Tempat Menarik

Muzium Yang Ada di Negeri Kedah ( Alor Setar )

Selepas hampir 1 bulan saya dan isteri berpindah ke Alor Setar. Akhirnya berkesempatan juga kami bersiar untuk berkongsi tempat menarik dan bersejarah di sini. Agak sukar juga nak mencari masa, dengan preparation barang rumah lagi, persedian isteri saya di tempat baru lagi. Dengan masalah sekarang dengan covid lagi.

Memang kami berhati hati juga masa jalan jalan tadi.

Berita baik kepada anda yang memang berminat dengan sejarah macam saya. Sebab banyak tarikan bersejarah di Alor Setar ni boleh kata dekat sahaja antara satu sama lain. Jadi, insyaAllah perjalanan anda akan jadi lebih mudah.

Baiklah, kita mula. Kalau di Alor Setar ni, antara tempat sejarah yang anda boleh pergi ialah:

  1. Balai Seri Negeri Kedah
  2. Muzium di Raja Kedah atau Kedah Royal Museum
  3. Balai Besar
  4. Rumah Merdeka – Rumah Tunku Abd Rahman
  5. Rumah Kelahiran Dr. Mahathir
  6. Masjid Zahir, Alor Setar
  7. Muzium Negeri Kedah
  8. Muzium Padi Kedah
  9. Kota Kuala Kedah

Tahukah Anda!!

Negeri Kedah Darul Aman adalah sebuah negeri yang tertua di Malaysia dan juga di Nusantara. Sistem Beraja Negeri Kedah Darul Aman bermula 1200 tahun dahulu dengan tertubuhnya Kerajaan Hindu Buddha. Raja yang pertama disebut sebagai Merong Maha Wangsa. Zaman pengaruh Hindu Buddha ini berakhir pada abad ke 12 dengan kedatangan Islam pada tahun 1136 Masihi dan Keturunan Kesultanan ini telah tidak terputus sehingga ke hari ini dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah sekarang adalah Sultan yang ke 29 yang memerintah negeri ini. (Salasilah Kesultanan Negeri Kedah)

Balai Seni Negeri Kedah

Untuk pengetahuan anda. no 1 sampai no 3 yang saya senaraikan di atas berada di tempat sama. Makna kata anda hanya perlu parking sahaja di belakang Balai Seni Negeri Kedah dan mungkin berjalan masuk ke dalam Balai Seni dahulu, kemudihan jalan lagi sikit untuk ke pintu Muzium DiRaja Kedah dan seterusnya Balai Besar.

Nombor 4 tandas awam. Saja bagi tahu.

Tapi yang penting, anda parking no 1 ya, di belakang Balai Seni. Jangan terus pergi ke Muzium Royal.

Ini location parking, atau direct terus ke Balai Seni. Di sebelah parking balai seni ni ada kedai motor Ninja Shop sebagai landmark. Takutlah kalau anda tersalah. Rasanya tiada masalah kot. Saya pun pusing sekali terus jumpa dah.

Muzium DiRaja Kedah

Ingat!! Kereta atau bas tour anda masih lagi parking di Balai Seni Kedah tadi. Jalan sikit kehadapan sahaja untuk ke Muzium DiRaja Kedah.

Muzium ini dibuka setiap hari. Dari jam 9 pagi sampai pukul 5. Semua tempat bersejarah yang saya kongsikan dalam post ini pun semua tutup pukul 5. Tapi eloklah last anda datang sebelum pukul 4. Sebab kebiasaannya pukul 4 30 mungkin anda tak boleh masuk.

Di atas ini adalah pintu masuknya. Pintu ini anda boleh nampak dari entrance Balai Seni sahaja. Kalau memang pagarnya dibuka memang boleh masuklah.

Gambar di atas adalah pandangan depan Istana lama diRaja Kedah.

Istana yang sudah berumur 280-an tahun ini besar juga bila anda sudah masuk ke dalam. Berhadapan dengan Masjid Zahir. Dikatakan Sultan Abdul Hamid Halim Shahlah yang terakhir tinggal di istana ini.

Petikan dibawah dipetik dari Wikipedia

Sultan Abdul Hamid(gambar sebelah) berkahwin sebanyak 8 kali, mempunyai 45 anak dan 92 cucu. Antara isterinya ialah Cik Menyelara, Che Sofiah, Sharifah Fatimah binti Syed Idrus, Sharifah Seha binti Syed Hussein, Che Spachendra, Sharifah Mariam dan Che Laraseh. Putera Sultan yang ketujuh dan anak baginda ke-20 dengan Cik Menyelara ialah Tunku Abdul Rahman, yang lahir ketika baginda berumur 39 tahun.

Balai Besar

Balai Besar ni dibina dalam tahun 1735 untuk upacara rasmi raja raja dan kerajaan, masa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II, iaitu Sultan Kedah yang ke 19. Pernah dua kali dimusnahkan oleh peperangan antara Bugis ( 1770 ) dan Siam ( 1821 ).

Sultan Abdul Hamid yang merupakan Sultan Kedah ke 25 ini, diibaratkan sebagai bapa pemodenan. Balai Besar siap dibaik pulih pun semasa zaman baginda.

Masjid Zahir

Dikatakan Masjid Zahir antara yang cantik di dunia. Dirasmikan oleh Sultan Hamid sendiri pada 15 Oktober 1915 selepas 3 tahun dibina. Pada hari itu, Tunku Mahmud bertugas sebagai khatib manakala Sultan sebagai imam Solat Jumaat. Sultan Abdul Hamid ni memang waraq orangnya. Di khabarkan, baginda juga dikuburkan disebelah kubur gurunya.

Lebih lanjut tentang Masjid Zahir daripada Isma AlorSetar

Tunku Mahmud yang bertindak sebagai pembaca khutbah tadi merupakan adik kepada Sultan Hamid sendiri. Dan beliau juga adalah pengasas kepada Maktab Mahmud.

Muzium Padi Negeri Kedah – Muzium ni adalah antara yang paling mendapat sambutan banding dengan tempat bersejarah yang lain. Ada baiknya kalau anda singgah di ke sini juga. Muzium ini juga berdekatan dengan Pusat Sains Negara, untuk cawangan utara.

Muzium padi ni saya belum masuk lagi. Tadi dah pergi, dah sampai pun. Dah naik pun tangga, tapi kaunter pendaftaran sudah ditutup. So elok kalau anda datang awal sikit.

Harga masuk Muzium Padi untuk dewasa 5 ringgit. Kanak kanak dalam 2 ringgit.

Muzium Negeri Kedah – sepatutnya muzium inilah yang saya sampai dahulu. Sebab setiap kali nak hantar wife kerja di Anak Bukit memang lalu muzium ini. Tapi masih lagi tak berkesempatan. InsyaAllah di hari lain. Untuk anda jangan lepaskan peluang ya. Semuanya dekat dekat sahaja.

Kota Kuala Kedah – ini sebenarnya adalah kubu pertahanan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa untuk negeri Kedah dan ibu kota Alor Setar daripada diserang. Ingat lagi tak dengan apa yang saya kongsikan di atas untuk Sultan Muhammad Jiwa ni memerintah bila?

Sultan Muhammad Jiwa memerintah pada tahun 1710 – 1778. Lama juga lebih kurang dalam 68 tahun. Sultan Kedah ke 19, sekarang kita pun sudah giliran yang ke 29.

Kubu perang ini dibina pada tahun 1771. Banyak berjasa kubu ni, antara perang yang terlibat ialah dari Acheh, Bugis dan Siam.

Baiklah, itu sahaja.

Terima Kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!