Tempat Menarik

Kinabalu Pine Resort Review

Salah satu tujuan melancong ke Sabah adalah untuk melihat alam semula jadi ciptaan Tuhan yang indah. Keindahan luar biasan negeri ini khususnya di Kundasang sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak tempat menarik di Kundasang yang wajib berbaloi anda kunjung. Untuk melengkapkan percutian, haruslah menginap di resort menarik. Oleh itu kami cadangkan Kinabalu Pine Resort.

Terletak di Pekan Kundasang, resort ini menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan. Ini kerana Gunung Kinabalu menjadi latar belakang Kinabalu Pine Resort. Anda pasti akan terpukau dengan pemandangan indah. Bahkan, cuacanya sejuk dan berkabus terutamanya pada waktu pagi.

Ciri ini sukar ditemui pada tempat penginapan lain.

Selain menikmati panorama memukau, resort ini memberikan penginapan selesa dan mesra keluarga kepada tetamu.

Jenis bilik

Ia memiliki lapan jenis bilik dan tetamu boleh memilihnya mengikut bajet dan kapasiti.

  • Standard Twin Room
  • Standard Double Room
  • Standard Twin Room with Mountain View
  • King Room with Mountain View
  • Deluxe Double Room
  • Deluxe Twin Room
  • King Room with Mountain View
  • Double Room with Mountain View

Jikan anda mahu menyaksikan pemandangan gunung dari bilik, pilih sahaja bilik yang mempunyai Mountain View. Cuba bayangkan jika pagi anda diserikan dengan panorama Gunung Kinabalu.

Tidak cukup dengan itu, Kinabalu Pine Resort ini di bina di atas bukit, jadi kedudukan kabin atau bilik ini bertingkat. Salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh tetamu adalah berjalan dan meninjau kawasan. Landskapnya menarik seperti berada di dalam taman.

Kemudahan

Dari segi kemudahan, setiap bilik dilengkapi fasiliti seperti televisyen dengan saluran tv satellite, meja tulis, dan pembancuh kopi. Dalam bilik air pula lengkap dengan pengering rambut, toiletries, bidet, dan pancuran air.

Jika memilih bilik dengan Mountain View, balkoni disediakan untuk membolehkan anda berehat minum kopi sambil menyaksikan pemandangan gunung.

Kebebasan juga diberikan untuk tetamu seperti kemudahan taman, hiking, taman permainan, dan peralatan BBQ. Ini adalah supaya mereka dapat menikmati percutian menyeronokkan.

Restoran

Malas nak keluar makan di kedai? Jangan risau kerana sarapan pagi disediakan secara percuma. Selain itu Kinabalu Pine Resort turut memiliki restoran yang menyediakan hidangan tempatan dan Western.

Untuk pelanggan bukan Islam, sebuah bar turt disediakan.

Dinilai baik oleh pelanggan

Untuk pengetahuan resort ini merupakan salah satu resort yang digemari pelancong. Dek kerana view yang menarik serta selesa, Kinabalu Pine Resort dinilai baik oleh pelanggan yang pernah menginap di sini.

Menurut laman Booking.com, resort ini mendapat markah 8.4/10. Cukup tinggi bukan?

Atikah dari Brunei berkata:

The breakfast was amazing. The servings were good with free flow drinks. I had dinner at the restaurant after check in at 9pm. The staff is very friendly, I was at the reception counter asking 10 over questions to which the staff took time and patience to answer my queries. They had minivans which can be arranged for short trips around the resort.

To my surprise, it is a complimentary ride, grateful! The resort is breezy, chilly and balcony for every single room.  The sunrise is amazing at 6AM plus. Brown rabbits and fish pond can be found in the resort.

Fiona dari Singapura berkata:

Te environment is best. A full view of Mount Kinabalu and the landscape around this resort is superb.

Jarak dengan tempat menarik :

  • Desa Cattle Dairy Farm – 15 minit
  • Mini Strawberry Farm Mesilou – 16 minit
  • Jambatan Gantung Tamparuli – 1 jam 13 minit
  • Upside Down House Sabah – 1 jam 13 minit
  • Kundasang War Memorial – 12 minit
  • The B.E Wonderland – 37 minit

Harga Kinabalu Pine Resort

Anda boleh membuat tempahan untuk menginap di Kinabalu Pine Resort di Trivago, Agoda, Booking, dan Traveloka pada harga sekitar RM250.

Harga yang kami kira cukup berpatutan dan setanding dengan fasiliti dan keselesaannya.

Nombor telefon: 088-889 388

Alamat: Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Hotel di Kundasang yang berdekatan:

  • Celyn Resort Kundasang
  • Dream World Resort Kundasang
  • Perkasa Hotel Kundasang

Dah plan percutian di Sabah? Pastikan anda memilih penginapan menarik seperti Kinabalu Pine Resort ini untuk melengkapkan percutian anda bersama yang tersayang!

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!