Kebiasaannya jika bercuti di Kundasang, Ranau, ramai pelancong akan memilih untuk pergi bersama keluarga atau berkumpulan. Lebih seronok dan meriah. Lagipun, tarikan alam semula jadi daerah Ranau secara tidak langsung kaya dengan aktiviti menarik. Nak menginap di mana ya? Kami cadangkan anda menginap di Zen Garden Resort Kundasang!
Kenapa? Kerana Zen Garden bakal memenuhi segala yang anda mahukan untuk melengkapkan percutian di Kundasang.
Terletak kira-kira 2 km dari jalan utama Kinabalu-Ranau, Zen Garden di bina di lereng bukit yang dikelilingi taman yang menghijau. Ia juga berlatar belakangkan bukit bukau yang menenangkan jiwa.
Jika diperhatikan, resort ini mempunyai tema rumah tradisi Jepun. Sesuai sekali dengan namanya, βZenβ di mana resort iniΒ berlandskap indah dan menghijau. Ini sekaligus membangkitkan ketenangan jiwa.
Kita juga tahu, Kundasangan mempunyai suhu yang rendah. Pada waktu malam, suhu di kawasan Zen Garden boleh mencecah 20 hingga 16 darjah celcius. Sejuk bukan?
Jenis-jenis bilik
Sejak beroperasi 10 tahun lalu, Zen Garden kini mempunyai 6 buah chalet, 120 buah bilit, dan beberapa unit logde yang sedia untuk diinap.
Setiap bilik mempunyai:
- 1 Double Bed & 1 Single Bed
- Bathroom (shower sahaja)
- Meja solek
- Televisyen
- Meja makan
Setiap chalet yang sedia dengan dapur mempunyai kemudahan:
- Peralatan memasak
- Dapur gas
- Peti sejuk
Kemudahan lain yang ada di Zen garden adalah bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 300 orang. Asiliti ini bagus sangat berguna untuk sekolah, syarikat, atau mana-mana agensi yang ingin menjadikan tempat ini untuk kursus dan seminar.
Restoran
Selain itu sebuah restoran juga disediakan untuk tetamu. Restoran yang mampu memuatkan kira-kira 300 orang ini menyediakan pelbagai juadah masakan sama ada tempatan mahupun Western.
Suasana restoran ini juga terbuka. Cuba bayangkan jika anda dapat menjamu selera atau menghirup kopi sambil melihat pemandangan bukit bukau yang mendamaikan ini.
Jarak dengan tempat menarik
- Kinabalu Park – 15 minutes
- Poring Hot Spring – 45 minutes
- Mesilou Highland Strawberry Farm (Strawberry Garden Kundasang) – 25 minutes
- Rose Garden – 10 minutes
- Kundasang War Memorial – 10 minutes
- Bandar Kundasang – 10 minutes
Malangnya anda tidak boleh book bilik melalui laman tempahan.
Nombor telefon untuk booking: +6088 889 242 / +6088 889 252
Laman web: http://www.zengardenresort.com/
Alamat: KM2, Jalan Mohimboyon, Kundasang, Ranau
Banyak juga hotel dan homestay menarik di Kundasang. Maklumlah, ia merupakan kawasan ekopelancongan. Sudah tentu permintaan terhadap penginapan sangat tinggi.
Tetapi jika anda datang bersama keluarga, sudah tentulah anda mahukan penginapan yang luas umpama homestay. Kami kongsikan juga hotel lain untuk rujukan anda.
- Skyville Zen Resort β harga dari RM146
- Strawberry Rose Garden Resort Kundasang
- Fairy Garden Kundasang
- Pine Resort Kundasang RM250
- Perkasa Hotel Mount Kinabalu
Jika bercuti di Kota Kinabalu, kami kira Zen Garden Resort boleh memenuhi kehendak anda. Bukan sahaja lengkap selesa, tetapi ia menawarkan pemandangan yang menenangkan. Untuk mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk bandar, penginapan sebegini semestinya menjadi pilihan. Selamat bercuti!
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI
13 Tempat Menarik di Alor Gajah 2025 | BEST Untuk Keluarga!
12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI