Tempat Menarik

Tempat Menarik di Sandakan

Keindahan flora dan fauna Sandakan, Sabah sudah tidak boleh dinafikan lagi. Saban tahun, daerah ini menerima kedatangan sejumlah pelancong hanya untuk menyaksikan keunikan pulau Borneo ini. Keunikkan alam semula jadinya sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah, kedudukan geografinya yang dekat dengan Indonesia dan Filipina juga mempengaruhi budaya masyarakat. Nak tahu antara tempat menarik di Sandakan? Teruskan membaca artikel ini.

Sandakan memang sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi percutian. Selain kaya dengan tarikan alam sekitar, ia turut menyimpan tinggalan sejarah sewaktu Perang Dunia Kedua.

#1 Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok ditubuhkan bertujuan untuk memelihara spesis orang utan yang hampir pupus. Di bawah seliaan kerajaan negeri Sabah, mereka membina sebuah tempat yang menyamai habitan asal orang utan.

Di sini, orang utan di jaga rapi, diberi makan secukupnya, dan menyediakan tempat untuk mereka bergayut. Dalam masa sama orang utan di beri kebebasan seperti tinggal di dalam hutan.

Tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong asing kerana spesis orang utan hanya boleh ditemui di rantau Asia Tenggara sahaja.

Ia dibuka kepada orang ramai. Pengunjung diberi pendedahan akan spesis, cara penjagaan, dan meningkatkan kesedaran supaya melindungi haiwan ini.

Selain itu pengunjung berpeluang memberi orang utan makan.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 12.00pm & 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.00am & 2.00pm – 4.00pm) | Waktu Orang Utan Diberi Makanan (10.00am – 3.00pm)

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan

#2 Pulau Selingan

Pulau Selingan adalah sebahagian daripada Taman Laut Penyu di mana menjadi lokasi pendaratan penyu. Tiga buah pulau yang menjadi tempat pendaratan penyu adalah Pulau Selingan, Pulau Gulisan, dan Pulau Bakungan Kecil.

Tetapi Pulau Selingan lah yang dibuka kepada orang ramai. Cara ke Pulau Selingan? Anda perlu menaiki boat dari jeti Taman-Taman Sabah.

Pengunjung tidak dibenarkan berada di kawasan pantai pada waktu senja kerana bimbang boleh mengganggu penyu.

Walau bagaimanapun anda boleh ke sana hanya dengan pengawasan pegawai yang bertugas.

Harga tiket: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20

#3 Agnes Newton Keith

Siapa sangka yang rumah dengan rekabentuk Melayu ini dimiliki oleh penulis Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith. Agnes tinggal di sini bersama suaminya Harry Keith bermula tahun 1930 lagi.

Kalau nak tahu, Agnes ialah penulis buku Land Below The Wind atau dalam Bahasa Melayu nya, “Negeri Di Bawah Bayu”.

Pengunjung boleh datang dan melihat sendiri senibina rumah, perabot, serta peralatan yang digunakan pada zaman kolonial.

Untuk lebih penghayatan, pengunjung dapat menyaksikan kemusnahan rumah ini akibat Perang Dunia Kedua.

Waktu operasi: 9am – 5pm

Harga tiket: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Percuma

Alamat: Agnes Keith House , Jalan Istana, 90709 Sandakan, Sabah.

#4 Sandakan Memorial Park

Taman Peringatan sandakan ini dibina untuk memperingati kira-kira 2,400 tentera Australia dan British yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua (WWII) menentang Jepun.

Terletak 11 km dari bandar Sandakan, taman ini merupakan bekas tapak penjara (WWII). Suasana taman ini sangat tenang  dan berlandskap indah. Sesuai sekai untuk memperingati jasa mereka yang berkorban nyawa.

Banyak item dan senjata yang digunakan sewaktu WWII. Dalam masa sama pengunjung dapat mengetahui selok belok sejarah peperangan Sabah.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba,, 90702 Sandakan, Sabah.

#5 Gomantong Caves Sandakan

Gua Gomantong juga merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang wajib anda lawati. Ia dalah gua batu kapur tertua di Sabah.

Ia terbahagi kepada dua iaitu Simud Hitam dan Simud Putih. Pelancong boleh melihat persekitaran gua Simud Putih kerana ianya luas dan laluan pejalan kaki disediakan.

Manakala Simud Putih pulamerupakan habitat burung layang-layang yang telah tinggal di sini sejak beratus tahun lamanya. Pelbagai spesis kelawr juga boleh dilihat di sini.

Jika anda bernasib baik, bolehlah lihat orang utan bergayut di atas pokok. Ini kerana kawasa hutan Gua Gomantong inilah habitat asal mereka.

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak Rm2

Alamat: Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan

#6 Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Monyet belanda juga merupakan salah satu spesis yang terpelihara selain orang utan. Spesis ini sangat unik kerana berwarna oren dan berhidung besar.

Terletak di Labuk, pengunjung perlu menaiki platforom untuk melihat orang belanda. Usah risau kerana ia tidak agresif.

