Luar Negara

13 Tempat Menarik di Batam yang Mengagumkan!

Batam merupakan sebuah pulau kecil dalam daerah Riau. Lokasinya yang terletak di perairan Laut China Selatan, di antara Indonesia dan Singapura. Pulau Batam tidak popular seperti Bandung, Bali, atau destinasi percutian lain di Indonesia. Tetapi Batam sebenarnya menyimpan pelbagai lokasi ekopelancongan unik. Dalam artikel ini kami akan menyenaraikan beberapa tempat menarik di Batam yang mungkin anda tidak tahu.

Cuma terletak 25km dari Johor dan Batam boleh di akses melalui udara dan air. Tambangnya juga agak murah, mungkin sebab itulah Batam menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai percutian singkat.

Panduan ke Batam

Menaiki feri dari Puteri Harbour Ferry Terminal – Tambang RM20 (pergi & balik). Tempah di sini – https://www.easybook.com/ferry/booking/puteriharbourferryterminal-to-batamcenter

Menaiki kapal terbang Air Asia, FireFly yang menawarkan 3 penerbangan seminggu

#1 Tebing Langit Bukit Dangas Sekupang

Lokasi wajib pergi di Batam. Banyak benda yang menarik di sini terutama untuk mereka yang suka bergambar dan ingin lihat pemandangan menakjubkan. Ia merupakan kawasan berbukit yang memerlukan anda mendaki.

Tidak terlalu mencabar, masih boleh diakses oleh semua golongan.

Apa yang menarik di sini adalah terdapat banyak ‘prop’ yang berbentuk seperti sarang burung. Mini flying fox pun ada, ia di bina seolah karpet terbang di mana anda boleh duduk di atasnya sambil menyanyikan lagu ‘A Whole New World’. Rumah The Hobbit pun ada.

Waktu terbaik untuk ke Tebing Langit Bukit Sekupang adalah sekitar 5 hingga 7 petang. Waktu matahari terbenam di sini cukup cantik.

Harga tiket: Rp10,000

Waktu operasi: 7 am – 6 pm

Alamat: Jalan Ir. Sutami, Tanjung Pinggir, Sekupang, Tj. Pinggir, Kec. Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29424, Indonesia

#2 Replika Kapal Laksamana Cheng Ho

Replika Kapal Laksamana Cheng Ho turut menjadi tarikan pelancongan. Mana tidaknya, ia dibina mirip  kapal Laksamana Cheng Ho, nama yang sudah tidak asing lagi dalam lipatan sejarah Tanah Melayu dan Indonesia.

Pengunjung boleh masuk ke dalam kapal yang berlabuh di tepi sungai. Dengan kapalnya yang berwarna warni, seseuai sekali sekiranya anda ingin bergambar bersama keluarga di sini.

Harga tiket: Rp1000 (percuma air mineral)

Alamat: Golden Prima, Tj. Buntung, Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia

#3 Masjid Muhammad Cheng Ho

Tidak jauh dari replika kapal, terdapat Masjid Muhammad Cheng Ho yang dibina untuk memperingati Laksamana Cheng Ho yang pernah menyebarkan ajaran Islam di sini.

Masjid yang berwarna merah ini mendapat sentuhan senibina China dan Arab. Anda boleh singgah solat di sini atau mengambil gambar kenangan.

#4 Kampung Terih

Merupakan kawasan kampung yang dikelilingi hutan paya bakau. Apa yang menarik tentang Kampung Terih adalah lokasinya yang menghadap laut. Anda boleh lihat Singapura dan kapal kontena lalu lalang.

phinemo.com

Jangan lupa bergambar di jeti ya? Banyak payung warna warni yang berada di sepanjang jeti. Ia boleh menghasilkan gambar yang unik.

Harga tiket: Rp1000

Alamat: Sambau, Nongsa, Batam City, Riau Islands 29465, Indonesia

#5 Barelang Bridge

Jambatan Barelang merupakan mercu tanda Batam yang terbaharu. Jambatan ini menghubungkan antara Batam, Rempang, dan Galang. Tersegam indah, bahkan jambatan sepanjang 2 km ini sedikit bengkong untuk memberi laluan kepada kapal lalu lalang di bawahnya.

Terdapat tempat rekreasi di bawahnya, membolehkan orang ramai berehat, ambil angin, serta melihat keindahan jambatan pada waktu matahari terbenam.

Alamat: Jl. Trans Barelang, Galang, Kepulauan Riau 29481, Indonesia

#6 Seaforest Adventure Park

Tempat terbaik buat mereka yang ingin melakukan aktiviti fizikal, dan riada yang boleh mengeratkan lagi silaturahim. Seaforest Adventure Park yang seluas 10 hektar ini menawarkan sejumplah aktiviti outdoor yang menarik seperti:

  • Aqua Adventure Track
  • Memanah
  • Paintball
  • Jetski & knee boarding
  • Berkhemah
  • Flying bike

Lokasi ini baharu sahaja beroperasi, dan ia kini menjadi tempat untuk pengunjung meneroka alam sekitar, sains, dan aktiviti outdoor. Segala kemudahan dan landskapnya menepati standar antarabangsa.

Laman web: https://www.seaforestadventure.com/

Harga tiket: Rp50,000

Alamat: Jl. Hang Lekiu, Sambau, Kecamatan Nongsa, Kota Batam, Kepulauan Riau 29465, Indonesia

#7 Kepri Coral

Kepri Coral merupakan singkatan kepada Kepulauan Riau dan adalah sebuah pulau terbesar di antara gugusan pulau sekitar Batam. Keindahan pulau Kepri memang di luar jangkaan.

Air lautnya jernih, pasir memutih, dan terdapat banyak aktiviti serta resort menarik yang boleh anda inap.

Cara ke Kepri Coral adalah dengan menaiki feri dari Batam Centre Point International Ferry Terminal. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit.

Aktiviti menarik di Kepri Coral:

  • Snorkeling
  • Sea Aquarium / Undersea World
  • Swimming Pool
  • Kayak
  • Water Bike
  •  Tarzan House
  •  Fish feeding
  • Shark Feeding
  • Hammock
  • Bean Bag

Sekiranya anda ingin menginap di sini, resort menarik di Kepri Coral adalah Dome Village. Unit chalet yang menyerupai ais dome. Nampak sahaja kecil, tetapi lengkap dnegan kemudahan asas seperti katil empuk, tandas, dan penghawa dingin. Bukan itu sahaja, Dome Village turut menawarkan pemandangan laut yang indah.

#8 Taman Kelinci

Taman Kelinci atau dalam Bahasa Melayu nya ‘Taman Arnab’, merupakan sebuah taman yang membolehkan pengunjung bermain dan memberi makan kepada arnab.

Kanak-kanak pasti suka akan haiwan comel dan jinak ini. Inilah masanya untuk anda mendekatkan diri dengan arnab.

Landskapnya juga menarik, aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah flying bike, taman permainan, dan banyak lagi.

Harga tiket: Dewasa Rp10,000 | Kanak kanak Rp5,000

Waktu operasi: 8 am – 7.45 pm

Alamat: Tanjung Pinggir, Sekupang, Batam City, Riau Islands 29424, Indonesia

#9 Kampung Nongsa

Buat anda yang ingin berehat di tepi pantai sambil menikmati aingin pantai dan keindahan alam, pergilah ke Kampung Nongsa.

Turut dikenali sebagai kampung Tua Nongsa, lokasi ini bebas dari hiruk pikuk kota.

Menariknya, anda boleh lihat bangunan pencakar langit di Singapura dan Johor Bahru dari tepi pantai. Ini pastinya bakal melakar pengalaman baharu buat anda.

#10 Camp Vietnam

Tidak salah untuk anda melawat tempat bersejarah di Batam, iaitu Camp Vietnam. Juga menjadi salah satu tempat menarik di Batam, Camp Vietnam sebenarnya perkampungan pelarian warga Vietnam pada tahun 1975.

bebelancikmin.com

Peperangan yang berlaku pada ketika membuatkan sebahagian daripada rakyat Vietnam melarikan diri dengan menaiki bot ke Galang, Batam.

Sekolah, rumah sakit, penjara, dan rumah di bina di sini sebelum kerajaan Indonesia menghantar mereka pulang pada 1990.

Kini Camp Vietnam menjadi salah satu tempat menarik di Indonesia dan ia dibuka kepada orang ramai untuk melihat perkampungan pelarian Vietnam.

Harga tiket: Rp5,000

Alamat: Sijantung, Galang, Batam City, Riau Islands 29485, Indonesia

#11 Ocarina Park

Nah, tempat menarik di Batam seterusnya adalah Ocarina Park. Taman tema ini merangkumi taman tema air dan kering yang sesuai untuk anda seisi keluarga meluangkan masa bersama.

Taman permainan di dalam air pastinya membuatkan anak-anak kecil gembira.

Aktiviti di sini sesuai untuk semua golongan. Selain itu terdapat juga panggung wayang 3D dan pelbagai deretan kedai makan menarik.

Pemandangan di sini tidak kurang juga hebatnya. Berbeza dengan taman tema di Malaysia, Ocarina Park terletak di tepi pantai.

Harga tiket: dewasa Rp10,000 | Kanak kanak Rp5,000

Alamat: Sadai, Bengkong, Batam City, Riau Islands, Indonesia

#12 Nagoya Hill

Untuk aktiviti malam di Batam pula, kami cadangkan anda ke pusat membeli belah, Nagoya Hill. Banyak butik-butik berjenama yang menjual aksesori, pakaian, gajet, dan barangan runcit.

Selain itu, tempat makan memang banyak termasuklah restoran rangkaian yang popular.

Tempat hiburan keluarga seberti karaoke dan panggung wayang tersedia untuk anda.

Alamat: Nicco Residence Blok A5 No. 02, Sadai, Kec. Bengkong, Kepulauan Riau 29411, Indonesia

#13 Jodoh Centre Supermarket

Jika Kuala Lumpur ada Petaling Street, Batam pula memiliki Jodoh Center. Jodoh Centre merupakan bazaar larut malam yang happening. Banyang barangan seperti pakaian, tudung, aksesori, dan barangan antik dijual pada harga murah.

Anda juga boleh membeli cenderamata di sini. Selain itu, gerai-gerai makan di sini juga tidak kurang hebatnya. Banyak pilihan makanan tradisional Indonesia seperti bakso, ayam penyet yang boleh anda cuba.

Alamat: Blok G, No. 15, Komplek Tanjung Pantun, Sungai Jodoh, Kec. Batu Ampar, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444,

Untuk mereka yang tidak biasa bercuti di luar negara, kami cadangkan anda mengambil khidmat pemandu pelancong. Banyak syarikat yang menawarkan pakej percutian ke Batam yang menarik.

Contohnya  AIR Tours & Travel, mereka menawarkan pakej menarik meliputi pengangkutan, hotel, dan lawatan ke tempat menarik. Anda boleh lihat sendiri pakej dan testimoni di laman web mereka – https://www.adisoindoraya.com/

Tak sangka banyak sekali tempat menarik di Batam, Indonesia. Pemandangan indah, banyak tempat bersejarah, dan membeli belah yang boleh anda sekeluarga lawati. Memang berbaloilah bercuti di Batam!

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *