Langkawi

Tempat Makan Best di Langkawi

Langkawi merupakan destinasi percutian popular di Malaysia. Permata negeri Kedah ini memang lokasi terbaik untuk dijadikan tempat bercuti. Ini kerana Langkawi lengkap dengan pelbagai jenis tarikan. Keindahan pantai, panorama, tempat rekreasi, dan lokas membeli belah bebas cukai. Bagaimana pula dengan tempat makan? Kalau anda ke sini, elakkan makan makanan ringan sebab banyak tempat makan best di Langkawi yang boleh anda singgah.

Untuk itu kami akan kongsi antara tempat sarapan, makan tengah hari, dan makan malam sedap di Langkawi. Bercuti di Langkawi jangan hanya melawat tempat menarik sahaja. Rasai juga keenakkan makanan tempatan.

#1 Restoran Kak Yan Nasi Campur

Hidangan masakan kampung sebagai santapan tengah hari memang menyelerakan. Lokasi terbaik untuk menikmatinya di Langkawi adalah di Restoran Kak Yan Nasi Campur Kampung Padang Gaong.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk campur seperti gulai, masak lemak, asam pedas, ikan bakar, ayam berempah, telur masin, dan ulam-ulaman.

Selain daripada keenakkan lauk pauk, faktor lain yang mendorong kehadiran pelanggan adalah kerana tempatnya terbuka dan ruang tempat letak kereta yang luas.

Tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan, kalau anda bercadang untuk ke sini sila datang awal. Takut nanti kehabisan lauk dan tidak sempat mendapatkan meja.

Waktu operasi: 8 am – 4 pm

Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

#2 Laksa Power Airport

Juga dikenali dengan gelaran “Laksa Power Tepi Airport” kerana lokasinya betul-betul disebelah Lapangan Terbang Langkawi. Walaupun banyak gerai makan dikawasan itu, Laksa Power lah yang paling menonjol kerana menyajikan laksa penang sedap!

Kuah laksanya pekat, masam manis, dan tidak terlalu pedas. Hidangan ini juga hadir bersama dengan sebiji telur rebus, salad, dan nenas yang banyak.

Selain laksa penang, Rojak Mahsuri juga turut menjadi pilihan pelanggan. Lauk pauknya banyak dan dilimpahi kuah kacang yang menyelerakan. Memang puas hati. Dalam pada itu, order juga char kueh tiaw, somtam seafood, rojak buah, cendol pulut, dan mee udang.

Waktu petang adalah masa terbaik untuk ke sini. Sambil menikmati laksa penang, menghirup udara pantai dan melihat matahari terbenam juga sangat mengasyikkan.

Waktu operasi: 9 am – 8 pm

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah

#3 Uncle Jai Cafe

Uncle Jai Cafe juga agak popular dikalangan penduduk Langkawi. Cafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan, Western, Thai, serta seafood yang enak.

Menu yang menjadi pilihan rama adalah set bubur nasi, sayur kangkung, serta telur masin yang dihidangkan di dalam dulang. Yang ini wajib cuba!

Jika anda penggemar masakan Western, banyak pilihan hidangan yang Uncle Jai Cafe sediakan. Kesemua bahan mentah seperti daging lembu, kambing, dan ayam adalah segar dan berkualiti. Portionnya juga agak besar. Memang berbaloi.

Salah satu sebab mengapa cafe ini popular adalah kerana persekitarannya yang kondusif. Ini membuatkan pelanggan selesa ketika menjamu selera.

Waktu operasi: 5 pm – 11.45 pm

Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

#4 Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau adalah lokasi sarapan pagi Langkawi yang cukup terkenal. Restoran ini menyajikan nasi dagang asli dari Terengganu. Gulai ikan tongkolnya sungguh menyelerakan, ditambah dengan gulai ayam, kerutub daging, serta acar timun yang memikat.

Sesiapa sahaja yang merasi nasi dagang di sini pasti berpuas hati dengan keenakkannya.

Bukan itu sahaja, Nasi Dagang Pak Malau ini sangat istimewa berbanding restoran lain. Ini kerana ia terletak di tepi sawah padi. Menikmati nasi dagang di tepi sawah bertemankan angin segar, dapat membangkitkan suasana kampung.

Waktu operasi: 8 am – 2 pm

Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

#5 Laksa Ikan Sekoq

Tempat makan best di Langkawi yang seterusnya adalah Laksa Ikan Sekoq. Juga terletak di tepi airport seperti Laksa Power. Apa yang membezakan laksa di sini adalah kerana hidangan laksa ditampah dengan seekor ikan rebus di atasnya.

Memang puas hati kalau dapat lauk banyak macam ini bukan? Kuah laksanya juga tidak mengecewakan. Pekat dan secukup rasa.

Gerai ini berniaga berkonsepkan ‘food truck’ tetapi menyediakan kerusi dan meja di bawah khemah untuk keselesaan pelanggan. Lokasinya juga terletak di tepi pantai menambahkan lagi keasyikan ketika menikmati laksa penang ini.

Selain ikan anda juga boleh memesan sotong setoq. Menu lain seperti char kueh tiaw, bihun sup teruna, rojak madu, pasembur, fish ball, nugget, dan cucur turut dijual di sini.

Waktu operasi: 12 pm – 7 pm

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah

#6 Telaga Arabic Restaurant

Telaga Arabic Restaurant merupakan salah sebuah kedai makan di Pantai Cenang Langkawi yang tidak asing lagi di kalangan pelancong. Terletak betul-betul di tepi pantai, Telaga Arabic menyediakan pelbagai hidangan dari Timur Tengah.

Siapa tidak suka akan masakan Arab bukan? Hidangan seperti tandoori, nasi Arab, shawarma, kebab, shish taouk, roti, dan banyak lagi. Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh memilih hummus, baba ganouj dan mutabel.

Hiasannya juga menarik. Pemilihan perabut, replika pokok yang biasa kita lihat di padang pasir, serta alunan muzik unik, membuatkan anda seolah berada di negara Arab.

Waktu operasi: 12 pm – 11.45 pm

Alamat: Telaga Seafood & Telaga Arabic Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

#7 Nest Rooftop Cafe

Untuk pasangan yang ingin mencari tempat makan romantik di Langkawi, kami cadangkan anda Nest Rooftop Cafe yang juga terletak di Pantai Cenang.

Cafe ini menawarkan pelbagai jenis sajian enak untuk anda seperti masakan tempatan, Western, Thai, atau Italian.

Apa yang membuatkan cafe ini romatis adalah kerana ia terletak di atas bumbung bangunan. Sambil menikmati makanan enak, anda juga boleh menjamu mata dengan menyaksikan pemandangan Pantai Cenang, dan Laut Andaman.

Suasana pada waktu matahari terbenam memang sangat mengagumkan dan romantis.

Dekorasi cafe juga menarik. Ia mempunyai sentuhan moden dan warna yang ceria. Nest Rooftop juga adalah tempat menarik di Langkawi pada waktu malam.

Waktu operasi: 8am – 12 pm / 5 pm – 11 pm

Alamat: 1659, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

#8 Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam

Makanan sedap di Langkawi yang seterusnya adalah nasi ayam di Restoran Pak Hj Ya. Nasi ayam memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Nasi yang lembut, sup ayam ringkas, cili dan kicap istimewa, serta ayam panggang/goreng yang memikat.

Nasi ayam di sini agak special. Ayamnya disalut dengan telur sebelum digoreng. Ini membuatkan kulit ayam lebih rangup dan membangkitkan rasa lain dari yang lain. Kicap dan kubis pula ditaburkan terus di atas ayam sebagai pelangkap kepada hidangan enak ini.

Rugi kalau tak cuba. Jangan kita tengok ayam disalut dengan telur terlebih dahulu.

Waktu operasi:  9 am – 6pm | tutup pada Jumaat

Alamat: 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah

Jangan lupa singga ke tempat makan best di Langkawi yang kami senaraikan di atas. Kami yakin, menjamu selera di salah satu lokasi akan membuatkan percutian anda lebih bermakna.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!