Hotel

Hotel di Bukit Bintang Kuala Lumpur

Kunjungan ke Kuala Lumpur tidak akan lengkap kalau anda tak ke Bukit Bintang, iaitu antara kawasan paling sibuk di kota raya itu. Ia megah sebagai destinasi membeli belah dalam kalangan pelancong luar negara mahupun penduduk tempatan. Disamping itu, banyak juga hotel di kawasan Bukit Bintang ini.

Bagi yang tak nak berjalan jauh dan ingin menginap sahaja di Bukit Bintang, kami akan menyenaraikan beberapa rekomendasi hotel di Bukit Bintang, KL, yang boleh anda pilih.

*Tempat Menarik di Bukit Tinggi <<< dah baca?

Senarai hotel yang kami cadangkan meliputi hotel murah untuk mereka yang merancang percutian bajet, serta hotel mewah buat yang mahukan penginapan yang selesa serta sempurna dari segenap aspek.

#1 Izumi Hotel (RM217 – Agoda)

Seni bina hotel ini sudah mampu menarik kehadiran pelanggan. Dari segi hiasan dalaman memang terbaik. Ia moden, kemas, minimal, dan tampak mewah biarpun hanya bertaraf tiga bintang.

Sebanyak 9 variasi bilik yang anda boleh pilih mengikut kemampuan dan kapasiti anda. Izumi Hotel ini dinilai tinggi oleh mereka yang pernah menginap. Anda boleh menempah hotel yang terletak di Bukit Bintang ini di Agoda.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, Airport shuttle, bilik keluarga, restoran.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Plaza Low Yat – 6 minit
  • Pavilion – 5 minit
  • Lot 10 – 3 minit
  • Fahrenheit 88 – 5 minit
  • KLCC – 14 minit

Google Maps Location

#2 Hotel Capitol (RM125 – Booking.com)

Hotel ini mempunyai tingkap besar dari lantai ke siling yang menghadap ke bandar. Setiap bilik dilengkapi dengan TV kabel / satelit dan bar mini. Bilik-bilik terpilih dilengkapi dengan tab mandi dan peralatan mandian percuma.

Be Be’s Kitchen & Bar menyajikan sarapan bufet antarabangsa serta hidangan tempatan setiap hari. Café Rasa di tingkat bawah menawarkan variasi kopi dan sandwic gourmet.

Terdapat 235 buah bilik yang merangkumi 7 variasi pilihan, Hotel Capitol merupakan salah satu hotel berkonsepkan butik dan budget di Bukit Bintang.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, room service, bar, bilik keluarga, restoran.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Plaza Low Yat – 1 minit
  • Pavilion – 9 minit
  • Lot 10 – 3 minit
  • Fahrenheit 88 – 5 minit
  • Sungei Wang Plaza – 5 minit
  • Stesen MRT – 4 minit

Google Maps Location

#3 Sky Hotel

Sama ada bersantai atau perniagaan, Sky Hotel menyediakan semua kemudahan dan perkhidmatan untuk membuat anda merasa di rumah jauh dari rumah.

Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Sky Hotel hanya beberapa minit dari pusat perniagaan, pusat membeli-belah dan hiburan. Stesen pengangkutan awam termasuk stesen kereta api LRT, Monorail dan KTM serta perhentian bas hanya beberapa minit dari hotel ini.

Sky Hotel antara hotel murah di Bukit Bintang, di mana harga bermula pada RM157 sahaja.

Kemudahan: Wifi, gimnasium, laundry service, mesra kanak-kanak, breakfast percuma.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KLCC – 11 minit
  • Sungei Wang Plaza – 7 minit
  • Pasar malam Jalan Alor – 4 minit
  • Pavilion – 10 minit

Google Maps Location

#4 Hotel Wolo Bukit Bintang (RM204 – Hotels.com)

Terletak di dalam Golden Triangle Kuala Lumpur, WOLO Bukit Bintang yang baru menempatkan anda tengah tengah kawasan pusat membeli-belah, makan dan hiburan terbaik di negara ini.

Hotel berkonsepkan butik ini menawarkan penginapan moden yang merangkumi segala jenis kemudahan termasuk Wine & Cigar Lounge.

Hiasan dalaman hotel ini menjadi faktor utama kemegahannya. Ia nampak gah dan mewah. Namun harga penginapan hotel ini masih lagi mampu inap.

Kemudahan: Wifi, laundry servis, bilik mesyuarat, gimnasium, restoran, currency exchange, ruang menyimpan barang.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Lot 10  – 1 minit
  • Fahrenheit 88 – 2 minit
  • Pasar malam Jalan Alor – 6 minit
  • Pavilion – 2 minit
  • Stesen monorail – 2 minit

Google Maps Location

#5 The Federal Hotel (RM187 – Booking.com)

Untuk pengetahuan, The Federal Hotel merupakan hotel bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur. Sama ada untuk perjalanan perniagaan atau percutian, anda akan menikmati lokasi utama kami di tengah-tengah Bukit Bintang yang meriah.

Mempunyai tingkap besar, bilik-bilik dihiasi dengan warna-warna neutral. Setiap unit dilengkapi dengan TV berskrin rata dan bar mini.

The Verandah menawarkan makanan ringan dan minuman dengan muzik secara langsung. Kontiki Restaurant mengkhususkan diri dalam kegemaran Asia dan Continental, sementara Mandarin Palace menawarkan kepakaran Kantonis dan Szechuan. Anda boleh menjamu selera di Bintang Lounge & Restaurant.

Kemudahan: Wifi, kolam renang, bilik keluarga, parking percuma, bar, room service.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Lot 10  – 5 minit
  • Sungei Wang Plaza – 6 minit
  • Pasar malam Jalan Alor – 2 minit
  • Pavilion – 8 minit
  • Stesen monorail – 5 minit

Google Maps Location

Semoga senarai hotel di Bukit Bintang ini dapat membantu dalam merancana percutian dan tempat penginapan anda di Kuala Lumpur.

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!