Tahukah anda, Impiana Hotel merupakan antara rangkain hotel terbesar di Asia Tenggara? Ada 8 buah cawangan di 4 negara, Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia.
Kalau ada bajet lebih sekiranya berkunjung ke Kuala Lumpur, kami cadangkan anda menginap di Impiana KLCC Hotel. 4 Star hotel ini berada betul betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dengan 5 minit perjalanan untuk Pavillion Shopping Mall, hanya 150 meter ke Kuala Lumpur Convention Center dan 400 meter dari Menara Berkembar Petronas.
Kalau anda memang mementingkan keselesaan dan servis hotel pada tahap yang terbaik, kami cadangkan anda untuk cuba menginap di Impiana Hotel KLCC.
Impiana KLCC Hotel menawarkan penginapan mewah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kalau nak dikongsikan dari segi kemudahan, semuanya serba lengkap demi menjanjikan keselesaan buat pelanggan.
Setiap bilik di Impiana KLCC Hotel menawarkan 24 jam room service, dan surat khabar percuma. Setiap bilik dilengkapi tv satellite dengan saluran antarabangsa untuk tontonan anda. Jadi setelaah penat seharian bekerja atau jalan-jalan, anda boleh menonton pelbagai rancangan tv di atas katil empuk.
Hotel ini lengkap dengan kolam renang yang luas dan indah di tingkat atas. Menariknya, pelanggan boleh lihat keindahan menara KLCC yang tersegam indah ketika bersantai dan mbermandi manda di kolam renang. Pada waktu malam, KLCC akan bermandi cahaya, jadi pemandangan akan jadi lebih menarik.
Perkhidmatan jalur lebar (Wifi) percuma yang boleh diakses disegenap kawasan. Malah, pusat gimnasium yang lengkap dengan peralatan juga membolehkan pelanggan bersenam sewaktu menginap di sini.
Anda boleh menjamu selera di restoran mewah, Tonka Bean Café Deli, yang beroperasi 24 jam. Di sini, pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Buat penggemar cerut, anda boleh cuba sample cerut di Bohemia Tobacco Bar dan buat pelanggan bukan Islam, Oswego Wine Bar disediakan untuk anda.
Jika anda lihat rating dari laman booking tool atau Google, rata-rata mereka yang pernah menginap di sini cukup berpuas hati dengan servis Impiana KLCC Hotel. Mereka gembira menginap di sini berbanding hotel hotel mewah lain yang berdekatan.
Harga bilik
Impiana KLCC Hotel menawarkan beberapa variasi bilik seperti Superior, Deluxe King, dan Club Deluxe Twin. Anda boleh pilih yang bersesuaian dengan bajet. Harga bermula pada RM307 dan ke atas di Booking.com.
Sebagai antara rangkaian hotel terbesar, Impiana mempunyai tiga rangkaian hotel di Malaysia. Dua buah lagi terletak di Ipoh dan Johor. Manakala di rantau Asia Tenggara pula, cawangan hotel ini boleh didapati di Koh Samui, Phuket, dan Bali.
Jika dah jadi pelanggan setia, bolehlah pilih hotel ini sekiranya bercuti di lokasi yang penulis sebut di atas.
Tadi kami ada sebut tentang kedudukan hotel ini di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur bukan? Ini bermakna ia dekat dengan pusat membeli belah dan beberapa tempat menarik.
Berikut adalah beberapa tempat menarik yang dekat dengan hotel ini:
- Pavilion – 5 minit (berjalan kaki)
- KLCC – 6 minit. Pusat membeli-belah popular ini cukup happening. Menjadi pilihan masyarakat tempatan untuk menghabiskan masa dihujung minggu.
- SkyBridge KLCC – 2 minit. Nak lihat bandar KL dari pandangan atas? Kami cadangkan lihat dari jambatan yang menghubungkan dua menara berkembar ini.
Harga tiket: Warga emas (RM15) ; kanak kanak (RM15) ; Dewasa (RM30)
- Plaza Low Yat – 7 minit. Di sinilah tempat terbaik untuk beli gajet kerana semuanya didapati dibawah satu bangunan. Harganya pula murah-murah belaka. Kami pasti anda akan rambang mata nanti.
Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur