Luar Negara

Tempat Menarik di Malaysia untuk Honeymoon

Buat apa pergi berbulan madu jauh-jauh sedangkan banyak tempat menarik di Malaysia yang sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi honeymoon? Malaysia cukup bertuah kerana memiliki struktur geografi yang pelbagai. Seperti pantai, pulau-pulau indah, bukit, gunung-ganang, serta tanah tinggi yang bersuhu dingin. Lokasi-lokasi sebeginilah yang menjadi pilihan pasangan suami isteri untuk meluangkan masa bersama. Jom ketahui tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon.

Klook.com

Apabila bercakap soal honeymoon, kita pasti akan terbayangkan tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah. Di negara ini, anda boleh menaiki jetski di pesisir pantai Langkawi, hinggalah menikmati suhu rendah di Genting Highland.

Kami kumpulkan beberapa lokasi berbulan madu yang merangkumi tempat mewah dan bajet untuk anda luangkan masa bersama yang tersayang.

#1 Langkawi

Pulau Langkawi adalah antara destinasi percutian popular di Malaysia. Ia juga digelarkan sebagai ‘permata Kedah’ kerana menawarkan 1001 keistimewaan buat pelancong.

Anda bakal dikelilingi pantai yang mempersonakan dan air yang jernih. Pastikan anda ke Pulau Dayang Bunting untuk melihat bukit yang berbentuk seperti wanita hamil.

Tarikan popular di pulau ini sudah semestinya Langkawi Cable Car dan Langkawi Skybridge. Kedua-dua tarikan ini membolehkan pengunjung melihat pulau indah ini dari pandangan atas. Menarik sekali kerana anda boleh nampak gugusan pulau kecil dari jauh.

Langkawi juga memiliki banyak resort menarik seperti Four Seasons. Resort ini menawarkan percutian mewah dan lengkap dengan segala kemudahan untuk mereka yang mahukan percutian ditepi pantai. Kalau nak tahu, Four Seasons Langkawi menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood, Crazy Rich Asians.

#2 Batu Ferringhi, Penang

Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan kenakkan makanannya, bahkan pantai di Penang turut menjadi pilihan sebagai lokasi percutian. Anda pasti terpegun akan pasirnya yang memutih dan airnya yang jernih.

Tambahan pula, Batu Ferringhi berlatar belakangkan bukit bukau. Jangan lupa untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam pada waktu senja. Batu Ferringhi disenaraikan sebagai tempat menarik di Malaysia 2018.

Aktiviti menarik di Batu Ferringhi:

Mandi manda di pantai dan menaiki banana boat

Parasailing

Menikmati makanan sedap seperti ikan bakar di sepanjang pantai.

Resort menarik:

Double Tree Resort by Hilton – RM241

Bayview Beach Reasort – RM218

Holiday Inn Resort Penang – RM272

#3 Pulau Tioman

Dari jauh, supa bentuk Pulau Tioman kelihatan seakan seekor naga dek kerana struktur muka buminya. Pulau peranginan yang terletak di Pahang ini cukup mempersonakan dengan keindahan pantai dan airnya yang membiru.

Resort dan chalet menarik:

  • Marina Bay Resort – RM121
  • Paya Beach Spa & Dive Resort – RM117

Aktiviti menarik di Pulau Tioman:

  • Mandi pantai, parasailing, snorkeling, scuba diving
  • Mandi di Air Terjun Asah
  • Membeli belah kerana Pulau Tioman tersenarai sebagai kawasan bebas cukai.

#4 Pulau Perhentian

Siapa yang tidak kenal akan pulau tercanti di Malaysia ini? Pulau Perhentian tidak pernah lekang dengan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara.

Terdapat dua buah pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Setiap satu daripadanya menawarkan keindahan dan aktivit menarik.

Pulau Perhentian Kecil yang paling mendapat sambutan kerana mempunyai banyak chalet bajet untuk mereka yang mahukan tempat honeymoon murah. Manakala Perhentian Besar lebih eksklusif dan dipenuhi pelancong asing.

Namun kedua-duanya menawarkan keindahan dan ketenangan yang sama untuk honeymoon!

Aktiviti di Pulau Perhentian:

  • Skuba diving, snorkeling, beri makan kepada ikan, mandi pantai, banana boat
  • Bersantai di Tupai Beach bar bersama yang tersayang
  • Lepak dan berjalan di sepanjang pantai sambil menyaksikan matahari terbenam

Resort menarik:

  • Bubu Long Beach Resort
  • Ombak Resort Perhentian Island
  • Coral View Island Resort

#5 Pulau Mabul, Sabah

Bagi yang menetap di Semenanjung Malaysia, apakata anda keluarkan belanja lebih dan terus ke Pulau Mabul di Sabah. Ia menjadi lokasi hangat dan tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon 2018.

Kecantikan Pulau Mabul jarang diperkatakan tetapi apabila anda melihat foto pulau tersebut, terbit rasa ingin ke sana suatu hari nanti.

Faktor utama yang menarik pelancong ke sini adalah kerana lautnya yang membiru. Selain itu terdapat resort terapung, Mabul Water Bungalows, yang memberi gambaran seperti Pulau Bora-Bora.

Di sini anda boleh menikmati pemandangan waktu pagi yang memukau, manjakan diri di spa, dan snorkeling.

Cara ke Pulau Mabul

  1. Tempah tiket penerbangan ke Tawau, Sabah.
  2. Dari Tawau, dapatkan berkhidmatan teksi atau Grab untuk ke Semporna. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
  3. Dari jeti Semporna anda akan menaiki bot (RM45) untuk ke Pulau Mabul.

#6 Cameron Highlands

Bukankan seronok sekiranya dapat menikmati suhu dingin sepanjang bulan madu. Anda tidak perlu ke luar negara kerana Pahan mempunyai 3 tempat percutian tanah tinggi. Salah satunya adalah Cameron Highlands.

Berlatar belakangkan ladang teh dan strawberry, pastinya Cameron Highlands bakal menjadi lokasi honeymoon yang tidak dapat dilupakan.

Di sini anda boleh memetik dan menikmati strawberry segar, minum teh, dan melawat Taman Rama-Rama. Bahkan Cameron Highlands adalah destinasi bulan madu bajet Malaysia kerana tidak memerlukan kos yang besar.

Hotel menarik:

  • Capthorne Hotel – RM170
  • Heritage Hotel – RM168
  • Rosa Pasadena Hotel – RM251

#7 Genting Highland

Cuma mengambil masa sekitar 1 jam dari Kuala Lumpur, Genting Highland sering menjadi pilihan warga kota sebagai tempat honeymoon. Suhunya dikatakan lebih sejuk dari Cameron,  Genting menawarkan keseronokkan buat pengunjung.

Taman Tema Genting merupakan tarikan utama. Pelbagai permainan ‘Indoor’ yang dimuatkan dalam satu bangunan. Bagi permainan ‘Outdoor’ pula, ia masih belum dibuka kepada umum.

http://www.miriammerrygoround.com/2016/08/nature-discovery-fashion-forest-genting-highlands.html

Sila subscribe newsletter kami di atas untuk mengetahui perkembangan terkini.

Anda boleh kunjungin banyak tempat menarik di Genting Highland seperti:

  • Genting Premium Outlet
  • Sky Avenue
  • Happy Bee Farm
  • Snow World
  • Awana Sky Cable Car

#7 Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Bagi mereka yang tidak tinggal di kota besar, Kuala Lumpur dijadikan sebagai lokasi bulan madu. Mana tidaknya, bukan main banyak lagi tarikan pelancongan yang ada di KL.

Bahkan banyak hotel-hotel menarik dan ada juga yang berserta dengan taman tema seperti Sunway Resort Hotel & Spa. Dengan menginap di sini senanglah untuk anda melawat tempat menarik seperti KL Tower, KLCC SkyBridge, dan shopping di sekitar Bukit Bintang.

Jika anda mahukan tempat menarik untuk honeymoon di Kuala Lumpur yang romantik dan mewah, kami cadangkan anda ke Villa Samadhi.

Tempat menarik untuk honeymoon luar negara

Kami sertakan juga beberapa lokasi bulan madu di luar negara yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Negara-negara ini sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

  • Phuket, Thailand
  • Koh Samui, Thailand
  • Bali, Indonesia
  • Seoul, Korea Selatan
  • Pulau Jeju, Korea Selatan
  • Perth, Australia

Banyak bukan tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon? Kami harap artikel ini dapat membantu anda dalam merancang bulan madu kelak. Yelah, setiap pasangan mahukan masa untuk bersama. Tidak perlu ke luar negara kerana Malaysia sendiri mempunyai banyak tempat menarik untuk short getaway.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *