Bulan ini adalah bulan ke 5 saya berpindah ke Taiping. Atau lebih tepatnya Kamunting. Kamunting ini sebelahnya Taiping sahaja. Masa awal awal nak cari rumah dulu, ada yang berpesan. Kalau nak cari rumah, lebih baik cari di Kamunting, berbanding dengan Taiping.
Sebab Taiping ini memang tempat tumpuan, tapi bila sampai waktu malam, semua jadi senyap.
Dan bila dah duduk sendiri di sini, baru tahu. Memang betul apa yang kawan saya cakapkan. Suasana di Taiping hanya meriah waktu siang sahaja. Malahan, kalau anda nak cari kedai farmasi di Taiping, kebanyakannya akan tutup awal berbanding dengan di Kamunting.
Jadi, perkongsian saya kali ini adalah untuk di Taiping dan juga Kamunting. Sebab dua dua tempat ini tak jauh mana pun.
Untuk tempat makan best ni, saya nak kongsikan pada 3 bahagian, bila untuk anda makan pagi, tengah hari dan juga pada waktu malam.
Dan berikut, adalah antara tempat tempat makan yang saya biasa pergi.
Waktu Pagi
Saya sebenarnya memang lahir di Taiping, tapi dalam umur 1 atau 2 tahun, saya terus berpindah ke Ipoh. Jadi suasana di Taiping ni sangatlah baru bagi saya. Dan kaalu tak silap dalam tahun 2018 saya ada cari saya tempat makan pagi di Taiping. Masa tu menginap hotel sahaja. Hotel itu pun dah tukar jadi kedai runcit. Masa saya cari tu agak susah juga, sebab di Google Map macam tak jumpa.
Tapi sekarang, lepas 5 bulan saya stay sini, rasanya dah boleh agak ke mana yang saya nak pergi bila nak makan pagi.
Pasar Taiping
Ini adalah tempat pertama yang saya cari untuk breakfast dalam tahun 2018 yang dulu. Lama dah, sebelum covid. Memang pusing pusing jugalah tak jumpa. Dan akhirnya saya berhenti ke pasar Taiping. Pasar Taiping ini ada dua, rasanya anda pergi yang lama punya. Ataupun round round sahaja dahulu, pasti akan nampak kedai dan meja makan bersusun.
Stesen Keretapi Api
Sini memang popular kalau nak makan pagi pagi. Orang pun boleh tahan juga ramai. Ramai juga yang beli bungkus untuk masuk kerja, parking pun macam agak susah sebab kita akan parking kereta di bahu jalan sahaja. Apa apa pun, pilihan banyak. Ada goreng goreng, nasi lemak dah pasti, roti canai pun anda. Anda boleh pilih, anda 4 5 kedai makan disini.
Stesen Bas Kamunting + Pasar Kamunting
Stesen Bas Kamunting ni bukannya betul betul distesen bas ya, mungkin jalan dalam 50 ke 100 meter macam tu baru jumpa. Sebab kedai makan ni terletak dekat dengan Pasar Kamunting. Anda boleh pergi makan di kedai, jangan pilih kedai makan mamak kalau nak nasi lemak. Saya dah pergi dah hari tu salah satu, macam tak kena rasanya.
Pergi mamak kalau nak makan roti canai sahaja disini.
Kalau nak beli bungkus nasi lemak yang dalam kuantiti yang banyak, boleh jalan sikit ke Pasar Kamunting. Memang ada banyak pilihan, sebab macam ada pasar pagi. Anda boleh beli nasi lemak yang bungkusan kecil dalam 1 ringgit lebih. Biasanya nasi lemak seringgit ni akan banyak terdapat di area Kedah.
Macam di Kulim. Tapi di Pasar Kamunting ini pun ada.
Roti Bakar Arang Fadzil House
Yang inikan, saya baru sahaja pergi beberapa minggu sudah. Orang rumah yang carikan ni di Google Map. Rasa macam jauh juga dari Taiping. Ikutkan nak try makan di Stesen Keretapi sahaja, tapi dah pernah try sebelum ni. Itu yang ke sini pula.
Kedai makan breakfast ni macam focus makanan yang dah siap sahaja. macam mee rebus, nasi lemak, ataupun makanan yang cepat siap macam roti bakar. Roti canai tak ada masa saya pergi hari tu.
Tempat ni memang tersangat ramai orang, tapi bagusnya tempat duduk pun banyak. Kalau anda datang tiada tempat duduk, tunggu sekejap sahaja. Nanti ada-lah tu.
Warung Belakang Bomba
Saya tak pasti kalau tempat ini sesuai di panggil apa bila waktu pagi. Sebab ianya popular dengan Yong Tau Fu belakang Bomba sebenarnya. Tapi belah pagi pun ada buka juga saya nampak. Saya tak pernah lagi try breakfast disini. Biasanya datang 3x kot, hanya try time tengah hari dan malam sahaja untuk makan yong tau fu.
Kalau anda lebih dekat dengan kawasan bomba ni, boleh cuba makan breakfast di sini.
Update – Saya dah pergi, nampak macam ada satu kedai ja yang buka untuk makan pagi. Ada nasi lemak + udang atau sotong, goreng goreng, dan juga roti canai. Satu kedai melayu sahaja yang saya nampak buka, 7 atau 8 kedai lain yang buka kedai cina.
Waktu Tengah Hari
Ini yang paling saya tak sabar nak kongsikan. Sebab memang ada 2 tempat favourite saya bila waktu makan tengah hari.
Wan Bakar Kamunting
Wan Bakar adalah tempat makan nasi campur yang saya mula mula sekali cuba. Harga, agak mencekik. Tapi tak apa, hantam je lah. Sebab bila kita makan disini, rasa macam mudah kerja. Sebab ruang parking luas, walaupun kalau time peak susah juga nak cari, meja makan banyak, luas. Bila saya makan disini, seramai mana pun orang meja makan tetap ada.
Anda nak ambil lauk pun senang, nak bayar pun mudah sebab ada dua counter. Sangat sangat rekemen untuk anda cuba kedai makan ni. Seeloknya anda datang sebelum waktu makan tengah hari, dalam jam 11 pg. Atau pun selepas zohor.
Route A2 Nasi Campur Taiping
Nasi campur ni, kalau biasa saya makan dua orang dengan orang rumah saya, mesti dalam lingkungan RM 20. Tapi kalau disini, mesti dalam RM 25. Ya, memang lebih sikit kalau makan disini. Tapi ini tempat favourite wife, so saya pergikan juga. Nak makan selesa, lauk pun sedap. Cuma, nak parking tu agak susah sikit. Sebab kedai ni tepi jalan utama, terpaksa parking di baju jalan.
Aeon | Taiping Sentral Mall
Senang cerita, makan di Aeon atau Taiping Sentral Mall sahaja. Bukan di Taiping Mall ya. Taiping Mall tu macam tak ada apa. Kena pergi ke Aeon atau Taiping Sentral Mall. Di Taiping Sentral Mall ada kedai makan cina yang halal. Taiping Sentral Mall ini juga sebelah dengan Lotus, so anda boleh buat pilihan untuk makan di Lotus juga, cuma terpaksa naik ke tingkat 2. Sebab Lotus di Taiping ni, 2 tingkat.
Waktu Malam pula
Yong Tau Fu Belakang Bomba
Kalau di belah pagi saya ada masukkan tempat makan ini juga. Tapi yang highlightnya adalah di sebelah malam. Tapi bukan semua gerai yong tau fu itu sedap tau. Untuk lidah saya, rasanya selang 2 daripada depan Hotel Novotel. Kalau nak makan goreng goreng pun boleh order gerai no 2 juga.
Damia Womyam Western Food Kamunting
Kedai makan Siam ni kan, adalah kedai makan siam yang paling laju di dunia. Cepat gila depa masak. Harga pun OK. Tapi nak parking macam susah juga, sebab tempat parking macam kecil sahaja. Kalau anda datang malam, jam 9 jam 10 memang akan susah nak parking. Eloknya datang awal sikit sesudah maghrib.
Lepak Kitchen
Lepak Kitchen ini saya makan sekali, rasanya masa mula mula tinggal disini saya pergi ke sini dahulu untuk cuba cuba. Saya pun dah lupa dah rasa chicken grillnya macam mana. Anda kena cuba sendiri.
Chicken Rice Heritage
Yang ini, masa mula mula saya pindah ke sini rasa macam janggal nak pergi. Sebab rasa macam pelek pula ada kedai makan yang jual semata mata nasi ayam. Padahal banyak sahaja tempat macam ni tempat lain kan. KL pun ada abang saya pernah bawa dulu.
Satu hari tu, saya pergi datang makan juga disini. Dan bila saya order nasi ayamnya, adoi, memang puas hati.
Paling best, restaurant ini ada juga pilihan makanan yang lain. Segala jenis western dan sup ada. Anda boleh cuba, saya pun dah datang 4x dah rasanya disini. Cuma tak berkenan sikit dengan mejanya yang melekat lekat. Mungkin kena cuci letak sabun sikit, bukan lap sahaja.
Selain daripada itu, semuanya OK, makanan sedap, layanan ok, tempat makan luas, meja banyak, parking saiz sederhana. Dalam 4x saya makan, satu kali sahaja yang memang tak boleh nak parking langsung. Saya pun sudah lupa hari yang saya makan parking penuh itu cuti public atau tidak.
Doli Kuey Teow Goreng
Doli ini, saya makan dua kali rasanya. Dulu sedap, tapi dalam 2 bulan lepas saya pergi rasa macam dah kurang pula. Apa apa pun, anda boleh cuba, kalau nak makan makanan siam sebelah Doli ini pun sedap juga, betul masaknya. Mungkin diletaknya ajinamoto lebih saya pun tak pasti.
Family Mart
Family Mart di Taiping Mall 24 jam rupanya. Saya sendiri baru tahu. Dan sejak tahu, memang 2 3 pagi saya dengan wife pergi kesini. Kalau anda terasa lapar tiba tiba boleh pergi ke Family Mart di Taiping Mall ni.
Seterusnya, antara tempat tempat makan best lain yang saya masih lagi tak sempat nak pergi
Waktu Pagi
Restoran Gulai Semilang [GoogleMap]
Nasi Lemak Warung Muhibbah [GoogleMap]
Bihun Sup Daging Wakaf [GoogleMap]
Waktu Tengah Hari
Nasi Kerabu MASHWI (Tekah Taiping) – Selera Pantai Timur + Smoke BBQ [GoogleMap]
Nasi Ayam D KTM (Taiping) [GoogleMap]
Rumah Makan Nasi Talam [GoogleMap]
Waktu Malam
Restoran Tomyam Sejati [GoogleMap]
Itu sahaja, moga percutian anda di Taiping best best belaka. Jangan lupa, baca juga tempat menginap best di Taiping.