Tarikan pelancongan Sabah khususnya di Ranau sangat berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Sabah dikurniakan dengan gugusan pulau indah, keindahan flora dan fauna, serta suhu yang sejuk. Negeri kedua terbesar di Malaysia ini memiliki destinasi percutian yang menarik untuk seisi keluarga. Salah satunya adalah Mesilou Highland Strawberry Farm yang terletak di bandar Kundasang, Ranau.
Disebabkan di Ranau adalah sekitar 25 darjah Celsius, maka kawasan ini sangat sesuai untuk penanaman buah strawberry. Jangan sangka Cameron Highlands sahaja yang ada strawberry, Kundasang juga ada tau.

Selain menikmati buah strawberry yang masam dan manis ini, bolehlah anda melihat pemandangan gunung ganang Kundasang. Ditambah pula dengan suhu yang dingin, lawatan ke Mesilou Highland Strawberry Farm.
Jom lihat apa yang menarik di strawberry farm Kundasang ini.
Cara ke Strawberry Farm Mesilou
Strawberry Farm Mesilou Cuma 15 km dari bandar Kundasang. Untuk ke sini anda perlu melalui jalan yang sama untuk ke Desa Cattle Dairy Farm.
Ia juga dikenali sebagai Mini Strawberry Farm Kundasang kerana kawasannya kecil sahaja. Pun begitu ia masih berbaloi untuk dikunjung. Malah, ia tidak pernah lekang dengan kunjungan pelancong yang ingin bersantai bersama keluarga.
Benih dari Jepun
Untuk pengetahuan, benih strawberry ini adalah dari Jepun. Ini membuatkan batang pokoknya nipis, manakala buahnya lebih manis berbanding benih lain.
Tarikan menarik ladang strawberry Kundasang
Petik buah strawberry – Ladang buah yang beriklim sejuk ini ditanam dengan rapi membuatkan pengunjung senaang memetiknya. Anda boleh memilih dan memetik buah sendiri untuk dibawa pulang. Harga strawberry mengikut jumlah timbangan.
- Cafe – Terdapat sebuah cafe yang menjual pencuci mulut yang berasaskan buah strawberry. Ia menggunakan buah berkualiti yang ditanam di ladang ini.
- Kedai cenderamata – Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan cenderamata Kundasang, snek berasaskan strawberry di kedai yang disediakan.
- Strawberry and Rose Garden Kundasang – Selain ladang strawberry, terdapat juga sebuah taman bunga ros di dalam kawasan yang sama. Pengunjung boleh melihat bunga mekar lagi wangi dan kepelbagaian spesis ros.

Bagi pencinta bunga atau gemar berkebun, anda diberi peluang untuk mempelajari cara penanaman dan penjagaan ros dengan betul.
Bunga ros bukan satu satunya bunga yang anda boleh temui di sini. Pengunjung juga berpeluang melihat pokok lili, kaktu, matahari, dan banyak lagi. Apa yang pasti ia lebih mekar dan segar berbanding ditempat lain.

Waktu operasi: 8am – 5pm
Harga tiket masuk: 12 tahun ke atas RM2 | 12 tahun ke bawah RM1
Facebook: https://www.facebook.com/SabahStrawberry/?ref=br_tf
Alamat: Jln Kg Mesilou 89803 Ranau Sabah.
Melawat Strawberry Farm Mesilou pastinya membuatkan percutian anda di Kundasang lebih bermakna. Mana tidaknya, pemandangan bukit bukau dan suhu sejuk sangat menenangkan jiwa. Pastikan anda merakam gambar kenangan di saat bercuti di sini.
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI
13 Tempat Menarik di Alor Gajah 2025 | BEST Untuk Keluarga!
12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI