Luar Negara

13 Tempat Menarik di Perth yang WAJIB Anda Kunjungi

Kami sudah kongsikan sejumlah tempat menarik di Sydney dalam artikel sebelum ini. Destinasi pelancongan menarik di Australia yang lain adalah Perth. Perth merupakan ibu negeri bagi Western Australia, yang turut menyimpan 1001 keindahan alam semulajadi, pantai, dan bangunan pencakar langit. Nak tahu kat senarai tempat menarik di erth, teruskan membaca artikel ini.

Sebenarnya rugi kalau tak bercuti di Perth. Lokasinya tidak terlalu jauh dengan Malaysia. Malah, banyak pakej bercutian dan tiket tambang murah ke Perth yang ditawarkan. Kalau ada peluang, ambil sahaja peluang keemasan ini untuk bercuti di luar negara bersama keluarga dan rakan.

#1 Blue Boat House / Crawley Edge Boatshed

Lokasi ikonik Perth ini cukup popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Sesiapa sahaja yang ke sana pasti akan merakam gambar dengan pelbagai pose di Blue Boat House atau nama lainnya, Crawley Edge Boatshed.

Terletak di kawasan Matilda Bay, di Swan River, ia dibina pada tahun 1903 lagi sebelum diubahsuai pada 2004.

Rekaan rumah ini cukup ringkas dan unik. Warnanya pula kena dengan persekitaran. Tidak hairanlah ramai photographer dari serata dunia datang untuk merakam gambar indah di sini.

Tiada sebarang bayaran dikenakan, sesiapa sahaja boleh ke sini.

Waktu operasi: 5 am – 10 pm

Alamat: Mounts Bay Rd, Crawley WA 6009, Australia

#2 Hillarys Boat Harbour

Sejak dibuka pada tahun 1988, Hillarys Boat Harbour menjadi tempat rekreasi dan riadah dikalangan orang ramai. Menawarkan pemandangan laut dan pelabuhan menarik, ia turut menempatkan pelbagai keseronokkan dalam satu kawasan.

Contohnya AQWA The Aquarium of Western Australia, Hillary’s Yacht Club, Rottnest Fast Ferries, dan tempat shopping Sorrento Quay.

Pengujung boleh melihat bot-bot mewah berlabu, makan seafood, jalan-jalan sambil melihat pemandangan indah, malah terdapat zon kanak-kanak yang dipanggil Leisure Zone.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: 86 Southside Dr, Hillarys WA 6025, Australia

#3 Rainbow Sea Container

Tempat menarik di Perth yang wajib anda kunjungi sudah tentulah Rainbow Container. Diperbuat daripada 9 buah kotak kontena yang dikitar semula, ia kemudian dicat dengan warna pelangi untuk memberikan sentuhan ceria.

Disusun dalam bentuk melengkuk bak pintu gerbang, sudah tentu dapat menarik perhatian orang ramai. Dari jauh lagi anda boleh lihat Rainbow Sea Container ini. Cukup unik dan menawan. Patutlah ramai yang ingin bergambar di sini.

Alamat: 1 Canning Hwy, Fremantle WA 6160, Australia

#4 Fremantle Market

Tempat shopping murah di Perth! Bukan sahaja pelancong malah penduduk tempatan juga berpusu membeli belah di sini. Ratusan gerai menjual segalam macam barangan dari barangan basah, runcit, pakaian, aksesori, cenderamata, snek, makanan tempatan, dan banyak lagi.

Suasananya juga meriah, bersih dan sangat sesuai untuk semua golongan datang untuk window shopping.

Gerai makanan halal juga disediakan, anda boleh menjamu selera sambil menyaksikan persembahan buskers yang ada di sini.

Waktu operasi: Jumaat – Isnin | 9 am – 6 pm

Alamat: South Terrace &, Henderson St, Fremantle WA 6160, Australia

#5 Kailis Fish Market Cafe

Dikatakan sebagai kedai fish and chips paling sedap di Perth. Jangan risau, makanan di Kailis Fish Market Cafe ini halal. Sebab itulah juga ia sering menjadi tumpuan pelanggan Muslim termasuklah pelancong dari Malaysia.

Portionnya memang banyak, beberapa keping ikan bersalut tepung istimewa, sejumlah kentang goreng, hirisan lemon dan sos tartar.

faraamusa.blogspot.com

Banyak lagi menu seafood best di Kailis Fish Market Cafe ni. Khabarnya semua sedap.

Tambahan pula, restoran ini terletak betul-betul di pelabuhan, jadi anda akan disajikan dengan pemandangan indah.

Waktu operasi: 11 am – 8 pm

Alamat: 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia

#6 Caversham Wildlife Park

Merupakan zoo persendirian yang dibukan untuk memberi pendedahan tentang haiwan kepada orang awam. Caversham Wildlife Park mengkhususkan haiwan yang sinonim dengan Australia iaitu koala, kanggaru, wombat, dan banyak lagi.

Kunjungan anda ke sini pasti akan dipenuhi dengan aktiviti menarik, bukan sekadar menyaksikan haiwan di dalam sangkar sahaja.

Pengunjung dibenarkan membelai dan memberi haiwan jinak makan. Selain itu, anda juga berpeluan menyaksikan beberapa persembahan dan demonstrasi menarik.

Harga tiket: Dewsa AUD$ 30 | Kanak kanak AUD$ 14

Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm

Alamat: 233B Drumpellier Dr, Whiteman WA 6068, Australia

#7 Margaret Chocolate Factory

Melawat kilang coklat pasti menyeronokkan terutamanya kanak-kanak. Di sini, anda dapat lihat dengan lebih dekat bagaimana coklat diproses, dipek, seterusnya dijual. Selain itu pengunjung juga berpeluang merasa coklat percuma, segar dan pasih panas dari dapur!

Bukan sahaja kilang, bahkan kedai coklat juga menarik untuk anda kunjungi. Ratusan jenis coklat terpapar di atas rak, sedia untuk anda bawa pulang sebagai cenderamata.

Ada coklat yang tidak halal, pastikan anda lihat label dengan teliti.

Penggemat coklat wajib ke sini tau!

Waktu operasi: 9.30am – 6 pm

Alamat: 317 Murray St, Perth WA 6000, Australia

#8 The Pinnacles

Tempat menarik di Perth yang wajib anda kunjungi adalah The Pinnacles! Iaitu sebuah kawasan gurun berpasir jingga. Malah, terdapat juga batu kapur yang terhakis menjadi bentuk tajam kelihatan seperti disusun manusia.

Kawasan gurun ini memanng menjadi tarikan pelancong. Pemandangannya yang indah mampu menghasilkan foto yang menarik.

Kalau anda bernasib baik, adan dapat lihat beberapa ekor kanggaru melompat-lompat di sini.

The Pinnacles ini adalah sebahagian daripada Taman Negara Nambung, jadi kebersihan sewaktu lawatan haruslah dititik beratkan.

Alamat: Pinnacles Dr, Cervantes WA 6511, Australia

#9 Elizabeth Quay

Sejak dibuka pada tahun 2016, Elizabeth Quay menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu. Terletak di tengah-tengah bandar Perth, ia merupakan tempat rehat yang penuh dengan tarikan moden yang menarik.

Contohnya air terjun berteknologi tinggi, tempat makan, water park, taman permainan, tasik buatan, menaiki gondola serta feri, dan banyak lagi.

Elizabeth Quay juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Perth waktu malam kerana anda dapat melihat pemandangan bangunan pencakar langit Perth, Elizabeth Quay Bridge, dan air terjun yang terang benderang.

Alamat: The Esplanade, Perth WA 6000, Australia

#10 Canal Rocks

Terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari bandar Perth, Canal Rocks adalah kawasan pantai berbatu yang cukup indah. Menghadap Lautan Hindi, Canal Rocks.

Hakisan ombak telah menghasilkan beberapa buah pulau berbatu yang cantik. Terdapat laluan pejalan kaki yang dibina untuk orang ramai.

Pemandangan di sini cukup mengagumkan terutama pada waktu matahari terbenam. Malah, anginya yang kuat dan dingin bakal memberika pengalaman baharu buat anda.

Itinerary di Perth wajib anda selitkan Canal Rocks ini.

#11 Watertown Brand Outlet Centre

Bercuti ke luar negara tanpa membeli belah, sesuatu yang janggal bukan? Untuk mereka yang mencari barangan berjenama, kunjungan ke Watertown Brand Outlet Centre pastinya menyeronokkan.

Ratusan butik berjenama seperti Supreme, Levis, Casio, Adidas, Nike, Ralph Lauren, dan banyak lagi dibuka di sini.

Ia lebih kurang seperti Johor Premium Outlet yang terletak di Kulai.

Kalau tidak membeli, window shopping sudah memadai.

Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm

Alamat: 840 Wellington St, West Perth WA 6005, Australia

#12 Lancelin Sand Dunes

Sebuah lagi tempat menarik di Perth yang WAJIB anda kunjungi, Lancelin Sand Dunes. Kawasan berpasir putih ini menjadi tarikan pelancong dek kerana keindahannya. Bayangkan, kawasannya bersih, pasirnya putih dan halus, serta menghadap Lautan Hindi.

Di sini anda berpeluang meluncur menggunakan sandboard. Sandboard boleh di sewa dengan harga AUD$10 sejam. Sewa satu atau dua, boleh kongsi. Barulah jimat! Berbaloi, kerana bila lagi nak meluncur di atas pasir kan?

Harga tiket: Percuma

Alamat: Beacon Rd, Lancelin WA 6044, Australia

#13 Westfield Carousel

Shopping di Perth pasti tidak akan mengecewakan! Tidak banyak bezanya dengan pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Tetapi berbaloi untuk anda jalan-jalan sambil lihat produk yang tidak ada di Malaysia.

Beli Tim Tam dan Vegemite. Pelbagai jenis premis boleh anda temui seperti pakaikan, aksesori, barangan runcit, sukan, dan pusat hiburan keluarga.

Selain itu, terdapat juga restoran rangkaian dan tawaran hebat buat pengunjung.

Waktu operasi: 9 am – 9 pm

Alamat: 1382 Albany Hwy, Cannington WA 6107, Australia

Tempat menarik di Melbourne Australia

  • Yarra River
  • Federation square
  • Queen Victoria Market
  • Eureka Skydeck
  • Puffing Billy Railway
  • Melbourne Zoo
  • St Kilda Beack
  • Great Ocean Road
  • Chinatown Melbourne
  • Brighton Beach

Tempat menarik di Sydney

  • Bondi Beach
  • Sydney Opera House
  • Sydney Harbour Bridge
  • Darling Harbour
  • Taronga Zoo Sydney
  • Circular Quay
  • Luna Park Sydney

Tempat Menarik di Gold Coast Australia

  • Sea World
  • Warner Bros Movie World
  • Dreamworld
  • SkyPoint Observation Deck
  • Currumbin Wildlife Sanctuary
  • Wet n Wild Gold Coast

Banyak juga tempat menarik di Perth bukan? Pastikan anda melawat kesemua lokasi yang kami cadangkan. Rancang percutian anda dengan teliti agar ia diisi dengan aktivti menarik. Selamat bercuti!

faraamusa.blogspot.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!