Tempat Menarik

Tempat Menarik di Kundasang

Kundasang adalah bandar yang paling popular di Sabah kerana terdapat banyak tarikan pelancongan. Majoritinya disumbangkan oleh keindahan alam sekitar, suhu, dan gunung-ganang persis New Zealand. Kami akan senaraikan tempat menarik di Kundasang untuk panduan pencutian anda.

Sebenarnya Kudasang dan Ranau sama sahaja, kerana Kudasang adalah sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Ranau.

Tanpa membuang masa jom lihat antara tempat menarik di Kundasang dan juga Ranau.

#1 Desa Cattle Dairy Farm

Tempat yang wajib dikunjungi sekiranya berada di Kudasang adalah Desa Cattle Dairy Farm. Apa yang membuatkan ia istimewa adalah pemandangan dan suhunya. Ditambah pula ia merupakan sebuah ladang ternakan lembu, membuatkan Desa Cattle Dairy Farm kelihatan tidak ubah seperti New Zealand.

Dengan berlatar belakangkan gunung-ganang, ladang yang menghijau serta suhu dingin, sesiapa sahaja boleh jatuh cinta akan kawasan ini.

Pangunjung boleh mengambil gambar dengan pemandangan cantik, ini pastinya dapat mengabadikan memori indah bersama yang tersayang.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle Dairy Farm adalah:

  • Bergambar
  • Memberi makan lembu dan kambing
  • Lihat proses memerah susu
  • Minum teh dan hidangan yang berasaskan tenusu
  • Membawa pula susu dan yogurt segar dari ladang
  • Membeli ole-ole di kedai cenderamata

Waktu operasi: 8am – 5pm

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM4 | Bergambar RM10

Alamat: Desa Dairy Farm, Mesilau

#2 Taman Ros dan Strawberry

Jangan sangka Cameron Highland sahaja ada taman strawberry, kerana Kundasang juga mempunyai ladang buah yang enak itu.

Terletak kira-kira 15 minit dari bandar Kundasang, ia juga dikenali sebagai ladang strawberry kundasang atau Strawberry Farm Mesilou.

Di sini anda berpeluang memetik buah strawberry segar. Harga strawberry adalah mengikut timbangan. Di sebelahnya pula merupakan taman bunga ros segar dan menwangi mewangi.

Jika anda gemar berkebun, pasti akan teruja saat masuk ke tempat ini. Pengunjung boleh membeli ros dan benihnya sekali. Selain ros, antara bunga lain yang anda boleh dapati adalah cactus, lily, bunga matahari, dan banyak lagi.

Nikmati juga snek dan pencuci mulut yang berasaskan strawberry di kafenya.

Harga tiket: RM2

Alamat: 89300 Ranau, Sabah

#3 Jambatan Gantung Tamparuli

Jambatan paling popular di Sabah. Dipercayai telah berusia 200 tahun. Khabarnya ia pernah digunakan oleh tentera Jepun sebagai markas.

Tidak boleh dinaiki kereta, Jambatan Tamparuli ini hanya boleh dinaiki motosikal, basikal, dan berjalan kaki sahaja.

Dari jauh lain anda sudah dapat lihat jambatan ini, nampak usang tetapi masih boleh digunakan hingga ke hari ini.

Kalau anda gayat, bergambar sahaja sudah mencukupi.

Alamat: Jalan Bontoi, Tamparuli, 89250 Tamparuli, Sabah

#4 Upside Down House Sabah

Siapa tidak suka berkunjung ke rumah terbalik, di mana semua barang di dalam rumah ini berada dalam kedudukan terbalik.

Apa yang membezakan rumah terbalik ini dengan tarikan seumpamanya yang lain adalah hiasan dalamannya mempunyai seni dari Sabah.

Upside Down House Sabah tersenarai dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi yang pertama di negara ini.

Harga tiket: Dewasa RM12.70 | Kanak kanak RM5.30

Waktu operasi: 7am – 7pm

Alamat: Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah

#5 3D Wonders Museum

3D Wonders Museum termasuk dalam tempat menarik di Sabah untuk dilawati, baru sahaja beroperasi. Tarikan ini menempatkan pelbagai mural dan lukisan yang menggunakan seni khas supaya ia tampak nyata jika diambil dari sudut berbebeza.

Terdapat lebih 30 buah lukisan yang kebanyakkannya tentang sejarah dan keindahan negeri Sabah.

Memang seronok jika bergambar dengan pelbagai gaya di sini. Jika anda berada di Kundasang Sabah, trip ke sini memang wajib!

Harga tiket: Dewasa RM24.40 | Kanak-kanak RM15.90

Waktu operasi:Β  Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah

#6 Timpohon Gate

Timpohon Gate adalan pintu masuk dan check point pertama jika anda ingin mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya kalau anda hadir bukan untuk mendaki pun, boleh sahaj berkunjung ke sini.

Ini kerana Timpohon Gate menawarkan pemandangan yang cukup mempersonakan. Terdapat berandah yang menghadap hutan belantara yang menghijau. Bahkan suhu dingin di sini sedikit sebanyak menjadi faktor kedatangan pelancong.

Jika tidak dapat mendaki, bergambar di sini sudah memadai.

Waktu operasi: 7am – 5-m

Alamat: Kinabalu Park, Sabah

#7 Sosodikon Hill Kundasang (Pyramid Hill)

Jika anda tidak berpeluang untuk mendaki Gunung Kinabalu, anda boleh cuba mendaki Bukit Sosodikon. Ia juga mendapat jolokan Pyramid Hill dek kerana beberapa buah bukit di sini mempunyai bentuk seakan piramid.

