Berbulan madu adalah percutian yang paling dinantikan buat pasangan yang sudah berkahwin. Ini adalah masa untuk anda dan pasangan meluangkan masa bersama. Jauh dari kesibukan kerja dan orang luar. Ada yang memilih untuk bercuti di dalam negara sahaja, kami sudah sediakan senarai terbaik untuk anda dalam artikel – Tempat Menarik di Malaysia untuk Honeymoon. Maka dalam artikel ini kami akan kongsikan tempat menarik untuk honeymoon luar negara pula.
Tidak salah untuk meraikan hari bahagia diluar negara jika anda berkemampuan. Dalam artikel kali ini kami senaraikan lokasi-lokasi romantik yang mempunyai pemandangan indah. Bajet untuk ke sana tidaklah terlalu mahal dan sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana.
#1 Bali, Indonesia
Keindahan Bali sudah tidak boleh disangkal lagi. Bali menawarkan percutian sempurna sekiranya anda inginkan ketenangan, keindahan bukit bukau dan pantai. Selain itu, banyak kuil-kuil purba dan tempat bersejarah yang masih berdiri teguh di Bali.
Bali ibarat syurga dunia. Panorama bukit bukau, tasik, pantai,dan air terjun memang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tidak hairanlah mengapa pelancong dari serata dunia ingin bercuti di Bali.
Tambahan pula, Bali dekat sahaja dengan Malaysia. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk berbulan madu di sini.
Tempat menarik di Bali:
- Pura Ulun Danu Bratan
- Tanah Lot Temple
- Ujung Water Palace
- Ubud Monkey Forest
- Bali Safari & Marine Park Gianyar
- Elephant Safari Park Lodge
- Istana Puri Saren Ubud
- Tegallalang Rice Terraces
- Pasar Seni Ubud
- Jatiluwih Green Land
- Tasik Beratan
#2 Paris, Perancis
Paris adalah tempat terbaik untuk honeymoon. Kota memang sudah terkenal dengan jolokan ‘The City of Love’ kerana mempunyai bangunan-bangunan lama, window shopping, sarat dengan karya seni mengagumkan, dan banyak lagi.
Boleh dikatakan setiap cerus Kota Paris ini cantik dan ‘Insta-worthy’.
Berjalan-jalan sambil menikmati udara sejuk di atas jambatan Pont Alexandre sudah tentu menyeronokkan. Lokasi wajib pergi di Paris pula sudah tentulah Eiffel Tower untuk merakam gambar romantis berlatar belakangkan mercu tanda ini.
Tempat menarik di Paris
- Lourve Museum
- Cathedrale Notre Dame de Paris
- Luxembourg Gardens
- Musee d’Orsay
- Seine River
- Porte de Clignancourt Flea Market
- Pont Alexandre
Percutian ke Paris sebenarnya tidak terlalu mahal. Golongan berpendapatan sederhana masih lagi boleh ke sana sekurang-kurang setahun sekali. Lagipun, banyak pakej percutian ke Paris yang menawarkan harga yang berpatutan.
#3 Phuket, Thailand
Negara jiran kita, Thailand menawarkan sejumlah tempat menarik untuk dilawati. Beberapa daerah negara gajah putih ini sarat dengan pemandangan indah yang menjadi destinasi eko-pelancongan.
Phuket adalah salah satu lokasi wajib pergi di Thailand selain Krabi, dan Phi Phi Islands.
Pulau yang seluas 540 km persegi ini kaya dengan tarikan semula jadi seperti air laut yang membiru dan gugusan pulau yang mengagumkan. Phuket adalah seperti apa yang anda lihat dikaca tv.
Phuket merupakan pulau menarik di luar negara. Keindahannya menjadi tarikan pelancong dari serata dunia sehingga pernah menjadi salah satu lokasi penggambar James Bond.
Tempat menarik di Phuket:
- Nai Harn Beach
- Karon View Point
- Wat Chalong
- Tiger Kingdom
- Phuket Elephant Sanctuary
- Monkey Hill
- Teluk Phang Nga
#4 Melbourne, Australia
Negara ‘mat saleh’ yang paling dekat dengan Malaysia. Melbourne, salah sebuah negeri di Australia yang kaya dengan tarikan semula jadi, pantai, bandar moden, dan syurga buat pencinta haiwan.
Memilih Melbourne sebagai lokasi honeymoon luar negara adalah pilihan ideal. Kerana anda dan pasangan dapat ke banyak lokasi menarik contohnya bersantai di Brighton Beach sambil bergambar berlatar belakangkan bathing box berwarna warni.
Merasai pengalaman memegang koala bear atau kanggaru juga menarik bukan?
Tempat menarik di Melbourne:
- Brighton Beach
- Luna Park
- Queen Victoria Market
- Eureka Tower
- Puffing Billy Railway
- Flagstaff Garden
- Melbourne Zoo
- Sea Life Melbourne Aquarium
#5 Korea Selatan
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia mengimpikan percutian di Korea Selatan. Ini semua gara-gara pengaruh hiburan K-Pop. Menonton drama, filem dan meminati penyanyi Korea membuatkan ramai yang ingin ke sana.
Namun, itu bukan satu-satunya sebab mengapa Korea menjadi negara pilihan untuk melancong. Korea menawarkan percutian menarik dek kerana keindahan alam semula jadi, hiburan, dan tempat shopping.
Tambahan pula, Korea Selatan adalah negara empat musim. Buat mereka yang nak merasa main salji Korea adalah destinasi terbaik di Asia!
Lokasi seperti Nami Island dan Pulau Jeju sudah tentu menjadi pilihan pasangan bercinta kerana pemandangannya yang membangkitkan suasana romantis.
Tempat menarik di Korea:
- Changdeokgung Palace
- N Seoul Tower
- Bukchon Hanok Village
- Namsan Park
- Namdaemun Market
- Gamcheon Culture Village
- Biseul Mountain
- Incheon Grand Park
- Nami Island
Korea menawarkansejumlah tempat menarik untuk bercuti di luar negara. Patutlah, ramai yang nak ke sana.
#6 Singapura
Antara jiran terdekat Malaysia, menjadikan negara ini sering dilawati kerana tidak memerlukan belanja yang besar.
Biarpun ia adalah negara terkecil di dunia, Singapura merupakan antara negara termaju dan kaya dengan lokasi ekopelancongan. Bangunan-bangunan pencakar langitnya memang gah jika dilihat dari Johor Bharu.
Selain itu banyak tempat-tempat hiburan keluarga dan makanan menarik untuk anda nikmati. Senang untuk navigasi memandangkan Singapura berkongsi bahasa yang sama seperti Malaysia.
Tempat menarik di Singapura:
- Marina Bay Sands
- Singapore Flyer
- Orchard Road
- The Merlion Tower
- Chinatown Singapore
- Madame Tussauds Singapore
- Henderson Wave Bridge
- Gardens By The Bay
- Universal Studios Singapore
Kami kelaskan Singapura sebagai tempat bercuti luar negara sesuai untuk kanak-kana kerana banyak tempat hiburan keluarga di sini.
Pelancong asing mengangkat Singapura sebagai negara paling menarik untuk dilawati kerana anda boleh menikmati pelbagai keseronokkan dalam satu kawasan. Maklumlah, Singapura ini kecil sahaja.
#7 London
Bandar yang paling popular di dunia. Di London, anda boleh temui pelbagai keunikkan. Dari segi budaya, musim, bangunan lama, dan pusat hiburan keluarga. Malah, banyak tempat shopping di London yang boleh anda kunjungi.
Kalau sebut sahaja bercuti di luar negara, Kota London pasti bermain di fikiran bukan? Ini kerana banyak sekali keunikkan tersimpan di London. Sejumlah destinasi menarik anda boleh lawati. Suhunya juga sejuk.
Tempat menarik di London:
- Oxford Street
- Buckingham Palace
- Madame Tussauds London
- London Bridge
- Harry Potter Studio London
- Hyde Park
- Westminster
- Brick Lane
- Leicester Square
London juga adalah negara eropah yang murah untuk dikunjungi. Anda boleh rujuk agensi yang menawarkan pakej percutian ke London. Mereka akan bawa anda ke lokasi menarik berserta dengan tiket penerbangan, hotel, dan tempat makan halal.
#8 Hatyai
Tempat menarik untuk honeymoon luar negara seterusnya adalah Hatyai, Thailand. Bandar terbesar di Selatan Thailand ini menawarkan pelbagai destinasi ekopelancongan.
Tambahan pula, lokasi Hatyai cuma bersempadan dengan Malaysia. Jadi anda boleh mengakses wilayah ini dengan kereta, bas, kereta api, dan kapal terbang.
Untuk pasangan yang ini berbulan madu, Hatyai memang berbaloi untuk dilawati. Bahkan, banyak tempat shopping murah di Hatyai yang boleh anda singgah.
Kalau anda mahukan percutian luar negara untuk anak-anak, Hatyai adalah pilihan ideal. Banyak tempat mesra keluarga seperti Ice Dome, Hatyai Cable Car, Magic Eye 3D Museum, dan banyak lagi.
Tempat menarik di Hatyai:
- Samila Beach
- Hatyai Floating Market Klong Hae
- Songkhla Aquarium
- Hatyai Municipal Park
- Chang Puak Champ
- Terowong Khao Nam Khan
- Asean Night Bazaar
- Kim Yong Market
Banyak lagi tempat menarik untuk honeymoon luar negara yang best. Senarai di atas adalah destinasi yang kami rasakan berpatutan dan sering dilawati rakyat Malaysia. Kalau anda ada cadangan lain berkenaan lokasi yang pernah anda lawati, kemukakan dalam ruangan komen di bawah.