Antara faktor utama Kota Kinabalu, Sabah menjadi salah satu destinasi percutian di Malaysia adalah kerana bandar ini mengumpul banyak tempat menarik. Kota Kinabalu mempunyai banyak tarikan alam semula jadi yang menghijau, tempat bersejarah, dan pusat pemuliharaan haiwan. Selain itu pulau di Kota Kinabalu cukup indah sehingga sukar untuk kami gambarkan dengan kata-kata.
Anda tidak perlu terbang ke luar negara untuk menikmati percutian di pulau indah. Malaysia sendiri memiliki gugusan pulau yang mempersonakan. Jika anda ke Kota Kinabalu, bolehlah bercuti di beberapa pulau yang ada di sekitarnya.
Untuk itu, dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai pulau yang ada di Kota Kinabalu yang boleh anda jadikan sebagai lokasi percutian. Di samping itu kami sertakan bagaimana cara untuk ke sana, kadar tambang bot, dan aktiviti yang boleh dilakukan.
#1 Pulau Dinawan
Pulau Dinawan merupakan sebuah private island yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kota Kinabalu. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Dinawan Kecil yang mempunyai sebuah lagun dan resort Sunset Bay Chalet. Manakala Dinawan Besar hanyalah sebuah hutan yang terperlihara, tetapi anda masih boleh mandi di tepi pantainya.
Oleh kerana pemilik pulau ini ingin menjaga kebersihan, had pelancong cuma 15 orang sehari.
Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti berkayak, snorkeling, skuba diving, dan melihat matahari terbenam.
Pengunjung dibenarkan memancing tetapi anda perlu melepaskan semula ikanke laut.
Untuk ke Pulau Dinawan, anda perlu menaiki bot selama 15 minit dari jeti Sungai Kinarut.
#2 Pulau Tiga
Pulau Tiga Terbentuk pada 1897 hasil daripada gempa bumi di Mindanau akibat daripada letusan gunung berapi. Anda boleh meneroka pulau ini sambil berkayak, mandi pantai, snorkeling dan lain-lain.
Terdapat dua buah resort iaitu Pulau Tiga Resort dan Gaya Island Resort yang boleh anda pilih untuk menginap.
Oh ya, kalau nak tahu Pulau Tiga pernah menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti terkenal, Survivor pada tahun 2000. Sejak dari itulah pulau ini menjadi tumpuan pelancong asing.
Selain itu, terdapat sebuah kawasan di mana anda boleh mandi lumpur dari gunung berapi. Khabarnya mud volcano ini boleh merawat dan mencantikkan kulit. Maka ramailah yang berendam lumpur di sini.
Hati-hati dengan kehadiran ular di pulau ini, khabarnya Pulau Tiga didiami spesis ular yang berbisa!
Taman Marin Tunku Abdul Rahman
Untuk pengetahuan, terdapat 5 buah pulau yang membentuk menjadi Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Taman ini dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan supaya keindahan dan kebersihan pulau ini terpelihara. Oleh kerana itulah kelima-lima pulau ini kekal indah walaupun menerima sejumlah pelancong saban tahun.
- Pulau Mamutik
- Pulau Sulug
- Pulau Sapi
- Pulau Manukan
- Pulau Gaya
#3 Pulau Sapi
Tempat percutian jenis pulau yang paling terkenal di Kota Kinabalu adalah Pulau Sapi. Jaraknya cuma 7 km dari jetti Jesselton Point. Agak crowded pada hujung minggu dan musim cuti sekolah kerana masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti di sini.
Pesisir pantainya cantik dan airnya biru. Sesuai untuk aktiviti mandi manda. Selain itu banyak lagi aktiviti best yang boleh anda lakukan di Pulau Sapi seperti:
- Hiking
- Snorkeling
- Scuba diving
- Flying fox
- Berkayak
- Parasailing
- Sea walking
Untuk yang mahukan pengalaman berbeza, kami cadangkan anda melakukan flying fox atau zipline. Kerana anda bakal merasai pengalaman menaikki flying fox dari pulau ke pulau!
#4 Pulau Manukan
Berbeza dengan Pulau Sapi, Pulau Manukan menyediakan pelbagai kemudahan yang bakal melengkapkan percutian anda seperti wujudnya resort menarik.
Bukan itu sahaja, pulau ini turut mempunyai sebuah padang bola sepak untuk anda habiskan masa bersama rakan. Pantai yang berkepanjangan 1500 meter ini membolehkan anda melakukan banyak aktiviti.
Aktiviti di Pulau Manukan
- Mandi pantai
- Snorkeling
- Berkayak
- Scuba diving
- Menaiki banana boat
- Menaiki jet ski
Kalau anda mencari pakej Pulau Manukan 2018, anda boleh lihat pakej yang diiklankan di jeti Jesselton Point. Banyak yang murah dan bakal membawa anda ke sana.
Anda boleh rujuk Pulau Manukan review yang telah ditulis oleh ramai blogger yang pernah ke sana.
#5 Pulau Gaya
Keindahan Pulau Gaya juga tidak kurang hebatnya. Di sini bukan sahaja anda boleh melakukan aktiviti pantai yang menyeronokkan. Pulau yang terbesar dalam Taman Tunku Abdul Rahman ini mempunyai laluan hiking sepanjang 20 kilometer.
Terdapat dua buah resort menarik di Pulau Gaya yang boleh anda inap iaitu Gayana Eco Resort dan Bunga Raya Island Resort.
Kawasan pantainya yang landai sesuai sekali untuk bermandi manda. Malah aktivit snorkeling juga turut menjadi pilihan pelancong dek kerana airnya yang jernih. Dapat melihat hidupan laut seperti batu karang dan ikan berwarna warni pasti menyeronokkan.
Aktiviti di Pulau Gaya Sabah sama sahaja dengan pulau pulau lain.
Kalau anda nak percutian santai dan nyaman, kami sarankan anda ke Kota Kinabalu. Selain dapat melihat budaya dan keindahan alam, anda sekeluarga turut berpeluang untuk ke pulau di Kota Kinabalu yang menenangkan jiwa. Pakej island hopping Sabah 2018 memang banyak. Kebanyakkan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan ini.