Tempat Menarik

16 Tempat Menarik di Keningau

Daerah Keningau tidak kurang juga hebatkan dalam menyumbang kepada sektor pelancongan negeri Sabah. Keningau memiliki banyak tempat bersejarah ke pernah berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, dan turut dijajah British, dan Jepun. Selain itu Keningau turut mempunyai banyak lokasi rekreasi, tarikan alam semula jadi, dan pusat kraftangan. Untuk lebih lanjut, jom lihat senarai tempat menarik di Keningau.

Walaupun tidak popular seperti Sandakan dan Kundasang, ini tidak bermakna Keningau tidak berbaloi untuk di kunjungi. Sebab itulah kami ingin berkongsi tarikan yang ada di Keningau.

Muzium Warisan Keningau

Muzium ini menggunakan bangunan bangunan bersejarah di Keningau, iaitu bekas Rumah Rehat Kerajaan yang dibina pada 1946.

Apa yang menarik di muzium ini adalah ia menempatkan banyak sejarah tentang budaya, sejarah penjajahan dan gabungan dengan Malaysia, serta agama di Keningau.

Menarik juga untuk anda kunjungi bersama anak-anak.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Keningau War Memorial

Juga dikenali sebagai Cho Huan Lai Memorial, dibina untuk memperingati prajurit yang terkorban menentang Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Keningau pernah dibom oleh Jepun dan mengorbankan banyak nyawa sebelu dibantu oleh tentera Australia.

Taman ini dijaga dengan baik dan mempunyai tugu. Jika anda datang pada hujung minggu, ramai pelancong dari Australia datang melawat untuk menghormati jasa nenek moyang mereka.

Antara tempat bersejarah lain di Keningau yang boleh anda lawati adalah Ansip Ferry Memorial Park dan Japan Surrender Point.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Gua Laing

Gua Laing disenaraikan sebagai destinasi pelancongan terbaharu di Keningau. Gua ini bakal menjadi destinasi utama bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

Terdapat tiga laluan masuk ke Gua lain ini dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk masuk ke dalam gua.

Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana jalan untuk ke lokasi ini agak berliku dan memerlukan anda merentas hutan dan mendaki. Malah, permukaan gua ini agak licin.

Lokasi: Google Maps
Bukit Trig Keningau

Kalau anda mencari tempat menarik di Apin-Apin, anda boleh ke Bukit Trig. Ia merupakan tempat hiking. Apa yang menariknya anda tidak memerlukan pengalaman mendaki.

Ini kerana laluan pejalan kaki, tali, dan anak tangga sudah di sediakan buat pengunjung. Di sepanjang 1.5 km perjalanan anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis tumbuhan berserta dengan papan tanda.

Penat anda akan hilang sebaik tiba di puncak bukit. Di puncak, anda bakal disajikan dengan pemandangan yang menghijau dan bukit-bukau.

Selain Bukit Trig, Keningau juga mempunyai beberapa tempat menarik lain untuk didaki seperti Chanang Hill, Bukit Mantaoi, Gunung Trusmadi, Bukit Indah Trail Keningau, Bukit Durian Keningau, Bukit Selomitha, Bukit Kulanga dan Kosimbut Hill.

*Anda boleh hubungi Facebook Trig Hill, Keningau sekiranya berminat untuk hiking Bukit Trig.
Taman Bandukan Riverside Resort

Pusat Rekreasi Taman Bandukan adalah sebuah tempat rekreasi di Keningau yang penuh dengan aktiviti. Ia orang awam kerana banyak fasiliti seperti taman permainan dan gazebo yang tersedia. Jika anda gemarkan aktiviti outdoor, pastikan anda melawat Taman Badukan.

Ia menawarkan penginapan jenis chalet dan homestay. Sesuai untuk mereka yang datang secara rombongan.

Disamping itu ia juga dibuka kepada orang awam untuk beriadah sebab banyak aktiviti outdoor seperti memancing.

Anak-anak pasti seronok kerana terdapat taman permainan yang luas di sini

Aktiviti:

  • Berkhemah, memancing, mandi anak sungai, berkelah
  • Paddle boat
  • Mini zoo

Lokasi: Google Maps

Hubungi: 011-2233 800

Sabindo Khin Sang Springs Water Resort

Sabindo Khin Sang Springs adalah lokasi terbaik kalau anda nak bercuti bersama keluarga ataupun nak honeymoon bersama pasangan. Ia menawarkan resort mampu milik dengan pelbagai aktiviti dengan pemandangan yang cantik.

Tasik menjadi menjadi penarik utama pelancong ke sini. Anda boleh menaiki paddle boat dan bergambar kenangan. Waktu malam, tasik ini akan diterangi dengan cahaya lampu berwarna warni.

Disamping itu, anda berpeluang untuk mandi kolam bersama keluarga. Ia dibuka kepada orang awam dengan harga tiket yang berpatutan.

Aktiviti:

  • Paddle boat
  • Mandi kolam
  • Restoran

Lokasi: Google Maps

Mee Woo Resort & Spa Keningau

Biarpun baru sahaja beroperasi, Mee Woo Resort & Spa sudah menjadi salah satu tempat menarik di Keningau 2018. Banyak tarikan yang ada di Mee Woo dan semuanya bakal melengkapkan percutian anda.

Antaranya seperti resort yang selesa, kolam renang, spa, dan restoran. Yang menjadi tarikan sudah tentulah kolam renang. Menjadi tempat mandi di Keningau, Mee Woo menyediakan dua buah kolam renang iaitu untuk kanak-kanak dan untuk dewasa.

Kolam renang kanak-kanak mempunyai kedalaman air yang cetek dan gelongsong menarik.

Hubungi: 087-337 108

Lokasi: Google Maps

Martini Glamping Park

Glamping atau glamour + camping sudah menjadi trend masa kini. Kalau anda suka berkhemah dengan selesa, Martini Glamping Park adalah lokasi terbaik. Sesuai untuk keluarga, bercuti bersama rakan, mahupun honeymoon.

Apa yang best di sini adalah anda dibekalkan dengan khemah selesa, lengkap dengan katil bak hotel mewah. Anda boleh nikmati perkhemahan selesa dan lengkap dengan kemudahan dalam ketenangan alam semula jadi.

Aktiviti:

  • Hiking, memancing
  • Kolam renang
  • Mandi sungai, berkelah, BBQ

Harga: dari RM64 / pax

Ladang Datuk Yap Yun Fook, Keningau 

Juga dikenali sebagai Eco Yap Farm yang merupakan sebuah ladang penternakan lembu mesra alam Malaysia. Terletak di Bomboi, Eco Yup menternak lebih 5000 ekor lembu untuk menghasilkan susu segar.

Pasti anda pernah dengar akan Susu Segar Eco-Yap kan? Di sini anda boleh mempelajari bagaimana susu segar dihasilkan bermula dari perahan susu hinggalah proses pembotolan.

Selain itu pengunjung berpeluang melawat mini petting zoo yang menempatkan haiwan-haiwan lain seperti kambing, arnab, rusa, dan lain-lain.

Hubungi: 019-381 6827 untuk tempahan lawatan.

Lokasi: Google Maps

Kapayan Recreation Resouces

Suka akan aktiviti outdoor seperti berkhemah dan memancing? Nah, anda wajib ke Kapayan Recreation Resources (KKR) kerana ia merupaka lokasi terbaik dengan pemandangan bukit bukau yang mengagumkan.

Kemudahan yang lengkap, selesa dan anyak aktiviti best yang boleh anda laukan bersama keluarga atau rakan. Sekiranya anda dari Semenanjung dan tidak bawa alatan khemah, usah risau kerana KKR sediakan semua peralatan untuk keselesaan anda sepanjang menginap di sini.

Aktiviti:

  • Memancing, mandi anak sungai
  • Hiking, jungle trekking
  • Flying fox, berbasikal, paddle boat
  • Water rafting

Lokasi: Google Maps

Bukit Matanoi

Bukit Matanoi adalah lokasi popular untuk mereka yang gemar hiking dan jungle trekking. Ini kerana puncak bukit menawarkan pemandangan indah dan terdapat ‘sarang burung’ buatan yang menjadi spot bergambar pelancong.

Terdapat 3 laluan untuk ke puncak, dan setiap satunya menawarkan cabaran yang berbeza. Anda boleh pilih yang santai dan tidak berliku sekiranya tidak ada pengalaman hiking. Anda boleh singgah di Taman Arnab untk ambil gambar kenangan. Sebab view bukit-bukau di sini memang cantik.

Pemandangan puncak Bukit Matanoi cukup cantik terutama pada waktu matahari terbit dan terbenam.

Harga tiket: RM3 | Taman Arnab: RM4

Lokasi: Google Maps

Pasar Tamu Keningau

Tempat menarik di Keningau seterusnya adalah Pasar Tamu Keningau. Ia menjadi lokasi wajib ara pelancong untuk mendapatkan cenderamata, kraftangan, kudapan, dan kuih-muih tempatan.

Suasana pasar ini amat happening terutama waktu pagipada hujung minggu.

Waktu malam lain pula ceritanya, di mana tempat ini menjadi tempat lepak warga tempatan untuk bersantai sambil makan malam bersama keluarga dan rakan. Anda juga ditemai muzik yang dimainkan buskers di sini.

Lokasi: Google Maps
Bukit Kulanga

Terletak kira-kira 9km dari bandar Keningau, Bukit Kulangan juga lokasi best untuk kaki hiking. Perjalanan menuju ke puncak bukit tidak jauh dan tidak terlalu berliku kerana ada dua laluan yang disediakan.

Laluan A biasa digunakan oleh beginners dan mereka yang tidak mempunyai pengalaman hiking.

Apa yang best adalah terdapat pelantar di puncak bukit. Lebih selesa untuk berehat, menikmati pemandangan bukit bukau yang berkabus, dan mengambil gambar kenangan.

Harga tiket: RM5 seorang

Hubungi: 013-830 8968 (Kulanga Hills)

Lokasi: Google Maps

Crocker Range Park

Apa yang membuatkan Keningau menarik adalah kerana ia merupakan sebahagian daripada Banjaran Crocker. Keindahan flora dan fauna Crocker Range Park sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Untuk mereka yang cintakan alam sekitar, Crocker Range Park wajib dilawati. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah:

  • Melawat tapak bunga Raflesia
  • Jungle trekking
  • Memerhati burung
  • Berkhemah
  • Melawat zoo mini

Kemudahan sepert tandas, surau, gazebo, dan laluan pejalan kaki juga disediakan dan ia bersih dan dijaga dengan baik.

Harga tiket: Dewasa RM10 | 13 – 17 tahun RM5 | Kanak-kanak & warga emas PERCUMA

Hubungi: 088-523 500

Alamat: Google Maps

AIR TERJUN DI KENINGAU

Terdapat 3 buah air terjun di Keningau yang boleh anda jadikan sebagai tempat mandi manda. Kesemuanya memerlukan anda ‘masuk hutan’ dan jungle trekking. Mungkin tidak berapa sesuai untuk anak-anak. Tetapi jika anda ke sana bersama rakan-rakan ia bakal merakam memori indah.

  • Air Terjun Berkembar Keningau
  • Air Terjun Tinaaman
  • Air Terjun Mandanan
Tempat shopping di Keningau
  • Tamu Ground Keningau
  • Pasar Tamu Apin-Apin
  • Pasar Malam Keningau
  • Tamu Kraf Taman Bandukan
Tempat makan menarik di Keningau
  • Medan Cita Rasa
  • Keningau Burger Bakar
  • Restoran Rahmat
  • Uncle Pepper
  • Thai Steamboat
TEMPAT MENARIK DI TENOM
  • Pusat Kebudayaan Murut
  • Yong Farmstay
  • Muzium Antanom Tenom
  • Sabah Agricultural Park
  • Taman Pertanian Sabah

Itu di antara tempat menarik di Keningau yang boleh anda lawati. Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian di Keningau kelak.

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!