Taiping Hotel

7 Senarai Hotel Terbaik di Taiping

Taiping memang terkenal dengan bangunan bersejarah. Apatah lagi dengan landmark Zoo Taiping nya yang sangat popular di seluruh negara. Padan lah, kalau rekod pada tahun 2015, lebih kurang 624 430 org berkunjung ke Zoo Taiping, 82 306 daripadanya adalah pengunjung night safari.

Atas daripada permintaan kunjungan ini, maka banyak lah hotel hotel yang didirikan untuk pengunjung untuk anda.

Tapi, apakah pilihan yang terbaik?

TeamTravel Tips – Cara Nak Pilih Hotel

Semasa kami nilai hotel hotel untuk diletakan dalam senarai utama ni, ada beberapa perkara yang kami utamakan. Antaranya:

  1. Keselesaan – katil yang lembut dan selesa memang patut di utamakan. Untuk hotel yang bertaraf bintang memang tiada masalah, tapi anda mungkin akan ada masalah dengan hotel bajet. Seperti contoh pengalaman kami menginap di salah sebuah hotel di Kulim. Iaitu Village View Motel, memang ianya murah, tapi mungkin tidak begitu selesa sebab katil nya tidak diperbaharui.

Lagi pula bila mandi, air mandian anda mungkin akan terkeluar dari pintu bawah tandas kalau tidak berhati hati. Jadi, keselesaan dalam hotel, kekemasan dalam hotel memang tarik minat penyewa seperti kita.

  1. Ruangan parking – kalau di Taiping, seperti Flemington Hotel. Memang ada sediakan parking khas untuk pengunjung. Mungkin tak berapa luas. Tapi ia sedikit sebanyak memudahkan dan memastika kenderaan kita selamat. Berbanding dengan hotel di Taiping juga, iaitu Golden Roof Hotel, harga satu malam di sini memang murah, di bawah RM 100. Tapi ruangan parkingnya adalah di persisiran kedai kedai. Jadi mungkin agak merbahaya berbanding dengan Flemington Hotel yang lebih selamat, sebab ruangan parking nya khas dan tertutup.

Tapi itu lah, bilik paling murah di Flemington Hotel lebih kurang RM 150. Mahal sedikit berbanding dengan Golden Roof. Tapi pemandangan Fleminton Hotel lebih menarik, sebab berhadapan dengan Tasek Taiping. So, ada vice versanya. Di bawah nanti, kami akan senaraikan beberapa hotel yang menjadi pilihan. Anda nilai sendiri.

  • Kemudahan Breakfast – kalau anda nak tahu, sepanjang kami di sana. Untuk awal awal pagi, macam susah juga nak cari breakfast. Kalau ada pun, mungkin di Pusat Penjaja Taiping ( KLIK di sini untuk locationnya ). Tapi kami tak pasti, mungkin kena ke sana kembali untuk check semula.

Yang pasti tak banyak kedai makan pagi di buka.

Jadi, agak berguna juga kalau anda cari hotel yang menyediakan sarapan pagi untuk kemudahan.

  1. Ada swimming pool – di Taiping, kalau anda nak harapkan ada swimming pool hanya hotel hotel bertaraf bintang sahaja lah yang ada, seperti biasa kan. Kalau ada kemudahan ini, menarik juga untuk rehat rehat petang bersama keluarga. Kemudahan lain seperti Gymnasium mungkin tak berapa perlu, walaupun memang ada terdapat di Hotel Novotel contohnya.

Mungkin cukup setakat ini. Dan sekarang, kami nak kongsikan senarai hotel terbaik di Taiping mengikut pengamatan kami di TeamTravel.

Hotel Novotel Taiping

Hotel bertaraf 4 bintang ini mendapat rating penginapan yang paling terbaik di Taiping. Padanlah kalau hotel ini paling mendapat banyak review di Booking, berbanding dengan hotel hotel yang lain.

Hotel ni terletak betul betul berada di tengah bandaraya Taiping, malah ia bersebelahan dengan Taiping Mall. Lebih kurang 6 minit pemanduan kereta untuk ke Zoo Taiping.

Summary jarak perjalanan Novotel dengan tarikan utama di Taiping

Zoo Taiping – 6 minit

Museum Taiping – 6 minit

Tasek Taiping – 4 minit

Kaki Bukit Larut – 9 minit

Spritzer Eco Park – 14 minit

Charcol Factory Kuala Sepetang – 24 minit

Antara Gambaran Hotelnya

KLIK Di SINI untuk lihat lebih banyak preview gambar di Novotel Taiping.

Atau pun, anda boleh beralih ke pilihan kedua kami, Flemington Hotel

Flemington Hotel

Hotel ini adalah pilihan kedua terbaik kami di Taiping. Harganya lebih kurang RM 150 untuk satu malam, berbanding dengan Novotel, RM 200 untuk satu malam.

Seperti yang kami kongsikan di atas, hotel ini terletak betul betul berhadapan dengan Tasik Taiping. Suasana sarapan pagi anda akan bertambah menarik sebab berhadapan dengan tasik ini.

Mungkin perlu sediakan kelengkapan sukan sebab ramai juga yang aktif beriadah bila awal awal pagi.

Kami ada sediakan review khas untuk anda di sini, Preview Flemington Hotel

Antara Gambaran Hotelnya

Dan berikut pula antara ringkasan hotel hotel lain yang berada di sekitar tumpuan utama Taiping

Louis Hotel  – serendah RM 108 untuk satu malam

Hotel Grand Baron – serendah RM 130 untuk satu malam

Tune Hotel – serendah RM 100 untuk satu malam

Panorama Hotel – serendah RM 80 – 90 untuk satu malam

Golder Roof – serendah RM 100 untuk satu malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!