Langkawi

Aktiviti Di Langkawi Yang Best

Disebabkan Langkawi ini penuh dengan tarikan pelancongan. Tempat menarik di Langkawi merangkumi pantai, pusat membeli-belah bebas cukai, tempat bersejarah, gugusan pulau, dan lokasi yang menawarkan keindahan alam. Banyak bukan? Itulah keistimewaan Pulau Langkawi. Lokasi-lokasi best ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk anda lakukan pada hujung minggu. Nak tahu apakan aktiviti di Langkawi untuk anda dan keluarga? Teruskan membaca artikel ini.

#1 Menaiki kereta kabel

Salah satu tarikan yang tidak harus dilepaskan adalah kereta kabel atau SkyCab Langkawi di Gunung Mat Chincang. Untuk menaiki kereta kabel ini, anda perlu ke Oriental Village yang hanya kira-kira 27 minit sahaja dari bandar Kuah.

SkyCab ini mempunyai TIGA hentian menarik iaitu Base Station, Middle Station, dan Top Station.

SkyBridge

Aras Top Station lah yang paling dinanti-nantikan kerana setibanya di puncak gunung, anda bakal melalui SkyBridge, iaitu salah satu tempat menarik di Langkawi 2019.

Apa yang membuatkan ia terkenal kerana jambatan ini melengkung danhanya berpaut pada tiga tali. Senibinanya sangat mengagumkan, tambahan pula pemandangan dari atas jambatan indah.

Terdapat satu kawasan menarik yang menjadi tarikan orang ramai iaitu lantai kaca lutsinar. Berdiri di atas lantai kaca ini membuatkan anda seolah terapung.

Harga tiket cable car Langkawi 2019

NORMAL COMBO: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM40 | Kanak-kanak RM30

EXPRESS LANE COMBO: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM90 | Kanak-kanak RM80

GLASS BOTTOM GONDOLA: Kereta Kabel Tapak Kaca + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

Dewasa RM105 | Kanak-kanak RM105

PRIVATE GONDOLA: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

RM550 (untuk 6 orang)

VIP GONDOLA: Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

RM550 (untuk 6 orang)

Anda boleh rujuk http://www.panoramalangkawi.com/buy-ticket/ untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket.

#2 Island Hopping

Seperti yang kita semua tahu, terdapat banyak gugusan pulau di sekitar Langkawi. ‘Island hopping’ atau melawat ke pulau-pulau kecil ini adalah salah satu aktiviti menarik di Langkawi yang sering dilakukan pelancong.

Antara pulau-pulau dan aktiviti menarik adalah:

Pulau Dayang Bunting – Mandi-manda tasik, berkayak, menikmati keindahan bukit yang menghijau.

Pulau Beras Basah – Sebuah pulau kecil yang menawarkan kejernihan air dan pasir yang memutih. Tempat terbaik untuk bergambar.

Pulau Singa Besar – Habitat kepada pelbagai hidupan liar. Jangan khuatir kerana anda tidak akan menjejakkan kaki ke pulau ini. Sebaliknya mengelilinginya untuk aktiviti beri makan helang, dan mengambil gambar haiwan dari atas bot. Jika ada teropong lebih baik.

Macam mana nak dapatkan khidmat island hopping ini? Tak susah, kerana banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini di Jeti Kuah. Banyak pakej menarik hadir dengan harga yang berpatutan.

#3 Membeli belah

Nah, selain tarikan flora dan fauna, Langkawi juga terkenal sebagai lokasi membeli belah bebas cukai. Pelancong mengambil peluang memborng pelbagai jenis barangan pada harga murah.

Yang paling popular sudah tentulah coklat pelbagai jenama, pinggan mangkuk, beg luggage, dan barangan kulit.

Kat mana tempat shopping di Langkawi? Nah, kami senaraikan beberapa pusat membeli-belah yang boleh anda terjah:

  • Kompleks HiG Duty Free Mall (HIG)
  • Idaman Suri
  • Langkawi Saga Shopping Centre
  • Coco Valley
  • The Zon Duty Free Zone
  • Rams Home Decor
  • Gedung Bayu Batik

#4 Aktiviti di Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan salah satu destinasi percutian utama di pulau permata negeri Kedah ini. Keindahan Pantai Cenang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Walaupun air lautnya tidak sejernih di Pulau Perhentian, panorama sekitar pantai ini sangat memukau.

Dari pesisir pantai anda dapat lihat beberapa buah pulau lain. Pantainya juga melengkung, ini menambahkan lagi keajaiban Cenang. Bukan itu sahaja, banyak aktiviti pantai yang boleh anda lakukan seperti:

  • Mandi manda
  • Parasailing
  • Menaiki ATV
  • Berkelah
  • Bermain layang-layang
  • Banana boat
  • Bersantai dan menjamu selera di restoran sekitar

#5 Jalan-Jalan di Telaga Walk Cenang

Suasana Telaga Walk Cenang tidak pernah sunyi. Kawasan ini cukup happening terutamanya pada waktu malam. Kawasan ini akan bermandikan cahaya lampu berwarna warni. Di tengah-tengah tempat lapang terdapat  permainan keretapi dan kereta Volkswagen yang dipasang dengan cahaya lampu.

Selain itu jangan lepaskan peluang untuk ke bazar larut malam atau ‘uptown’ di sini. Telaga Walk Cenang adalah tempat menarik di Langkawi pada waktu malam

Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

#6 Bergambar di Muzium 3D

3D Art Of Paradise, sebuah tempat yang tidak asing lagi di kalangan pelancong. Siapa tidak suka bergambar bermacam gaya dengan berlatar belakangkan lukisan unik. Muzium 3D Langkawi ini bukan calang-calang kerana ia bertaraf dunia dan yang kedua terbesar di dunia.

Ratusan mural yang mempunyai kesan optik ilusi. Di mana lukisan ini akan tampak realistik jika dilihat dari sudut tertentu.

Ia terbahagi kepada 9 zon iaitu:

  • Akuarium
  • Safari
  • Interaktif 1
  • Interakti 2
  • Fantasi
  • Klasik
  • Mesir
  • Istana lama
  • Panorama/pemandangan
  • Malaysia

Harga tiket Muzium 3D Langkawi 2019

  • Dewasa: RM30
  • Kanak-kanak RM20

Waktu operasi muzium 3D Langkawi: 9 am – 6 pm

Alamat: Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi Kedah

#7 Salt Water Jacuzzi Net

Perkhidmatan yang disediakan oleh Tropical Charters’ Langkawi Sunset Cruise ini cukup unik. Anda akan bersantai di atas jaring sambil di tarik oleh cruise secara perlahan.

Gambar: Twitter @neyrashazeyra

Cukup seronok jika dapat berendam di dalam kehangatan air Laut Andaman. Tak pandai berenang? Jangan risau, anda akan disediakan jaket keselamatan.

Alamat: 5, Sunmall Complex, Jalan Telok Baru, Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

#8 Nasi Dagang Pak Malau

Restoran nasi dagang ini berbeza dengan tempat yang pernah anda cuba sebelum ini. Ini kerana Nasi Dagang Pak Malau menawarkan suasana 100% kampung. Senibinanya unik malah, terletak di tepi bendang. Sebab itulah ia merupakan tempat makan menarik di Langkawi.

Bukan itu sahaja, menu nasi dagangnya juga adalah asli dari Terengganu. Anda dapat rasakan keenakkan gulai ikan tongkol, sambal, dan kelembutan nasinya.

Lebih enak jika dapat menjamu selera bertemankan sawah padi yang menghijau.

Waktu operasi: 8 am – 2 pm Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Hotel menarik di Langkawi

Cenang View Hotel

Sudah bercerita tentang aktiviti best di Langkawi, apa kata kami cadangkan soal penginapa pula. Kami cadangkan anda menginap di Cenang View Hotel.

Merupakan penginapan terbaik untuk yang mempunyai bajet sederhana. Dengan harga serendah RM100 anda boleh menginap di bilik selesa dan bersih.

Anda cuma perlu berjalan beberapa minit sahaja untuk ke tepi pantai.

Apa yang best di hotel ini adalah kolam infinity yang terletak di atas bumbung bangunan. Selain menyegarkan badan di dalam kolam, tetamu juga dapat menyaksikan pemandangan pantai dan gugusan pulau.

Kemudahan: wifi, kolam renang, restoran,

Harga: RM140 – TEMPAH DI SINI

Alamat: 66, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000

Nah, kami dah senaraikan beberapa aktiviti di Langkawi yang boleh anda lakukan bersama keluarga dan rakan. Dengan adanya aktiviti best seperti di atas, pengalaman bercuti di Langkawi akan lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!