Terletak 5km dari bandar Kundasang, anda hanya perlu berjalan sejauh 1.5 km (20 minit) sahaja untuk ke puncak bukit. Setibanya dipuncak, segala penat pasti akan hilang sebaik melihat keindahan panorama bukit bukau dari pandangan atas.

Harga tiket: RM3

Alamat: Kg, Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang

#8 Kundasang War Memorial

Ketika Perang Dunia Kedua, banyak nyawa askar British dan Australia yang terkorban. Untuk itu, sebuah memorial dibina untuk memperingat jasa dan pengorbanan mereka.

Ia terbahagi kepada 4 taman berbeza, Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan ataupun Muhasabah beserta kolam.

Setiap taman dihias dengan bunga bungan yang harum. Sesuai sekali untuk memperingati jasa prajurit.

Anda boleh bergambar di sini kerana pemandangannya juga begitu cantik.

Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah

#9 Little Hut Kampung Mesilou

Salah satu tempat penginapan menarik di Kundasang yang boleh anda cuba. Terletak di lereng bukit menghadap gunung ganang yang indah. Little Hut juga dikelilingi tumbuhan dan pokok bunga berwarna warni yang menghiasi taman.

Alamat: Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

#10 Little Wonderland Kundasang

Little Wonderland Taman Rekreasi Batu 5 Ranau adalah sebuah lagi tempat yang berbaloi untuk dilawati di sini.

Ia merupakan sebuah taman rekreasi yang penuh dengan fasiliti menarik. Trek jogging dilengkapi batu batu refleksologi, taman permainan dan banyak lagi.

Lebih mahal apabila suhu di sini agak rendah dan berlatar belakangkan pemandangan indah.

Alamat: AH150, 89308 Ranau, Sabah

#11 The B.E Wonderland

Baharu sahaja dibuka pada 2018 dan kiniΒ  menjadi perhatian pelancong. Kalau nak tahu, pelbagai jenis keseronokkan yang anda boleh temui di The B.E Wonderland. Antaranya:

  • Chalet
  • Flying Fox
  • B.E Wonderland
  • B.E Minimart
  • Restaurant
  • Handicraft & Souvenir
  • Kids Playroom & Cafe
  • Low Rope Games
  • Archery
  • Winter Section
  • Spring Section
  • Magic Mirror
  • Sabah Kampung House
  • Colourfull Stair
  • Sabah Custom
  • Item Collector
  • 3D Picture
  • Recycle Item
  • Gallery
  • Alat Music Sabah
  • Autumn Section

Siap ada rumah salji lagi dengan dilengkapi hiasan seperti di Eropah. Memang berbaloi dan menarik untuk anak-anak. Aktiviti outdoor seperti flying fox pula mencabar adrenaline.

Semuanya dibawakan oleh Kundasang Mount Valley Recreation.

Harga tiket: Dewasa RM25

Alamat: Bt 37, Jln kelangaan, Kg Kinsaraban,88300 Kundasang Ranau Sabah.

#12 Arnab Village

Kampung arnab ini menempatkan puluhan ekor arnab comel dan jinak. Bukan selalu untuk kita bermain main dengar arnab kerana haiwan ini agak pemalu.

www.myeido.com

Di sini anda boleh usap, peluk, dan beri arnab makan. Kanak-kanak pasti suka jika dapat mendekati haiwan comel ini

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Kg Purakagis, Ranau, Sabah

#13 Hounon Ridge Farmstay & Camping

Ia termasuk dalam senarai tempat menarik di Sabah untuk dilawati. Sekali pandang sukar nak percaya bahawa Malaysia ada tempat seindah ini.

Hounon Ridge Farmstay & Camping merupakan sebuah tempat penginapan yang berlatar belakangkan pemandangan yang sukar diucapkan dengan kata-kata.

Seperti homestay, segalanya cukup lengkap. Tapi ramai yang memilih untuk berkhemah sahaj kerana pemandangannya memang luar biasa. Anda boleh bergambar, berjalan disekeliling kawasan, dan menikmati BBQ.

Jika anda baca blog tempat menarik di Sabah, Hounon Ridge mesti termasuk dalam senarai.

Jika anda bertuah, dapatlah lihat milkyway pada waktu malam.

Alamat: Kg Himbaan, Ranau 89308

#14 Taman Negara Kota Kinabalu

Sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana anda bukan sahaj dihidangkan dengan panorama memukau, tetapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Jika anda tidak berminat untuk mendaki, bersantai di dilereng bukit sudah memadai. Kerana banyak pondok rehat disediakan. Berjalan di atas jambatan gantung juga bakal memberikan pengalaman menarik.

Pengunjung juga boleh berjalan ke lokasi air terjun, jungle trekking, berbasikal, dan memerhati burung.

Alamat: 89300 Ranau, Sabah

Hotel di Kundasang

  • Celyn Resort Kinabalu – harga Rm169
  • Happy Garden Resort – RM108
  • Crystal Hill Kundasang – harga RM218

Bercuti di tempat menarik Kundasang pastinya bakal menceriakan percutian anda. Tidak kiralah sama ada bersama keluarga ataupun rakan, ia akan merakam memori yang indah. Jika anda sedang merancang untuk bercuti di negeri Di Bawah Bayu Ini, kami cadangkan anda ke Kundasang.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *