Hotel

Frenz Hotel Kuala Lumpur Review

Sudah menjadi kelaziman jika bercuti di KL, pastinya kita lebih cenderung untuk menginap di hotel yang terletak di tengah-tengah bandar. Ini kerana ia lebih mudah kerana dekat dengan tempat tempat menarik di Kuala Lumpur. Salah satu hotel yang menjadi sebutan ramai adalah Frenz Hotel Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, yang dikelilingi beberapa pusat membeli-belah dan tarikan menarik.

Berkedudukan di ‘Golden Triangle’ atau segi tiga strategik, Frenz Hotel merupakan antara hotel yang dekat dengan segala tarikan dan kemudahan asas.

Hanya perlu berjalan kaki ke bazar Jalan TAR, Masjid India Shopping Square, dekat dekat stesen LRT, pusat membeli belah Bukit Bintang, dan banyak lagi.

Berkonsepkan hotel butik

Frenz Hotel merupakan penginapan berkonsepkan butik di mana ia memiliki dekorasi indah, bercitarasa mewah, tetapi pada harga bajet. Sebanyak 86 buah bilik dan suite dihias dengan rekaan elegan dan moden, berserta dengan sentuhan mewah.

Ini adalah untuk memastikan tetamu dapat menikmati keselesaan pada tahap maksimum walhal Frenz Hotel hanyalah sebuah hotel bajet.

Setiap bilik mempunyai dekorasi berbeza. Dengan penggunaan tona warna yang lembut, serta pemilihan perabot yang minimal, ia sekaligus dapat melahirkan suasana segar.

Terdapat 7 jenis bilik yang boleh anda pilih bergantung kepada bajet dan kapasiti. Variasi bili terdiri daripada:

  • Standard Single Room
  • Superior Double Room
  • Deluxe Double Room
  • Deluxe Twin Room
  • Deluxe Family Room
  • Deluxe Suite
  • Deluxe King Room

Bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai memilih Deluxe Family Room adalah pilihan ideal. Selain itu Frenz Hotel turut menyediakan connecting room.

Kemudahan

Biarpun Frenz Hotel KL adalah sebuah hotel bajet, mereka tidak ketinggalan dalam menyediakan fasiliti yang lengkap buat tetamu. Antara kemudahan yang disediakan pihak hotel adalah:

  • Internet berkelajuan tinggi (WIFI)
  • Laundry
  • Room service
  • Peti sejuk mini
  • Toiletries

Malangnya Frenz Hotel tidak menyediakan parking percuma dek kerana kawasan yang terhad.

Tempat menarik berdekatan Frenz Hotel

Memandangkan hotel ini terletak di dalam lingkungan Golden Triangle, maka ia dekat dengan banyak tempat menarik yang sering menjadi tumpuan ramai. Antaranya:

  • Pasar malam Jalan TAR – 3 minit (berjalan kaki)
  • Chinatown – 10 minit
  • Sogo – 3 minit (berjalan kaki)
  • Pavilion – 12 minit
  • Plaza Low Yat – 14 minit
  • Central market – 11 minit
  • Masjid India  – 4 minit (berjalan kaki)

Dekat dengan banyak tempat makan menarik

Anda tidak akan berasa lapar sekiranya menginap di sini. Biarpun pihak hotel tidak menyediakan restoran, banyak restoran yang berada di sekitarnya. Semua jenis makanan dari makanan tempatan, ala Thai, Western, kedai mamak, semuanya boleh didapati di sekitar hotel.

Pada waktu pagi, luangkan masa anda untuk bersarapan di restoran mamak dan kedai kopi berdekatan. Nasi lemak, roti canai, roti bakar, dan secawan teh tarik, pasti akan memulakan hari anda.

Harga bilik Frenz Hotel

Oleh kerana ia merupakan hotel bajet, anda pasti akan selesa dengan harga yang dikenakan. Anda boleh menempah melalui laman menempah dan setiap satunya menawarkan harga yang berbeza mengikut jenis bilik.

  • Booking.com – RM87
  • Amoma – RM140
  • Agoda – RM81
  • Find Hotel – RM87

Hotel menarik lain yang berdekatan

  • K Hotel
  • Starpoints Hotel Kuala Lumpur
  • Palace Hotel Kuala Lumpur
  • Canary Hotel Kuala Lumpur
  • T Hotel Kuala Lumpur
  • Adya Hotel Kuala Lumpur

Jadikan Frenz Hotel Kuala Lumpur ini sebagai tempat untuk menginap sekiranya berkunjung ke kota metropolitan. Bukan apa, ia berkonsepkan butik yang menawarkan segala kemudahan dan keselesaan. Bahkan banyak tempat menarik di kawasan sekitarnya. Selamat bercuti!

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *