Hotel

Hotel Bajet Kuala Lumpur Bawah RM50

Bandar besar seperti Kuala Lumpur pasti banyak hotel menarik yang boleh kita pilih. Dari hotel mewah yang membolehkan anda rehat bagaikan raja hinggalah hotel murah. Tapi bagi mereka yang mempunyai bajet terhad atau hanya ingin menginap buat seketika, mereka boleh pilih hotel murah. Banyak je hotel bajet di Kuala Lumpur bawah RM50 untuk anda pilih.

Walaupun tidak mewah, kami dah pilih hotel yang proper dari segi kebersihan, cukup dengan kemudahan asas, dan rating yang memuaskan dari pelanggan.

Dan yang paling penting hotel-hotel yang bakal kami senaraikan ini dekat dengan beberapa tempat menarik sekitarnya. Jadi tak perlulah anda ambil masa yang lama dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Kami juga sediakan link Google Maps, anda cuma perlu klik dan Google akan menunjukkan peta untuk ke lokasi berkenaan.

First and New Star Hotel (Rm35 – Booking.com)

Hotel yang 7 minit dari Petaling Street ini lengkap dengan Wifi percuma, Tv flat screen yang hadir dengan satellite channels. Bilik-biliknya bersih dna lengkap dengan segala kemudahan asas. Walaupun hotel murah, tapi dekat dengan KLCC. Senang nak shopping kan?

Kemudahan – Wifi, bilik bebas merokok, bilik keluarga, penghawa dingin

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • 7 minit dari Chinatown, Petaling Street
  • 10 minit dari KL Tower
  • 10 minit dari Sogo
  • 10 mini dari KLCC

(CLICK for Google Maps location)

The Green Hotel

The Green Hotel ini terletak di Ampang, selain anda boleh menempahnya seperti biasa, anda turut boleh sewa hotel ini mengikut jam. Katakan anda perlu menghadiri mesyuarat penting di KL dan memerlukan bilik untuk bersalinan dan berehat buat seketika. The Green Hotel adalah pilihan yang tepat.

Kemudahan – Wifi, bilik keluarga, room service, tempat letak kenderaan percuma,

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • 19 minit dari Ikea Cheras
  • 9 minit dari Ampang Point
  • 13 minit dari Great Eastern Mall

(CLICK for Google Maps location)

OYO 150 D’Garden Hotel (RM51 – Booking.com)

Terletak di Taman Maluri, Cheras, d’Garden Hotel Kuala Lumpur menawarkan penginapan yang berpatutan dengan Wi-Fi percuma dan bilik mandi peribadi. Servis menarik yang disediakan di hotel ini adalah pemindahan barangan dari lapangan terbang dan lawatan ke sekitar bandar Kuala Lumpur.

Kemudahan – Wifi, shuttle ke lapangan terbang, bilik bebas roko, bilik keluarga, restoran, mesra OKU.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • 10 minit dari Bukit Bintang
  • 10 minit berjalan kaki ke Stesen LRT Maluri
  • 5 minit dari MyTown Shopping Center
  • 6 minit dari Ikea Cheras

(CLICK for Google Maps location)

Pristine Hotel (RM50 – Booking.com)

Betul-betul di sebelah stesen bas dan teksi Rawang dan kami boleh kelaskan sebagai antara hotel paling murah di Kuala Lumpur. Semua bilik yang disediakan lengkap dengan penghawa dingin. Tiada apa yang menari dengan hotel ini melainkan biliknya bersih dan selesa.

Kemudahan – Wifi, restoran, parking percuma,

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • 4 minit dari Parkson Rawang
  • 20 minit dari pusat bandar KL

(CLICK for Google Maps location)

Swiss Cottage Hotel (RM52 – Agoda)

Kemudahan – Wifi, restoran, parking percuma, bilik keluarga, ruang menyimpan barang.

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • 15 minit dari Bukit Bintang
  • 5 minit dari Taman Tasik Titiwangsa
  • 15 minit dari KLCC
  • 8 minit dari Sogo

(CLICK for Google Maps location)

T-Hotel (RM52 – Agoda)

Hotel bajet yang terletak di Bukit Bintang, T-Hotel menawarkan penginapan selesa. Mempunyai pelbagai saiz bilik untuk pilih. Khususnya jika anda berkeluarga. Kedudukannya yang strategik menjadikan anda mudah untuk ke tempat menarik sekitar KL.

Kemudahan – Wifi, bilik keluarga, parking percuma, bilik bebas merokok, ruang menyimpan barang

Jarak perjalanan dengan tarikan utama

  • 2 minit dari Sungei Wang Plaza
  • 2 minit dari Plaza Low Yat
  • 8 minit dari Berjaya Times Square
  • 11 minit dari KLCC
  • 6 minit dari Pavillion

(CLICK for Google Maps location)

Senarai di atas merupakan antara hotel murah di Kuala Lumpur di bawah RM50. Semoga artikel ini bermanfaat buat mereka yang tengah merancang percutian bajet. Artikel ini akan dikemas kini kelak seandainya Team Travel menjumpai hotel bajet yang berkualiti dan proper untuk anda.

You might also like

error: Content is protected !!