Saya memang asal Ipoh, lebih tepatnya di Simpang Pulai. Dalam 10 ke 15 minit sahaja untuk drive ke Ipoh. Dalam pengalaman saya menulis blog teamtravel ni, sebenarnya macam agak ketinggalkan artikel yang berkaitan dengan Ipoh.
Tak tahulah kenapa, mungkin terlampau sibuk fikirkan tempat menarik di tempat lain, nak nak pula memang saya dah lama merantau ke tempat orang.
Penulisan saya ni lebih kepada di Cameron Highlands, memang selalu duk pergi dulu, Penang, saya tinggal di Kulim lebih kurang dalam 2 ke 3 tahun. Dan sekarang saya stay di Alor Setar pula. Artikel untuk di Kelantan pun ada, sebab saya pun selalu balik ke sana.
Saya mula terdetik untuk tulis berkaitan dengan Ipoh ni lepas secara tak sengajaya saya belek belek semula pengunjung yang masuk ke blog ni, rupanya banyak juga permintaan dan views yang berkaitan dengan Perak.
Untuk perkongsian tempat makan menarik di Ipoh ni saya nak kongsikan western dahulu. Mana yang paling sedap pada selera saya.
Western Food – Throwback Cafe
Saya tak pasti kalau kedai ini masih lagi beroperasi atau tidak. Tapi kali terakhir saya makan di sini rasanya dalam tahun 2016 atau 2017. Masa tu saya masih lagi menyewa taman sekitar kedai ni. Tak larat nak ulang aling dari rumah mak di Simpang Pulai, so saya menyewa di taman ini sebab dapat tempat bekerja yang berdekatan.
Untuk lidah saya, Throwback Cafe ni sedap. puas hati. Masa saya mula mula menyewa disini, memang Throwback Cafe ni baru mula beroperasi. Sebenarnya, sampai sekarang, sangat susah untuk saya jumpa saingan chicken grill yang kedai ni boleh buatkan.
Oh ya, mungkin Kedai Burger Bakar di Kota Bharu ni boleh lawan rasanya. Walaupun portion yang di Throwback Cafe agak lebih besar sedikit. Nasi goreng chicken copnya pun boleh tahan juga.
ThrowBack Cafe bukan terletak di Ipoh sangat, sempadan Ipohlah kira. Boleh cuba ya.
Nama: ThrowBack Cafe Location: Google Map Facebook: https://www.facebook.com/throwbackcafeipoh/ |
*Ok, memang masih lagi beroperasi. Saya ada latest update Facebook.
Seterusnya, Hadramout Paradise Restaurant
Kedai makan nasi arab ni.
Hadramout Paradise Restaurant
Dulu, masa saya kerja kilang di Meru. Dalam tahun 2014, memang duk berulang alik di kedai ni dengan kawan kawan. Sedap, banyak gila. Kalau memang jenis bukan makan banyak, baik anda cuba order satu makanan dahulu.
Tunggu makanan sampai dan tengok boleh ke tidak habiskan.
Selera orang Arabkan. Memang tak sama nafsu makan dengan kita. Tambah lagi kalau anda ambil portion sederhana. Saya pernah terorder kawan saya punya makanan, portion sederhana. Rupanya ayam tu separuh daripada seekor. Dasyat makan sorang sorang.
Untuk makanan di disini. Alhamdullillah sedap. Kambingnya lembut, nasi pun sedap. Saya boleh cakap cakap sedap sahajalah ya. Kalau nak ulas macam padu beb cakap memang bukan dia.
Ini pula antara menu yang ada di Hadramount Paradise.
Untuk review GoogleMap di kedai ni pun masih lagi ada yang latest. Kurang sebulan yang lalu, maksudnya kedai ni masih lagi terbaik. Terbaik servis, terbaik makanan. Harga pun terbaik kalau bawa duit lebih.
*saya pernah nampak artis makan disini tau, tapi lupa dah siapa.
Restaurant ni terletak di center Ipoh. dekat dengan Kinta Riverfront. Awalnya saya nak anda menginap di Hotel Kinta Riverfront, tapi lupa pula hotel ni tutup sebab covid hari tu.
Nama: Hadramout Paradise Restaurant Location: Google Map Facebook: https://www.facebook.com/hadramoutparadisemoaath/ |
Restaurant ni sesuai kalau nak makan ramai ramai. Sebab memang luas. Cuba anda pergi tengah malam, tengok apa jadi. Memang ramai.
Restaurant Tasik Raban
Ni kira restaurant melayu untuk lauk campur. Kalau di Kedah, restaurant yang lauk campur sebanyak gini dah macam jadi kebiasaan. Tapi kalau di Ipoh, boleh kata dah special sangat ni.
ikan Bakar
segala jenis gulai
segala jenis sambal
segala jenis ulam
Tasek Raban ni dah lama, sangat lama. Dekat dengan stadium. Oh ya, di Stadium kalau nak makan pagi pagi pun ada kedai makan buka. Ala ala warung gitu. Dulu saya rajin pergi, masa masih bekerja di Ipoh dulu.
Tapikan, saya ada rasa pelek sikitlah. Restaurant ni kalau di kalangan kami orang Ipoh memang tersangat popular tau. Jauh lagi lama dan terkenal dari Restaurant Simpang 3 yang saya akan kongsikan lepas ni. Tapi review di GoogleMap tak berapa nak ada.
Laporpo pun penah sampai.
Nama: Restoran Tasik Raban Station 18 Location: Google Map Facebook: FacebookPage |
Update – Patutlah, kedai makan tasik raban yang di stadium ni dah tutup. Dan dah berpindah ke Station 18. Anda pergilah ke Station 18 location Google Map saya di atas betul dah.
Restauran Simpang 3
Kedai makan ini, bagi saya sangatlah jauh bezanya dengan Tasik Raban tadi. Tapi tak tahu lah sekarang macam mana. Mungkin sudah improve, gaya makan ekslusifnya memang dah ada. Pinggan sudu semua besar besar kalau anda makan disini.
Saya sebenarnya, bila makan bukanlah jenis hadap sangat untuk rasa yang sedap sedap ni. Kalau saya, ada kedai sedap, dengan kedai tak sedap. Tapi kedai sedap ramainya orang bukan main, memang saya lebih rela pergi ke kedai yang tak sedap.
Restaurant Simpang 3 ni, agak baru juga. Baru yang dalam 4 or 5 tahun gitu. Barulah jugakan. Kalau nak parking leceh sikit, sebab anda terpaksa masuk ke kawasan guarded.
Nama: Restoran Simpang 3 Location: Google Map Facebook: FacebookPage |
Nasi Vanggey
Ipoh ni memang penuh dengan kedai mamak, macam di Penang juga. Saya ni dulu, memang hantu mamak sebenarnya. Setiap malam jam 3 pagi akan keluar pergi mamak. Dari saya kerja Ipoh, sampailah ada rezeki untuk dapat pula kerja di Kulim.
Di Ipoh, Nasi Vanggey adalah antara nama kedai makan mamak popular di sini. Setaraf dengan Nasi Ganja, tapi bagi saya, nasi ganja lagi sedap.
OK, ada tiga cawangan. Bolehlah buat carian yang macam saya tulis di Google Map dalam gambar atas ni untuk buat carian mana yang lebih dekat dengan anda.
Kita pergi last, ke Nasi Ganja pula.
Nasi Ganja
Nasi Ganja dengan Nasi Vanggey mana lagi sedap? Jawapannya Nasi Ganja. Nasi Ganja ni simple je, tak macam nasi mamak yang lain. Nasi Ganja lebih simple, bahan pun tak berapa, tapi dia punya campuran tu MEMANG KENA.
Jangan terkejut pula, Nasi Ganja ni memang di kedai cina. Tapi mamak yang masak, cina buat air sahaja. Dan harga air cina ni buat memang mahal gedabak.
Kita bagi lagi satu gambar.
Ini bukan nak beratur mengundi ya. Memang setiap kali makan tengah hari, beginilah suasananya. Tapi jangan risau, tak lama sangat pun. Sekejap sahaja. Atau kalau tak nak berator, janganlah pergi waktu peak. Pukul 3 macam tu, InsyaAllah sudah lengang.
Nama Kedah: Nasi Ganja Location Nasi Ganja |
Baiklah, itu sahaja.
Salam.