Taiping Hotel

Flemington Hotel Taiping Review

Pengalaman krew kami ke Flemington Hotel memang betul betul terbaik. Hotel 4 bintang ini terletak berhampiran dengan Tasek Taiping. Padanlah kalau Hotel Flemington ini antara pilihan utama atau senarai 10 hotel terbaik di Taiping kami.

Seperti hotel hotel yang biasa yang lebih mengutamakan senibina moden, begitu juga lah dengan Flemington Hotel. Sebaik sahaja anda sampai ke hadapan hotel ini, masuk ke lobby, pasti mata anda akan tertangkap dengan binaan flat hotel nya.

Krew kami tiba pada waktu malam, jadi lebih banyak lampu lampu menarik yang menghiasi bangunan. Untuk kalau memang nak tinggal di Hotel ini, anda boleh terus masuk ke ruangan parking. Ada disediakan khas untuk pengunjung di bahagian bawah.

Walaupun hotel ini bertaraf 4 bintang, tapi harga biliknya masih lagi boleh dikatakan mampu bilik untuk kebanyakan orang ramai.

Bilik yang krew kami tinggal ialah Superior Queen. Lebih kurang RM 150 satu malam, termasuk breakfast.

 

  • Ada satu katil besar queen
  • Satu meja dan kerusi untuk memudahkan kami bekerja dan tinggalkan review untuk anda.
  • Ada pemanas air elektrik untuk mudah buat air.
  • Ada juga beberapa kelengkapan lain seperti penyangkut baju
  • Flat screen TV yang juga ada beberapa siaran Astro Utama, seperti Astro SuperSport, Fox Movies, Discovery Channel, dan siaran Astro Basic.

Untuk speed internet hotel ni bukan lah laju sangat, tapi masih lagi bukan terlalu perlahan sampai nak tunggu beberapa lama kalau anda streaming video di Youtube. Namun, cukup lah untuk anda dan sekeluarga menggunakannya.

Terdapat juga jenis bilik bilik yang lebih luas yang lain, antaranya :

  • Superior Rooms ( yang kami duduk sekarang )
  • Lake View Premier Rooms
  • Junior Suites
  • Family Suites
  • Lake View Executive Suites
  • Presidental Suite
  • Flemington Suite

Preview Gambar…

 

Untuk harga dan gambar anda boleh rujuk di Booking.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!