Hotel

Review Hotel Sentral Kuala Lumpur

Jika berkunjung ke Kuala Lumpur, kami kira tiada masalah untuk anda mencari hotel. Ini kerana terdapat banyak hotel di kota raya ini yang menepati citarasa dan sesuai dengan kemampuan. Tetapi ramai yang lebih memilih untuk menginap di hotel yang terletak di tengah-tengah bandar, jadi kami cadangkan anda supaya menginap di Hotel Sentral Kuala Lumpur.

 

Hotel Sentral Kuala Lumpur yang bertaraf tiga bintang ini boleh dikelaskan dalam kategori β€˜mampu inap’ di mana ia menawarkan keselesaanpada harga murah dan berpatutan.

Ia mendapat namanya kerana terletak di Brickfields yang berdekatan dengan KL Sentral iaitu cuma 1.3km atau 7 minit perjalanan sahaja. KL Sentral mempunyai kemudahan akses dan hab pengangkutan kereta api. Oleh sebab itu kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Okay, berbalik pada Hotel Sentral, sejak beroperasi pada tahun 2009, hotel ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Dengan sentuhan moden dan hiasan dalam yang minimal, ini mencerminkan bahawa hotel ini memandang serius akan keselesaan pelanggan walaupun harga yang ditetapkan tidaklah terlalu mahal.

Harga Hotel Sentral

  • Booking.com – RM110
  • Expedia – RM117
  • Hotels.com RM117
  • Trip.com – RM145

Walau bagaimanapun harga yang ditetapkan adalah mengikut jenis bilik yang anda pilih. Hotel Sentral Kl menampilkan empat kategori iaitu Double/Twin Room (tanpa tingkap), Superior Double, Deluxe Double, Executive Double.

Menerusi jendela bilik, anda dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur serta lampu-lampu pada waktu malam.

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi percuma, televisyen, pancuran mandian tekanan tinggi, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), penghantaran surat khabar setiap pagi, peti besi, dan beberapa kemudahan lain.

Menyentuh soal makanan pula, Hotel Sentral KL mempunyai restoran mereka sendiri yang dinamakan Starmint Coffee House. Restoran ini menawarkan sajian tempatan dan antarabangsa. Pelanggan boleh menikmatinya secara buffet mahupun ala-carte. Malah,anda juga boleh memesan makanan dari bilik kerana hotel ini menyediakan perkhidmatan room service.

Malangnya hotel ini tidak menyediakan swimming pool.

Berdasarkan lokasinya yang strategik, Hotel Sentral KL dianggap sesuai diinap kerana berdekatan dengan kemudahan awam, pusat membeli-belah, dan banyak tempat menarik.

Jarak dengan tempat menarik:

Little India, Brickfields (650 meter, 3 minit) – Juga dikenali sebagai Little India.. Brickfields cukup meriah dengan gerai-gerai yang menjual barangan pada harga rendah. Malah kedai mamak juga sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Tak rugi datang ke sini, tambahan pula kebanyak dan decorasi bertemakan masyarakat India dan diiringi dengan lagu Tamil dan Hindustan. Membuatkan anda seolah-olah berada di India.

KLCC (2.6 km, 9 minit) – Siapa tidak kenal dengan bangunan yang pernah menjadi bangunan paling tinggi di dunia ini. Selain daripada menjadi pusat perdagangan banyak tempat dan aktiviti menarik yang terdapat di KLCC ini. Antaranya adalah pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa Suria KLCC, Petrosains, Aquaria KLCC, taman permainan, taman tema air mini, SkyBridge, dan banyak lagi.

KL Tower – (4.1 km, 10 minit) Berketinggian 421 meter, ia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bukan sekadar sebuah menara, kerana ia turut menawarkan beberapa tarikan seperti SkyBox, Observation Deck, Restoran Berputar, Mini Zoo, Upside Down House, Blue Coral Aquarium, dan KL Forest Eco-Park. Untuk lebih lanjut sila rujuk artikel – Harga Tiket Menara KL

Petaling Street, China Town (2 km, 5 minit) – Bazar larut malam ini menjanjikan barangan dan makanan pada harga rendah. Di sinilah syurga pembeli jika anda ingin melakukan tawar-menawar jika mahukan harga terendah. Dari pakaian, kain pasang, cenderamata untuk barangan elektronik, semuanya ada di sini.

Plaza Low Yat – (3.8 km, 10 minit)

Pavilion – (4.6 km, 13 minit)

5 Sebab kenapa anda perlu menginap di Hotel Sentral KL

  • Harga rendah
  • Staff boleh berturut dalam Bahasa Inggeris
  • Salah satu hotel pilihan di Kuala Lumpur
  • Boleh menguruskan tempahan secara atas talian
  • Anda boleh menempah dengan selamat

Untuk pengetahuan Hotel Sentral Pudu juga merupakan salah satu hotel dalam rangkaian sama. Selain di Kuala Lumpur, rangkaian Hotel Sentral juga boleh didapati di Kuantan, Johor Bahru, dua buah di Pulau Pinang, dan dua buah di Melaka.

Address: 30, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Google Maps Location

Contact number: 03-2272 6000

Semoga review Hotel Sentral Kuala Lumpur ini memberikan anda sedikit informasi dan dapat membantu sekiranya anda merancang untuk menginap di sini.

Atau anda boleh rujuk senarai hotel lain yang ada di sekitar KL Sentral di artikel ini, Hotel di KL Sentral

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *