Hotel

Hotel di KL Sentral

Memilih untuk menginap di hotel dekat dengan KL Sentral merupakan salah satu idea bernas. Ini kerana KL Sentral merupakan hub pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan menjadi salah satu pusat tumpuan pelancong.

Tujuan utama pembinaan KL Sentral adalah untuk meminimumkan penggunaan kenderaan persendirian dan menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam seperti komuter, aliran transit ringan (LRT), bas dan lain lain.

Sejak KL Sentral ini dibuka di Brickfields, banda yang turut dikenali sebagai ‘Little India’ ini semakin menjadi tumpuan dan pembangunan di sekelilingnya pesat membangun. Banyak lokasi-lokasi menarik seperti kedai makan, pusat membeli belah, dan hotel yang dibina.

Antara kelebihan menginap di hotel yang dekat dengan KL Sentral adalah dapat memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam.

Selain dapat mengurangkan berbelanjaan dari segi minyak kereta, anda juga boleh menjimatkan masa kerana tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Jika anda bercadang untuk menginap di sekitar stesen pengangkutan terkemuka ibu kota ini, kami akan cadangkan beberapa hotel menarik untuk anda.

#1 My Hotel (Harga dari RM79+)

My Hotel KL Sentral merupaka sebuah hotel bajet yang mampu memenuhi semua keperluan penginapan anda. Selain mempunyai kemudahan asas seperti pembancuh air dan tv setelit, ia turut dilengkapi dengan perkhidmatan penukaran wang, ruang meyimpan bagasi.

Malah, Restoran Jaya juga menyediakan set breakfast bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Kemudahan: Wifi percuma, tempat letak kereta, shuttle ke airport, bilik keluarga.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KL Sentral – 0.4km (7 minit berjalan kaki)
  • Chinatown – 2.1km (8 minit)
  • Nu Central – 400m (3 minit)

Alamat: 51, 53, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#2 NU Hotel (harga dari RM129+)

Penulis cukup suka dengan hiasan dalaman Nu Hotel ini. Designnya tampak elegan, moden dan mewah. Lihat sahaja gambar di bawah. Walaupun ruangnya kecil sahaja, tetapi hiasan dalamannya bagaikan menginap di hotel mewah. Menariknya harga hotel ini bermula dengan RM129 untuk satu malam sahaja.

Nu Hotel merupakan hotel yang paling dekat dengan KL Sentral, sebelah menyebelah sahaja.

Kemudahan: Family room, wifi percuma, laundry, fax/fotokopi.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Little India – 650m (8 minit berjalan kaki)
  • Planetarium Negara – 2.7km (10 minit)
  • Berjaya Times Square – 4.3km (8 minit)

Alamat: 37, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#3 Prescott Hotel KL Sentral (harga dari RM102+)

Sebuah lagi hotel menarik kerana seni bina bangunan ini seakan bangunan Inggeris lama. Prescott Hotell ni lengkap dengan semua kemudahan dan sesuai untuk seisi keluarga kerana menreka menyediakan family room.

Hidangan breakfast dan room service juga disediakan kepada pelanggan. Anda juga boleh ke beberapa restoran mamak yang terdapat di sekitar hotel ini.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, kemudahan untuk OKU, Health & Wellness facilities.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KLCC – 3km (12 minit)
  • KL Tower – 5.4km (19 minit)
  • Sogo – 4.3km (13 minit)

Alamat: 10, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#4 Metro Hotel KL Sentral (harga dari RM76+)

Metro Hotel merupakan antara hotel yang sering menjadi pilihan pelancong di kawasan ini. Selain harganya yang berpatutan, ia turut menyediakan kemudahan lengkap, bilik yang selesa, serta dekat dengan tempat-tempat menarik.

Hiasan dalaman hotel ini cukup cantik dan menenangkan, sesuai sekali untuk bercuti dihujung minggu selepas penat berkerja.

Walaupun ia dikategorikan sebagai hotel bajet, mereka mempunyai bilik jenis Family Quad yang terdapat dua buah katil bersaiz King.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, room service, bilik keluarga, mesin ATM,

Jarak dengan tempat menarik:

  • Pasar Seni – 2.2km (7 minit)
  • Muzium Negara – 1.8km (23 minit)
  • NU Sentral Mall – 230m (3 minit berjalan kaki)

Alamat: 3, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#5 Cozy Hotel (harga dari RM118+)

Merupakan salah satu hotel bajet KL Sentral. Terletak kira-kira 800 meter iaitu Cuma 10 minit ke stesen KL Sentral jika berjalan kaki. Cozy Hotel menawarkan penginapan selesa kepada pelanggan.

Ia lengkap dengan kemudahan asas yang tidak mengecewakan bahkan berbaloi pada harga yang dikenakan.

Kemudahan: Wifi, bilik keluarga, airpot shuttle,

Jarak dengan tempat menarik:

  • Berjaya Times Square – 4.2km (10 minit)
  • Fahrenheit 88 – 5km (15 minit)
  • Suria KLCC – 5.1km (21 minit)

Alamat: 27, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

#6 Hotel Sentral Kuala Lumpur (harga dari RM110+)

Kalau nak tahu, Hotel Sentral Kuala Lumpur ini terletak betul-betul di hadapan pintu masuk KL Sentral. Lengkap dengan minibar, TV, cerek elektrik serta peralatan membuat air teh dan kopi.

Hiasan dalaman hotel ini ringkas sahaja tetapi tetap mempunyai sentuhan moden yang menampakkan setiap bilik yang disediakan itu tenang dan bersih.

Tak usah risau soal makanan, kerana anda boleh menjamu hidangan tempatan dan antarabangsa di restoran Starmint Cofee House dan cocktails di Sentro Lounge.

Guests can enjoy local and international delights at Starmint Coffee House. Cocktails are available at Sentro Lounge.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, restoran, room service.

Jarak dengan tempat menarik:

  • AvenueK – 5.4km (21 minit)
  • Bird Park – 2.7 (10 minit)
  • Sogo – 3.6km (11 minit)

Alamat: 30, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. (Google Maps Location)

#7 Euro Life Hotel @ Kl Sentral (harga dari RM108+)

Jika anda mencari bajet hotels near KL Sentral Station, Euro Life Hotel adalah salah satu yang terbaik yang kami boleh cadangkan. Malah ia turut dinilai tinggi oleh pelanggan yang pernah menginap di sini iaitu sebanyak 8.2/10. Tinggi tu.

Kelihatan agak kecil dari luar tetapi hotel ini menyediakan family room jika anda datang bersama keluarga.

Hotel ini menyediakan perkhidmatan yang membawa anda ke tempat-tempat menarik sekita KL (harga berasingan)

Kemudahan: Wifi, mesin ATM, penukaran mata wang, mini market.

Jarak dengan tempat menarik

  • Suria KLCC – 5.1km (20 minit)
  • Sogo – 3.6km (11 minit)
  • Bukit Bintang – 4.2km (16 minit)

Alamat: 65, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, (Google Maps Location)

#8 PODS Backpacker Hotel (harga dari RM74+)

Backpackers sekalian, ini adalah budget hotel near KL Sentral yang sesuai untuk anda. Bagi backpackers, mereka tidak kisah akan hiasan dalaman atau kemudahan tambahan.

Penginapan selesa, Wifi, dan kemudahan asas sahaja yang mereka cari. PODS Backpacker Hotel memenuhi citarasa anda bahkan turut menyediakan rootop untuk anda berehat, lepak, dan mengadakan BBQ. Panorama banda Kuala Lumpur juga cukup indah dari rooftop ini.

Jika kena dengan masanya, anda boleh menikmati live band di sini.

Kemudahan: Wifi, restora, laundry, rootop, tempat BBQ,

Jarak dengan tempat menarik:

  • The Weld – 3.6km (13 minit)
  • Berjaya Times Square – 4.3km, 11 minit
  • Pavilion – 4.3km, 18 minit

Alamat: G-6, 30, Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

Itu sahaja hotel di KL Sentral yang dapat kami kumpulkan buat anda. Kami berharap artikel ini dapat melancarkan percutian anda di Kuala Lumpur kelak!

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!