Vistana Hotel Kuala Lumpur Titiwangsa merupakan salah satu hotel terkemuka di kota metropolitan ini. Sama ada untuk tujuan bisnes, bercuti bersama keluarga, mahupun berbulan madu, Vistana Hotel mampu memenuhi kehendak anda.
Namanya memang gah, tetapi tahukan anda harga bilik Vistana Hotel adalah bawah RM200. Untuk hotel 4 bintang, kami kelaskannya sebagai hotel yang mampu inap. Bilik-biliknya selesa, dan menjadi tempat penginapan sesuai untuk anda yang ingin merehatkan fikiran.
Untuk pengetahuan, hotel rangkaian cawangan Kuala Lumpur ini baru sahaja diberi nafas baharu. Dekorasi dan hiasan dalamannya diubah menjadi lebih moden dan elegan.
Berikutan pengubahsuaian ini, setiap semua kategori bilik kini lebih elegan dan anggun. Dengan pemilihan perabot yang mewah serta tona warna bumi, ia akan sekaligus menyuntik rasa tenang kepada tetamu.
Renovasi ini boleh dilihat dari lobby hotel lagi. Anda disambut dengan hiasan mewah dengan limpahan cahaya lampu yang terang benderang.
Vistana Hotel Kuala Lumpur menawarkan dua jenis bilik hotel iaitu Executive Deluxe Room dan Club Level
Executive Deluxe Room
Memiliki hiasan mewah dan stylish. Direka supaya tetamu boleh berehat dengan maksimum, penuh dengan kemudahan asas. Dua elemen penting ini pastinya dapat memenuhi permintaan tetamu perniagaan dan percutian bersama yang tersayang.
Untuk bilik Executive Deluxe Room ini, tetami diberi pilihan sama ada bilik yang memunyai katil bersaiz Queen atau King. Setiap bilik mempunyai kemudahan:
Club Suite
Untuk bilik jenis Club Suite, Bilik mandi untuk unit deluxe diperkemaskan dengan ruang lebih besar, dipasang lekapan bilik empat elemen terdiri daripada pancuran mandian, pancuran air hujan dan tab mandi bersaiz mega.
Malah ia tersedia dengan ruang tamu yang luas supaya tetamu boleh bersantai dengan lebih selesa.
Sama ada untuk santapan waktu pagi, makan tengah hari, minum petang, mahupun makan malam, restoran Vistana Hotel ini sedia menghidangkan makan yang lazat.
Setiap tetamu disediakan breakfast percuma, dan anda boleh menikmati hidangan buffet yang menyelerakan.
Selain itu, restoran ini juga menyajikan masakan tempatan, Western, ala Thai, dan Chinese.
Bersebelahan dengan restoran, penggemar-penggemar kopi berpeluang minukmati kopi segar yang dibrew di Barista. Cuba bayangkan jika dapat menghirup kopi panas atau sejuk di dalam suasana hotel yang cantik ini. Pastinya dapat memulakan hari dengan lebih bertenaga.
Kemudahan-kemudahan lain gimnasium yang lengkap terkini, ballroom untuk event seperti wedding, dan kolam renang. Bercakap soal kolam renang, Vistana Hotel menyediakan dua buah kolam renang di pada aras tengah.
Dua buah kolam renang ini termasuk kolam untuk kanak kanak yang mempunyai kedalaman yang cetek.
Kawasannya terurus supaya tetamu boleh bersantai pada masa sama dapat menyaksikan pemandangan Kuala Lumpur dari padangan atas. Kalau nak lebih cantik, lihat pada waktu matahari terbenam.
Salah satu sebab mengapa anda perlu menginap di Vistana Hotel adalah kerana lokasinya yang dekat dengan tempat menarik di Kuala Lumpur. Antaranya:
Alamat: 9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Laman web: http://www.vistanahotels.com/kualalumpur/
Oleh kerana ia merupakan hotel rangkaian, anda juga boleh menginap di beberapa cawangan di negeri lain. Seperti Vistana Kuantan dan Vistana Penang.
Hotel lain yang berdekatan
Kami kira Vistana Hotel Kuala Lumpur adalah antara penginapan terbaik yang boleh anda pilih. Harganya juga berpatutan kerana masih di bawah RM200. Berbaloi dnegan kemudahan yang disediakan serta dekat dengan tarikan pelancong di KL.