Salah satu daerah di negeri Sabah yang kaya dengan tarik pelancongan adalah Kota Kinabalu. Dari tempat untuk meneroka keindahan alam semula jadi, tempat bersejarah, pantai, hiburan, hinggalah ke gugusan pulau yang mempesonakan. Oleh kerana terlampau banyak sangat tempat menarik di Kota Kinabalu, lebih mudah jika anda mempunyai pengangkutan sendiri. Jika datang bersama keluarga atau berkumpulan, kami sarankan anda sewa van di Kota Kinabalu.

Menyewa kereta atau van di Kota Kinabalu adalah pilihan yang ideal. Ia bukan sahaja memudahkan anda untuk bergerak, tetapi menjimatkan wang perbelanjaan. Tambang kereta sewa agak mahal. Tambahan pula risau sekiranya pemandu teksi mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Perkhidmatan Grab sedikit sebanyak membantu, tetapi bagaimana pula jika anda berdepan dengan masalah talian internet?

Jadi sewa van adalah pilihan terbaik sekiranya anda ingin bercuti di Kota Kinabalu.

Harga sewa van Kota Kinabalu

Harga kereta sewa atau van di sekita KK agak berpatutan dan tidak banyak bezanya dengan di Semenanjung. Ia sekitar RM190 hingga RM280 untuk satu hari. Bergantung pada jenis dan jenama van/MPV

Oleh itu kami kongsikan antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa.

Best Borneo Rental Car

Best Borneo Rental Car adalah antara syarikat yang menawarkan servis sewa kereta dan van/MPV di Kota Kinabalu. Harga sewa memang berpatutan dan anda boleh pilih pelbagai jenis kereta yang ditawarkan.

Paling best, mereka melakukan promosi sepanjang tahun di mana anda berpeluang mendapat cashback 5% untuk setiap booking.

Melalui maklum balas pelanggan Best Borneo Rental Car memberi servis yang pantas dan cekap. Bahkan mereka membalas dan menjawab panggilan/SMS dengan pantas.

Laman web: https://www.bestborneocarrental.com

Nombor telefon: 01110570862

Encik Fadzly @ www.encikbos.com

Hah, anda pasti tidak tahu selok belok jalan di Kota Kinabalu bukan? Leceh juga kalau menggunakan Waze atau Google Map. Kalau boleh sewa van dengan pemandu di Kota Kinabalu lebih melancarkan percutian.

Anda boleh hubungi Encik Fadzly untuk perkhidmatan tersebut. Beliau juga bertindak sebagai pemandu pelancong

Sangat convinient jika anda memerlukan perkhidmatan sewa kereta, sewa van beserta pemandu, mahupun tourist guide di seluruh Sabah.

Laman web: www.encikbos.com

Nombor telefon: 013-542 5450

Kereta Sewa Sabah Kinabalu

Bagi syarikat Kereta Sewa Sabah Kinabalu pula, mereka menawarkan lebih banyak jenis kereta yang boleh anda pilih.

Untuk yang pergi berdua atau 5 orang dan nak jimat kos, anda boleh guna kereta sewa Viva Kota Kinabalu.

Bagi yang bercuti bersama keluarga besar atau berkumpulan, pilih sahaja van Hiace atau Urvan.

Laman web: http://www.keretasewasabahkinabalu.com.my/

Sewa 4×4 di Kota Kinabalu

Manakala bagi mereka yang suka akan aktivti lasak seperti masuk hutan dan sebagainya, pasti memerluka kenderaan jenis 4×4. Nah, anda boleh sewa 4×4 di Kota Kinabalu.

Anda boleh layari Facebook https://www.facebook.com/don.7049/ untuk perkhidmatan tersebut.

Sewa kereta atau van ini bukan semudah yang disangka. Anda perlulah menjaganya dengan baik. Sebelum itu, ingin kami ingatkan supaya membawa dokumen penting seperti:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu
  • Wang deposit

Kami yakin sewa van di Kota Kinabalu lebih memudahkan anda untuk bercuti. Tambahan pula banyak sangat tarikan pelancongan di sana yang wajib pergi kerana keunikkannya tidak boleh didapati di tempat lain. Selamat bercuti, semoga percutian anda di Sabah berjalan lancar.

Author

Write A Comment