Di sini, anda boleh lihat bagaimana mereka diberi makan dan bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain.

Jangan lupa untuk mengambil gambar, kerana spesis monyet ini memang tiada di tempat anda.

Harga tiket: Dewasa RM15 | Kanak kanak RM5

Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Yet Hing Oil Palm Estate, Off Jalan Labuk, Sandakan

#7 Pulau Berhala

Menariknya Pulau berhala ini adalah kerana dua buah bukit batu pasir bercantum antara satu sama lain. Bukan itu sahaja tanah ratanya berbentuk melengkung menjadikan pulau ini bertambah indah.

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim.

Bagaimana cara ke Pulau Berhala ini? Anda perlu menaiki bot dari Jeti Pasar Besar di Bandar Sandakan. Tambangnya murah sahaja cuma RM6 seorang.

Kalau nak mandi pantai di Sandakan dengan pemandangan yang unik, di sinilah tempatnya. Aktiviti pantai seperti berkelah juga sering dilakukan oleh pelancong.

Selain itu, Pulau Berhala juga menjadi  tempat hiking di Sandakan. Pengunjung boleh mendaki hingga ke puncak untuk melihat pemandangan indah. Terdapat rumah api dan sebuah hutan simpan yang terpelihara.

#8 Borneo Sun Bear Conservation Centre

Sudah kami jelaskan yang banyak tempat menarik di Sandakan ini. Borneo Sun Bear Conservation Centre merupakan tempat pemuliharaan beruang madu. Spesis ini sudah hampir pupu akibat pembalakkan dan pemburuan haram.

Jadi di pusat pemuliharaan ini, mereka melindungi serta memberi kesedaran kepada orang ramai yang keunikkan spesis ini.

Pelancong berpeluang melihat beruang-beruang ini bergayut dan makan di habitat mereka. Jangan risau, kerana lawatan anda berada di atas platorm dan ditemani pegawai yang bertugas.

Waktu operasi: 9am – 3.30pm

Harga tiket: Dewasa RM15 | Kanak kanak RM2 | Bawah 12 tahun Percuma

Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan

#9 Harbour Mall sandakan

Harbour Mall adalah salah satu tempat membeli belah di Sandakan. Banyak premis perniagaan dari pakaian, aksesori, gadget, dan restoran yang ada di sini. Tidak kurang juga tempat hiburan seperti panggung wayang LFS Cinema.

Waktu malam agak meriah dengan deretan kedai seperti coffee shop dibuka sepanjang jalan.

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: Sandakan Harbour Square, Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

#10 Pasar Umum Sandakan

Tempat shopping di sandakan yang seterusnya adalah Pasar Umum Sandakan. Sudah menjadi kewajiban jika bercuti di negeri orang kita mesti ingin membawa pulang kudapan.

Pasar Umum menjual pelbagai jenis barangan dari barang basah, runcit, pakaian, serta snek yang sering menjadi tarikan pelancong. Kalau anda nak rasa kudapan dan makanan tempatan Sabah, singgahlah ke Pasar Umum.

Alamat: Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan

#11 Sandakan Crocodile Farm

Sandakan Crocodile Farm dikelaskan sebagai salah satu tempat menarik di Sabah. Ia merupakan taman buaya terbesar di Malaysia dan menempatkan lebih kira kira 3,000 ekor haiwan reptilia termasuk buaya dari pelbagai spesis. Ada juga buaya yang berasal dari Sungai Kinabatangan.

Pengunjung berpeluang menyaksikan haiwan ini dengan lebih dekat. Lebih menarik terdapat beberapa pertunjukkan khas pada waktu tertentu.

Selain itu zoo mini juga menarik untuk dilawati. Sandakan Crocodile Farm memang antara destinasi percutian yang wajib singgah. Anak-anak pasti suka!

Harga tiket: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4

Waktu operasi: 8am – 5pm

Alamat: Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

#12 Pulau Lankayan

Ramai yang tidak tahu akan Pulau Lankayan. Ia sebahagian daripada Kawasan Perlindungan Marin yang mengamalkan konsep eko-pelancongan. Laut membiru dan pantainya yang memutih pasti dapat menceriakan percutian anda.

Pulau Lankayan juga mempunyai 23 unit chalet yang unik. Kalau nak ke tempat mandi manda di Sandakan, datanglah ke sini. Siapa menolak untuk melakukan aktiviti pantai seperti berkelah, memancing, dan snorkeling?

Tempat menarik di Sukau

  • Sukau Rainforest Lodge
  • Sukau Greenview Bed & Breakfast
  • Borneo Natural Sukau Bilit Resort
  • Kinabatangan Jungle Camp

Nah, 12 tempat menarik di Sandakan ini pastinya membuat jiwa anda bergetar untuk ke sana. Bukan sahaja indah bahkan banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Pastikan anda membuat perancangan awal sebelum bercuti ke Sandakan!

 

 

 

You might also like

One Reply to Tempat Menarik di Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!