menara

Harga tiket: Dewasa AUD$ 75 | Kanak kanak AUD$ 50

Waktu operasi: 9 am – 8 pm

Alamat: 100 Market St, Sydney NSW 2000, Australia

#15 Haunted Sydney Ghost Tour

Kebiasaannya apabila melancong, kita akan ke tempat-tempat yang indah dan menyeronokkan. Lain pula dengan Haunted Sydney Ghost Tour. Terletak di Miller Street, ia pernah menjadi tempat pengasingan mereka yang mempunyai penyakit berjangkit.

Tempat ini menjadi saksi kepada pembunuhan, pengantungan, dan bunuh diri sewaktu zaman koloni. Ia adalah tempat paling berhantu di Australia.

Pengunjung akan diberi informasi oleh pegawai yang bertugas berkenaan sejarah tempat ini.

Rata-rata review mengatakan ia adalah lawatan menarik dan berbaloi. Cubalah, kai pasti anda akan memperoleh pengalaman unik.

Harga tiket: dari Rm105 seorang

Alamat: 435 Miller St, Cammeray NSW 2062, Australia

#16 Garigal National Park

Tempat menarik di Sydney yang ke 16 adalah Garigal National Park iaitu sebuah taman negara yang menyimpan khazanah flora dan fauna. Tidak hanya untuk mereka yang cintakan alam semula jadi, di sini anda boleh menikmati udara segar dan pemandangan mengagumkan.

Dengan terbinanya sebuah jambatan, ia lebih menarik untuk fotografi. Di sini anda boleh berkelah, berbasikal, dan berkhemah.

Pelbagai jenis kemudahan disediakan seperti tandas awam, meja untuk berkelah, peralatan BBQ, tempat bot berlabuh, dan water dispenser.

Harga tiket: Masuk percuma. Parking kenderaan AUD$8

Alamat: French Creek Track, St. Ives NSW 2075, Australia

#17 Circular Quay

Percutian ke Sydney akan lebih bermakna sekiranya anda ke Circular Quay. Circular Quay berada di kawasan tarikan utama iaitu Taronga Zoo, Darling Harbour, Opera House, dan Sydney Harbour Bridge.

Menariknya, pengunjung boleh menaiki feri dan menyaksikan kesemua mercu tanda dalam satu masa. Ini termasuk belayar di bawah Sydney Harbour Bridge! Rugi tak cuba, kerana ini adalah salah satu aktiviti yang menjadi tarikan pelancong.

Untuk pengetahuan, Anda boleh menaiki feri dari Circular Quay ke beberapa tempat menarik seperti Luna Park, Taronga Zoo, dan lain-lain.

Harga tiket adalah serendah AUD$ 7.50 sahaja. Layari https://www.captaincook.com.au/sydney-harbour-cruises/ferries/circular-quay-ferry/ untuk maklumat lanjut.

Alamat: 6 Circular Quay W, The Rocks NSW 2000, Australia

#18 Manly Beach

Selain Bondi Beach, pantai Manly turut popular dan menari tarikan orang awam. Anda boleh ke sini dengan kereta ataupun menaiki feri dari Circular Quay. Manly Beach menjadi syurga buat para surfers kerana ombaknya yang besar. Sesuai juga untuk aktiviti mandi manda.

Selain itu, pengunjung juga boleh membeli belah di dan lepak di The Corso, iaitu sebuah kawasan khas untuk pejalan kaki. Banyak deretan kedai makan dan kedai cenderamata di sini.

#19 Paddy’s Market

Tempat shopping di Sydney yang wajib anda kunjungi adalah Paddy’s Market. Beroperasi sejak 150 dahulu lagi, Paddy’s market menempatkan ratusan lot gerai yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga murah.

Sekali tengok, macam GM Klang. Begitulah konsep Paddy’s Market ini. Dari pakaian, aksesori, kraftangan, cenderamata, dan snek dijual pada kadar yang berpatutan. Jangan lupa beli Tim Tam dan patung koala sebagai cenderamata ya?

Waktu operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Isnin dan Selasa

Alamat: 9-13 Hay St, Sydney NSW 2000, Australia

#20 Cockatoo Island

Tersenarai sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO, Cockatoo Island mempunyai nilai sejarah yang bernilai. Apa yang menarik tentang pulau ini adalah ia dibuka kepada orang ramai untuk menginap, lawatan sejarah, berkelah sambil melihat panorama pelabuhan, dan banyak lagi.

Ia sudah menjadi pekan kecil yang penuh dengan kemudahan, hotel, tempat makan dan kawasan riadah.

Cockatoo Island menjadi tempat terbaik untuk melihat panorama matahari terbenam.

Cara ke Cockatoo Island adalah dengan menaiki feri dari Circular Quay dengan dengan tambang yang berpatutan.

#21 Hyde Park

Selain London, Sydney turut mempunyai taman rekreasi yang bernama Hyde Park. Taman untuk aktiviti riadah dan istirehat ini sangat nyaman dan menenangkan. Landskapnya yang indah dengan air terjun buatan membuatkan sesiapa sahaja terpesona.

Tidak pernah lekang dengan kehadiran orang awam, Hyde Park turut menjadi lokasi jogging, yoga, dan berbasikal.

Patung dan arca di sini bukan hiasan semata-mata tetapi penuh dengan nilai sejarah. Jangan lupa untuk datang lepak di sini ya?

Alamat: Elizabeth St, Sydney NSW 2000, Australia

#22 Blue Mountains

Blue Mountains merupakan tempat menarik di Sydney musim sejuk. Biarpun agak jauh dari bandar Sydney iaitu sekitar 130km, ia memang berbaloi untuk dilawati. Siapa tidak suka akan pemandangan tepian gaung berbatu?

Tambahan pula, terdapat perkhidmatan kereta kabel iaitu Scenic World Park.

Menariknya tentang kereta kable ini, setiap gondola perlu memanjat bukit terlebih dahulu sebelum berada di udara.

Kalau anda datang pada musim sejuk, kawasan Blue Mountains ini berkemungkinan ada salji. Itupun selama beberapa hari sahaja.

Harga tiket kereta kabel: RM121 di Klook. Beli DI SINI | kanak kanak bawah 4 tahun Percuma

Alamat: Violet St &, Cliff Dr, Katoomba NSW 2780, Australia

Tempat menarik di Melbourne

  • Yarra River
  • Federation Square
  • Queen Victoria Market
  • Eureka Skydeck
  • Puffing Billy Railway
  • Melbourne Zoo
  • National Gallery of Victoria
  • Royal Botanic Gardens Victoria
  • Sunny Ridge Strawberry Farm

Tempat menarik di Perth

  • Kings Park and Botanic Garden
  • Swan Valley
  • The Bell Tower
  • Perth Zoo
  • AQWA The Aquarium Of Western Australia
  • Penguin Island
  • Freemantle Markets
  • Adventure World

Memang banyak tempat menarik di Sydney yang berbaloi untuk di lawati bersama keluarga dan rakan. Patutlah ramai yang ke sana. Kalau anda pernah ke Sydney dan ada cadangan lokasi yang kami tidak tahu, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *